Baiklah.
Sebelum aku mulakan kerja after lunch ni, baik aku update apa-apa yang patut sebelum aku kembali sibuk. Maaflah minggu ni minggu barcodes, so aku macam busy sikit. Semalam macam tenang sebab malas nak bawak balik rumah, sebab aku nak qada' tidur Ahad/Isnin punya. Seriouslah masa kenduri mata aku kuyu habis! Macam ada gantung benda berat kat mata. Hahaha.
Dari hari Jumaat, aku dah cuti. Jumaat setelkan hal dekat JPN / KWSP semua. Haa nak pergi bank jugak, sampai-sampai bank tutup! Memang takda rezeki lah cite dia nak berweekend dengan transformer. Tapi takpe, hari lain masih ada. Leklek sudahlah.
Sabtu dari pagi jadual packed gila. 6:30am dah keluar rumah, ikut ma baba pergi pasar borong, beli barang dapur, barang kenduri semua. Setel dekat pasar, pergi Ikea, beli adik punya art apron. Okaylah, takdalah barang adik je kan kalau dah sampai Ikea ni. Haruslah barang ma dengan aku punya terselit sikit. Baru rasa berbaloi pergi Ikea. And first time aku jejak Ikea Cheras. Aku rasalah Ikea Cheras lagi besar, lagi luas dari Damansara punya. Aku rasa lah.
Mungkin sebab aku pergi awal pagi kot? Lengang semacam je ...
On the way balik Langat, lalu lah jalan Bukit Ampang, shortcut kan. Tengah beratur sebab trafic light, tetiba ....
cermin kereta pap!! retak seribu weh. Hmm tapi aku tak rasa seribu, mungkin berjuta retak barangkali? Mula-mula tengah-tengah je, lepastu dia crack sendiri sampailah seluruh cermin tingkap tu retak. Nasib tak berderai je. Adik dari baring terus duduk atas pangku aku sebab takut. Batu lah tu. Tapi tu lah, terkejut semua dalam kereta.
Baba turunkan kiteorang dekat Langat, naik dengan Busu. Lepas tu siapkan pape yang patut semua. Potong-potong segala bahan-bahan untuk kenduri esoknya. Petang aku balik Kajang dah.
Ahad, awal pagi jugak keluar dari rumah, terus ke rumah Opah. Sampai rumah opah, tolong pape yang patut tapi yang ajaibnya aku tak berpeluh. Wahh bagusnya kalau macam tu. Lepas tu semua setel awal. Semua siap-siap tunggu jemputan datang.
Okay, hari Ahad ni hari yang panas bagi aku. Cuaca masyaallah panasnya. Panas sangat!
Tiba-tiba dapat whatsapp semua on the way .. Siapa?
Terima
kasih Kak Sally , Kak Syifa' , Ibu Kak Sally datang. Akhirnya sampai
jugak untuk jemputan kali ni. Semoga tak serik untuk terima jemputan
dari pejah ye.
And last but not least, Farah Hanim and hubby and baby !! Thanks weh datang walaupun SESAT sampai nak keluar dari Langat!! Hahaha jangan salahkan aku, salahkan location dekat whatsapp sebab benda tu yang salah (obviously) Jumpa lepas kau bersalin? Heheh :>)
No comments:
Post a Comment