Saturday, December 29, 2012

Part 2 : Nikah & Sanding

Assalamualaikum.
Kembali kita ke part 2, iaitu majlis nikah dan bersanding di pihak perempuan. Agak-agak, korang macam terlepas tengok barang-barang hantaran yang vogue the vass tu, boleh click PART 1 ni. 

Macam-macam gelagat masa nak nikah ni. Boleh nampaklah muka AbgGg yang neves tapi buat-buat cool. Hahahah! 

Gambar ni semua ikut turutan tapi tak berapa nak sure lah sebenarnya. Sebab penat nak betulkan mana yang dulu, mana yang kemudian. Ha ni baru gambar-gambar nikah, belum gambar sanding belah perempuan lagi (kejap belah,kejap pihak.ghasak!) 

Gambar sanding lagi teratur rasanya. Hahah. So enjoy !



Rehearsal nikah dulu kata :p

Ekspresi muka tu sangat penting ye :)



 Sarung cincin





 Jamuan minum petang yang SuperB dan terbaik. 

 Hantaran dua belah pihak ♥

 Me this. Family photo!

 Pengantin bersama kedua-dua ibu bapa masing-masing

 Yang berselendang tu je yang masih SINGLE. rasanyalah.

Pelamin yang simple dan CANTIK !



Selesai sudah majlis nikah.
Selamat Datang Kak Ana :]

Wednesday, December 26, 2012

Part 1 : Hantaran

Assalamualaikum.

Memandangkan gambar banyak sangat (saja taknak guna perkataan gila) , so me decided untuk post hantaran dulu. Ini adalah sebahagian dari pihak lelaki kepada pihak perempuan. Nampak tak banyak sebab saja taknak post semua. HAHHAA!

 Halwa yang ditempah khas dari Banting.

 Sireh junjung ni buat tak sampai 1 jam.


 Suka jam Fossil ni. Cantik sangat dan berat ! hewhewhwe


 Basically hantaran sama je, maksudnya semua orang ada telekung sireh junjung and stuff. Tapi rasanya belum pernah ku lihat ada baju renang dijadikan sebagai barang hantaran. Sangat cool !

Nantikan post berikut.
Nikah & Belah Perempuan.

Bye.

Monday, December 24, 2012

Teaser: Abg Gg & Kak Ana Reception







 Akan update once semua dah selesai.
Abg Gg & Kak Ana Receptions

Wednesday, December 19, 2012

Review: Istanbul Aku Datang

Saya tag ni tadi dekat mereka di Twiiter

Filem #IstanbulAkuDatang bagi saya adalah filem terbaik untuk tahun 2012. Yes, baru dapat tengok semalam dan saya sangat suprise serta tabik kepada pelakon2 utamanya ,@ dan  . Watak  dan sorang lagi housemate mereka juga adalah menarik. Part beli #MeggieAsamLaksa paling kelakar. and yes, saya menangis! Thanks to team #IstanbulAkuDatang sebab berjaya buat saya nangis dan gembira malam tadi :)


ya, malam tadi baru berkesempatan untuk tengok filem ni and guess what, air mata meleleh disaat lagu Patah Seribu. HAHHA! So maksudnya aku memang menghayati perasaan Dian bila dia kena tipu hidup-hidup dengan Azad yang blur tu -___-'

Oh kawan si Ejoy dan Azad tu best ! Sebelum buat apa-apa akan berpantun dulu. Ewaahh :p Sangat melayu :) Hahaha part yang komen blog tu sangat menarik. Ada few suara yang sangal familiar macam Fazura, Rafidah 3R, yang lain tak bape nak cam sangat. hewehewheww

Cuma tulah, tak berapa nak suka part Azad. Nampak baik tapi sebaliknya. Tuduh si Dian macam Dian tu pelacur tapi hakikatnya dia sendiri yang curang pada Dian. Macam pape je si Azad ni.


And yes, my fav, Beto Kusyairi !! OMG OMG OMG ! He looked like a man who is very gentle and the way he plays the same as in the tele Aku Dia & Tong Sampah :) Dia cuba ambil hati Dian dan cuba faham perasaan Dia lepas Dian kena tipu. Kesian Dian dan ohGod, baiknya Harris!

Kesimpulannya filem ini memang filem terbaik 2012. Filem romantik yang super dupper classy dengan berlatar belakangkan Istanbul yang cantik!

What is the name of the mosque in this story eh?

Overall : 4.5/5 

XOXO.


: Banyak sangat review pasal filem ni dalam blog. Suka sangat filem ni :) Maaf ya.
: Gambar credit : Metrowelth

Tuesday, December 11, 2012

Fahrin Ahmad

Assalamualaikum.

Tak tahulah apa yang sebenarnya tengah fikir. Memang lately banyak berfikir. Fikir tu, fikir ni. Haishh macam-macam *sigh*  hati jiwa masih kental lagi. Hahaha jangan risau. Biasalah jiwa masih muda. *aku dah mula rasa aku merepek*

Aku dulu minat gitu-gitu je dengan mamat sorang ni. Minat dia sebagai pelakon yang berjaya buat hati aku yang macho ni cair lah. Walaweii macho la sangat en? HAHHA *sila muntah* Sebenarnya dah lama aku nak share dengan uolls tapi disebabkan kekangan masa yang sangat HEBAT mengalahkan PM, itulah sebabnya tak dapat nak share cerita ni. Maaf ya. 

During Raya haji haritu, TV3 ada pasang telemovie Cinta Halal , kan? So sejak tengok Cinta Halal , hatiku sudah terpaut dengan sidia. ehcehhh :D *Muntah je,aku okay* So lepas habis telemovie tu, terus tweet dengan dia, tapi hampa tak reply *nangis* 

Nak jumpa Beto Kusyairi, tak tau lah bila kan *emo lebih* 

so yes, Ahad lepas dapat jumpa beliau. Yes, Fahrin Ahmad uolls! Bukan Fahrin je, ada Aiman dengan Tasha Shilla jugak. 1st impression jumpa mereka, Tasha Shilla sangat baik dan sangat menghormati orang. Good TS! Aiman? ermm okay jugak plus tinggi sangat! And yes, si Fahrin sangat hot! hewhewheww. 

Ini yang terjadi di Twitter sehari selepas Fahrin ke Abu Dhabi.


Akhirnya dia reply my tweet kan? Hahaha. Keterujaan melampau sangat sampai FarahSidek perasan. HAHAHA!

Take care guys! Jumpa balik sebulan dari sekarang :)

Gambar akan diupdate soon. Adioss

Friday, December 7, 2012

Malaysia.

Saya tidak akan posting apa-apa buat sementera. 
Once semua dah selesai, saya akan kembali.

jangan merindui saya. ehcehhh :p


Bye Malaysia.

Wednesday, December 5, 2012

Kau KEJAM!


Assalamulaikum.

Pagi-pagi ni bukan saja diserang oleh kesejukan terlampau office malah telah diserang kejutan seperti gambar diatas! Blog seperti BeautifulNara, CikEpal, MariaElena, HanisZalikha dan sebagainya semua tak boleh bukak. Kalau bukak, jadi macam gambar atas. Hanya blog FatinSuhana je boleh baca. Tak tau la mengapa?

Okay blog sendiri pun kena macam dekat gambar atas tu. Memang terasa kekecewaanya disini. Sangat terpancar (matahari memang terus hala ke muka aku.fine) *sigh*

Kenapa jadi macam ni eh? Ada sesape nak tolong jelaskan tak? *sigh*

Saya perlukan kerja part time. Sekian.

Bye. 

UPDATE.
Kalau bukak di Google Chrome, akan jadi begitu. Maka dengan itu, sila bukak di Mozilla FireFox. Terima kasih. 

 Email dari NuffnangX.

Tuesday, November 27, 2012

Power Rangers di Malaysia !


Hahahah tajuk habis poyo letak macam tu. Saja nak bikin PANASSS sikit :p Okaylah sebenarnya nak mintak tolong sikit dekat uolls. Iolls sebenarnya ada misi. Misinya adalah mencari costume Power Rangers ni untuk birthday boy.

Dah cuba google, kot-kotlah ada jual dekat Malaysia ni tapi unfortunately banyak jual dekat overseas je. Paling dekat Indonesia tapi kalau boleh nak cari kat Malaysia sebab senang nak tengok saiz. Kalau beli online, takut tak muat dengan birthday boy yang sangat gilakan Power Rangers ni.

Zaman-zaman iolls dengan Power Rangers ni dah lama berlalu. Jam tangan, pedang Power Rangers yang putih tu, kira dah pernahlah merasa. Sekarang ni zaman adik-adik. 

So memandangkan birthday boy kalau tengok Power Rangers dekat tab, dia mesti pegang phone / pedang Power Rangers. Konon-konon bertukar lah kan. Padahal ..... -__-'

Maka dengan itu, kalau uolls tau kat mana ada jual costume Power Rangers untuk kanak-kanak sila bagitau iollss okay. Nak cari costume tu sebelum Januari 2013. *lama lagi*

Walau apa pun, TERIMA KASIH.

Friday, November 23, 2012

Akma's

Assalamualaikum.



Rindu mereka.
Berhubung kini melalui Facebook walaupun takdalah jauh mana tempat tinggal kiteorang.

Oh maaf Kak Noan sebab tersalah orang. Confuse! Hhahaha. Me missed all of you :) Jangan risau, fe tetap ingat kakak-kakak fe kat sana. Kecuali Kakak Kak Wani ye :p

Ini hanya short entri untuk yang rindukan blog saya. ok tau aku gelabah sekarang. hehhe chill kawan-kawan :D


Monday, November 19, 2012

Amichetto ♥

Banyak sangat berita indah yang tak tau macamana nak luahkan. Terima kasih diatas segalanya Ya Allah. Alhamdulillah gembira dengan keadaan sekarang.

Secara kebetulan, Sabtu lepas telah mendapat satu kejutan dari kawan baik. Alhamdulillah she's now fully covered herself. Dia ada update pada status BBM yang dia memang nak buat kejutan pada saya dan akhirnya memang menjadi satu kejutan yang sangat indah pagi itu.








Dan terima kasih sahabat kerana memberikan hal eksklusif pada kami sekeluarga :) Sangat menghargai. Oh akan update gambar lagi once gambar dari camera sudah ada ditangan ya :)

For you, thank you very much, Amichetto ♥

Tuesday, November 6, 2012

Wawa Zac - Kawan baru

Selalunya aku mention nama orang dekat blog aku tapi bila orang mention nama aku dekat blog dorang, aku macam teruja nak baca. HAHAH! baca berkali-kali pun tak kisah. Walaupun kurang daripada 120 patah perkataan :) but yes, Thanks.

Selain daripada PinaMusa, Wan Zulaikha atau Wawa Zac pun dah 2 kali tulis nama Faizahazmi dalam blog dia. Wawa ni kawan CN sebenarnya but end up jadi kawan kita jugak sebab kita follow dia dekat Twitter. BHAHAHA! 

Lately tengok twitter dia, semua macam sedih je. Then semalam baru baca blog Wawa ni. Rupanya dia ada masalah. 

Wa, sabar tau :) Kalau dia sayangkan Wawa, dia akan cari Wa balik. Jangan sedih-sedih. Nanti Dean tak suka #ehtetiba . Bhahahaha :D 



Saya seorang stalker :)


1 hari lagi #IstanbulAkuDatang

Short Announcement.

Istanbul Aku Datang  
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 
 

1 hari lagi !

Monday, November 5, 2012

Trip in Penang

Assalamualaikum.

My weekends was awsome! I had my short holiday trip in Penang!

Bertolak dari rumah lepas Subuh dan jumpa Busu's Family dekat highway! Hahaa. Then kami semua bersarapan di kedai Abang kepada Paksu (Busu'sHubby) di Taiping. Roti canai sedap :) Selesai sarapan, terus berangkat kat Sg Dua, Pulau Pinang untuk bertemu MakTeh (Busu's SIL). Dia ada butik so Ma dengan busu ada hal berkaitan kain dan tudung dekat butik MakTeh.

Hampir ke jam 2 petang, kami semua termasuk MakTeh sekeluarga bertolak ke Georgetown untuk lunch. Dari Sg Dua ke Georgetown , kami naik feri. Ini adalah pengalaman pertama untuk aku. Hahah! Tak nervous pun, chill je duduk tepi kan :)

so we had our lunch at Line Clear Nasi Kandar. Masyaallah ramai bak hang! Meja yang full dengan manusia dan makanan tentunya :) tapi nasib baik we met Didie Alias, Enot and team, which is mereka sangat mengenali Paksu. So lepas dorang habis makan, dorang suruh kiteorang semua duduk dekat meja dia.

Lepas dah ada meja dan kerusi, kami semua beratur untuk Nasi Kandaq ! Hahaha.. Lepas dah habis makan semua, masa nak bayar, I saw like some crew for shooting but did not see who the actor. Suddenly noticed some wear tshirt crew Petronas to #switch4XTRA.

Then recently I saw someone very familiar and very interested in her. Guess what I found who? I met Scha Alyahya! and yes, I was very extreme level of excitement because it had long wanted to see Kak Scha. Alhamdulillah.

Updated.

Atas feri :)



 Tengok tu, Scha Alyahya weh

Kesimpulannya, hari pertama di Pulau Pinang 
sangatlah awsome ! Yey.

Hari Kedua, lepas sarapan roti canai dekat rumah MakTeh, Busu balik kampung Hubby dia dekat Selama Perak while my family jalan-jalan dekat Perak. Hewhewhew.

Sampai rumah pun dah petang. Memang sakit kepala, rasa macam nak demam dah, tapi yes, harini dekat office :)

Percutian ni, beli 3 pasang tshirt untuk diri sendiri. Hahaha! Oh maaf sebab takda gambar. Ada gambar kak Scha pun dari jauh je amik. Gambar dalam phone, dan phone tak bawak. Nanti jelah update gambar dekat Twitter :)

And to all the SPM / STPM candidates 2012, good luck!