Sunday, May 29, 2022

Selamat Hurry Raya! 💥

Sampai rumah makwe, menunggu yang lain siap-siap untuk bersalaman dan bergambar. Sementara tunggu, aku videocall family di Tekali. Alaaa rindu ... Aku tak nangis masa vc tu. Cuma rasa lain sebab yelah, 30 tahun raya sama-sama. 
 
Aku memang dah plan tak nak nangis sebab aku pakai contact lens. Masa salam raya, lahhhhh menjurai-jurai air mata guee 😓 Persoalannya, adakah aku sebak sebab aku actually rindu family aku? Aku pun pening. Hehehe

Anyway, Selamat Hurry Raya semua orang. 




Semoga raya tahun ni membawa kegembiraan dan kebahagian buat kita semua. 

Last but not least, kita jumpa raya tahun depan, insyaallah! 

p/s: abaikanlah aku yang makin membesar tu 👻

Thursday, May 26, 2022

Malam Hurry Rayaaaaa

Assalamualaikum.

Raya hampir ke penghujung, macamana raya korang so far?

Raya aku adalah biasa je rasanya. Agak kelam kabut pada permulaan syawal dan aku rasa semua orang pun macam tu kan? Last minute raya! HAHAHAH kabut kabut!!

Kiteorang raya Johor tahun ni, balik pun last minute which is Ahad. Sampai pun lebih kurang setengah jam sebelum berbuka. Sempatlah beli donut sambal yang digembar gemburkan oleh FANS. Verdict? Bolehlahh. Aku prefer original donut lagi. Muehehe.

Lepas berbuka, kiteorang tunggu pengumuman raya depan tv. Aku dah expect raya Isnin tapi tu lah, belum ada kata putus en? Tiba-tiba diumumkan raya ISNIN!!! haa menggelabah semua dalam rumah. Mana nak kemas rumah, mana nak beli ayam, mana nak gosok baju. HAHAHAHAH riuh serumah!

Kiteorang terus keluar beli ayam. Fuhh beratur jangan cakap, panjanggggg bethooool ya gais. Semua tu mesti plan nak beli ayam Isnin. Then lepas setel beli ayam, balik kemas rumah pulak. Mana nak gosok baju, gosok baju. Mana main mercun, tetaplah main mercun. Hehehe.

Sampai Kota Tinggi around 1+am, tolong-tolong apa yang patut, 3am cari hotel dengan Erin. Lepas subuh, baru dapat tidur -_____-

 

to be cont ...