Friday, May 20, 2016

Bebelan dipagi hari..

Assalamualaikum,

Harini aku sarapan nasi putih dengan kari kambing. Pagi-pagi makan berat en, well aku takda hal pun makan berat ke ringan sebab lepas beberapa jam aku tetap LAPAR. hahahaa! Sebab tu aku mengembang dengan begitu berjaya sekali sampai baju kurung pun tak muat. Kahkahkah memalukan betul =.='

What am I supposed to do now? Exercise? Workout? Diet? Haaaaa semua tak menjadi. Haha. Aku punya tahap kelaparan lagi dasyat okay. kekeke.

So, heard the news. Congratulations korang berdua! ^^

Haaa anw, aku tengah free SEKARANG. Kejap lagi baru busy kot. Tapi busy sekejaplah pun aku rasa sebab takda kerja yang bertimbun atas meja ni. Apa nak buat eh? Hmm..

Aku tengah fikir nak pergi kelas tak esok? Yelah 30hb aku dah exam, dah dua minggu aku skip kelas ni. Tapi macam malas pun ada. Tengoklah esok, kot-kot aku bangun ada suara-suara yang merdu suruh aku pergi ke? Manalah tau jumpa artis lagi ke en? Hehe. Haritu jumpa tapi si pelakon tak mengaku, eh cik adik, akak ni DULU penggemar drama tv ok. Setakat adik-adik punya muka, takda hal lah tapi nama memang tak ingat. Hahaha!

Tapi dulu lah. Sekarang aku tengok tv pun jarang. Aku tengok YouTube terus. Haaa kalau korang ada jumpa Lazy Holder untuk phone yang murah (since aku kedekut), bagitau ok..

Thanks in advance!

Thursday, May 19, 2016

Pakteh dalam kenangan ...

Assalamualaikum.

Okay korang, aku ada banyak benda nak cerita. Banyak sangat tapi disebabkan kekangan masa, aku asyiklah duk tangguh nak menaip. Selalunya memang aku uar-uar dekat blog tentang semuanya. Tapi tak sempat nak uarkan, something menyedihkan berlaku. Nak buat macamana, bukan rezeki.

Sepanjang minggu lepas, keluarga aku berulang alik ke Hospital Ampang. Berkampung disebabkan pakteh masuk hospital pada Sabtu lepas yakni ketika aku, busu and ma meniaga kat Shah Alam. 

Hari demi hari, kondisi pakteh tidak berubah; semakin teruk.  Jantung terhenti pada hari Isnin tetapi dapat diselamatkan diatas bantuan cpr. Aku dengan KakNa sempat kerja satu jam je Isnin tu, kiteorang terus pecut pergi hospital. Alhamdulillah. Walaupun masa ni pakteh masih sama, tidak sedarkan diri.

Hari Ahad, lepas solat, ma masuk bilik bagitau Pakteh dah takda. Ya Allah, terkejut sangat! Sebab aku baru lepaskan doakan beliau. Sebab aku yakin pakteh akan bangun seperti biasa. Sebab aku yakin pakteh boleh bergurau senda dengan kiteorang semua TAPI tu semua impian yang tidak mungkin akan terjadi sebab SEBAB pakteh dah pergi mengadap illahi. Ya Allah.

Walaupun aku kenal pakteh baru lapan tahun tapi banyak kenangan. Pakteh, selalu nasihatkan aku apa yang patut aku buat. Pakteh, selalu temani aku makan tengahari dekat rumah opah. Pakteh, selalu menjerit-jerit. Pakteh dengan style dia yang seluar warna warni ala-ala kpop tu. Tapi tulah, dia lah Pakteh.
Dear Pakteh,
Terima kasih diatas semua kenangan yang Pakteh create untuk Faizah, untuk kami semua. Gelak tawa, jeritan suara, gelak, batuk paksa Pakteh tu, semua akan kami ingati sampai bila-bila. You're not the worst but you're the best uncle in crime! You will be misses, Pakteh
 
Al-Fatihah