Monday, September 10, 2018

It's Public Holiday!

Assalamualaikum.

Oh, Happy Holiday koranggg! Harini cuti, esok pun cuti lagi. Haaa masuk office Rabu nanti, aku yang stress sebab blur apa nak buat. Tapi yang pasti aku ada shipment Rabu ni. Semoga seorang Pejah dapat concentrate tanpa membuat apa-apa kesalahan yang sekecil-kecil kuman mahupun sebesar gajah 🐘

Haa kau pejah, perumpamaan kau sekarang..πŸ˜™

Haa angin tiup kencang, rupanya nak hujan. Alhamdulillah. Sekarang ni petang je sejuk. Kalau kat office, dah membeku dah weh. Jumaat lepas je rasa panas walaupun hujan kemain lebat ya ampun after lunch time. Sebab apa? Sebab tak tau siapa perlahankan suhu aircond. Jadi syukur kejaplah tapi lepas tu macam hoii panas! Hhahahahha manusia tak pernah bersyukur 😹

Aku tengah santai-santai dalam bilik sambil belek artwork yang aku bawak balik ni. Ada satu board kena siapkan and actually aku planned nak siapkan Sabtu lepas tapi entah macamana, benda tu tak boleh siap. Tinggal sikit je lagi. If aku buat secara fokus, harini boleh siap. Kira aku masih bekerja ya sekarang ni.

Aku tak tau lah if one day, aku dah tak kerja ke apa. Mesti bosan. Hahahaah. Sekarang pun bila cuti lama-lama aku macam tepu kot. Tak tau nak buat apa. Nak marathon drama, hmm dah selesai 13 episodes dah. Tunggu episode 14, 15 & 16 je ni. Pastu boleh cakap Bye Bye Mi Rae! Wawa pun dah terjebak sebab aku suruh dia tengok. Wakakakakaka gigih mommy tu guna data SDN BHD nak tengok. Rasaiinnnn loooo. πŸ˜‰

Lepas ni nak tengok drama apa eh? Aku dah malas nak kusutkan otak aku dengan perkara-perkara mendatang. Aku menggunakan konsep Later We Think! Hhahahahah tapi later, later pun, aku tak boleh relax sangat. Kang aku kena bebel pulak  πŸ’œ HAAHAHAHAA.

Tuesday, September 4, 2018

Plan tak menjadi tapi berat semakin menjadi-jadi πŸ˜‘

Assalamualaikum.

Hello September! Excited.

Aku dah plan baik punya kerja harini tapi tulah, kita mampu merancang, tuhan yang menentukan. Semua yang aku plan tak menjadi sebab ada banyak artworks kena amended.

Currently aku tengah siapkan semua amended artworks sebelum proceed dengan kerja lain dan sebelum fokus ke shipment next week. Kerja banyak and I'm ok with it. Cuma adalah beberapa kerja yang aku tak okay dengannya sebab stress sikit.

Belum buat pun aku dah stress 😀

Normally aku tidur agak lambat, tapi sekarang ni aku a bit free, jadi aku tidur agak awal ye dari  biasa. HAHAHAH. Nak otp pun tak boleh sebab tertidur. Tapi sebab aku jenis terjaga semasa tidur, jadi tak kisah sangat. Agak-agak nak call, aku call je. Sorry fans! 


Dan aku asyik lapar je lately.


Masalah duniawi betul seorang pejah ni. Makan pun boleh buat hal. Ke sebab "cuaca" dalam office ni tak membantu seorang Pejah kurangkan mengunyah? Hmm boleh jadi jugak ni.

Semoga aku dapatlah kurangkan berat badan yang bertambah begitu jayanya sekali ni. 

Kepada adik-adikku, silalah kerah kakak kesayanganmu ini untuk pusing berkali-kali loji dan tangga tu. Aku terpaksa 😰

πŸ’œ tak sabar!

Monday, August 27, 2018

The End.

Assalamualaikum.

NP: Langit by Daiyan Trisha


27/8 - Happy Belated Birthday my only Achik 
27/8 - One of my cousin's passed away. Al Fatihah 😒



Apparently, my weekend went so well and a bit exhausted

Kerja pada Sabtu, "meluangkan masa" bersama keluarga pada Ahad.
Kerja dan keluarga seiring sejalan.

Sigh 😩

Terlalu banyak yang berlegar dalam kepala. Migraine non stop dari Jumaat. Carta non stop dari Khamis. Bought Americano on Friday and stay up sepanjang malam dan tidur pada pukul 9 malam keesokkan harinya.

Ya, tak salah baca tu. KEESOKKAN MALAM NYA

. . . . .. . . .  

No word can describe how tired am I now πŸ˜”





Faizah kuat kan? :)

Saturday, August 11, 2018

Aneh betul 😩

Assalamualaikum.

n/p: Sampai Ke Hari Tua - Aizat Amdan

Hampir ke jam 12 tengahari dan seorang Pejah masih di office, membuat kerja sikit sebelum sambung Isnin depan. Sedang berfikir nak bawak balik kerja during weekend ni ke tak? Kalau tak bawak balik, kerja akan menggunung secara tiba-tiba. 

Terasa aneh jugaklah.

Bukankah aku dah siapkan semua artworks? Kenapa masih ada lagi? - bisik hati kecilku.

Entri aku kembali dengan cerita-cerita pasal artworks. Korang yang baca boring tak? Aku? DAH BORING! HAHAHAHAHAHHAHAHA. Nak buat pun boring. Wakakakakak. Tapi sebab korang dah masuk blog ni, eh haruslah korang kena baca jugak luahan aku ni πŸ‘‰πŸ‘ˆ

Betul. Ni adalah fakta. Aku dah buat artworks kat rumah. Esoknya aku terima selambak lagi. Hahahaha. Aku tak tau nak gelak ke apa. Semoga seorang Pejah bertahan dan mata tu tak ada eyebag teruk sangat sebab aku rasa garisan tu macam dah ada je tadi aku tengok? Hehehe.

Takpe, malam karang aku pakai eye mask. Dah beli selambak kan? Haruslah digunakan.

Itu pun kalau teringat lah. Sebab selalunya benda-benda macam ni aku selalu lupa! HAHAHA

Habis kerja ni, aku terus pergi rumah Opah. Malam ni ada kenduri tahlil kat rumah maklong untuk arwah paklong and harini birthday abg Ayoi. 

Kbai.

πŸ’œ forever rindu

Monday, August 6, 2018

Lapar!

Assalamualaikum.

n/p: Angels Brought Me Here - Guy Sebastian 

Aku cuba login Blogger ni banyak kali tapi hampeh, asyik error je. Eh iolls perlukan hiburan untuk mata yang dah mengantuk ni. Tapi line sangatlah biadap ye malam ni. Eh tapi kan tiap-tiap malam pun macam tu sebenarnya.

10:40 pm, aku masih didepan laptop menyiapkan kerja-kerja yang terbengkalai yang dah berzaman dekat atas meja tu. HAHAHAHA. Berzaman tu takdalah sampai berbulan, berminggu baru 😝 Itu pun lepas aku dah berjanji nak submit esok pagi. Jadi, aku kenalah stay up sampai pukul berapa pun tak tau lah ni. 

Kepala aku dah swing habis ni, dari pagi aku teguk Nescafe. Tapi mata aku keep on kebawah. Itu bermaksud caffein tidak sebati dengan badan pejah ye atau bahasa mudahnya pejah dah mengantuk 😡 

Eh baru perasan, line terus hilang dari pandangan ni. KAU MEMANG BIADAP LINE. KAU MEMANG BIADAP! 

Aku tabah je tengok line ni, kejap full, kejap takda terus 😑

Haaaa aku lapar dah ni. Tapi tadi aku dah dinner sup ayam. Adakah aku perlu dinner lagi sekali demi keriangan perut seorang pejah?

YA! - suara-suara dari dalam kepala pejah πŸ˜†


11:20 pm, updated.
Aku baru lepas makan nasi dengan sup ayam kasih sayang masakan ma, bertemankan baba tadi. Wiwiwiwiwi ~~ πŸ™† Alhamdulillah.

Friday, August 3, 2018

15min sebelum pulangggg ...

Assalamualaikum.

Lima belas minit lagi dan masa untuk pulang ke rumah, jumpa katil, jumpa laptop, jumpa drama lalu tertido dengan begitu lena sekali.

HAHAHA me, semalam πŸ˜‘

Excited tengok drama, end up drama tengok aku. Fuhh perkara macam ni, jarang sekali berlaku pada seorang Pejah sebenarnya. Unless betul-betul penat. Tapi aku takdalah penat mana pun semalam 😫 Cuma memang mengantuk lah tapi steady je. Pelik, terjaga segar bugar pada jam 5.30am. Dah lamaaaaaa tak bangun waktu-waktu macam tu. Dah lama sangat!

Rindu? HAHAHA taklah. Cuma dah lama tak tersedar awal macam pagi tadi. 

Tapi tulah, rasanya masuk office lambat dah jadi habit -.- Asyik clock in lambat je. Menyirap, jangan cakap. Rasa nak hempuk diri sendiri tapi sayang pulak dekat diri sendiri. Mengada lah kau pejah! 

Harini aku memang plan nak siapkan semua artworks. Well, takdalah siap semua pun by time aku update blog ni. Tapi dapatlah few July punya. Ada baki satu je lagi (July). Tu aku akan cuba siapkan malam nanti (READ: RAJIN) kalau tak, kita masih ada esok dan hari-hari mendatang untuk siapkan dia. HAHAHAHA

So esok adalah hari bekerja untuk seorang Pejah. Eh hari-hari pun lah kalau boleh bekerja, Pejah akan bekerja πŸ˜‰ Cepat sikit habis kerja walaupun tahu, kerja tu tak pernah habis. Buatlah cepat macamana pun, kerja tetap ada. 

Kadang-kadang rindulah jugak waktu senggang macam dulu kala. Tapi mengenangkan waktu senggang tu lah punca aku kena complaint, hmm terus padam niat tu. Tapi tu lah, tetaplah berharap akan ada waktu senggang macam dulu lagi. 

Biasalah manusia. Pernah puas ke dengan apa yang dia ada? TAK 😩

πŸ’œ Rindu.

Thursday, August 2, 2018

Disana sini ada Snapchat

Assalamualaikum.

Hari yang sejuk dimulakan dengan gambar snapchat dari kami berempat yakni aku, Pina, Zera dan Bet. Mana Teyka? Nahhhh tu kan dekat majlis dia, haruslah dia sedang berkepit dengan suami dia diatas pelamin yang indah ittewww


Inilah gambar snapchat itu. Yaaa aku tau aku comel. HAHAHAHAHAHA. Zera lagilah, seri pengantin bersinar-sinar masa ni.

FYI, aku ada banyak gambar nak share dekat sini. Gambar raya, gambar majlis Teyka & Zera tapi kekangan waktu yang tidak mengizinkan. Tapi kadang-kadang aku yang tak izinkan diri aku login sini sebab aku busy, kadang-kadang buat-buat busy jugak 😝 tapi sebenarnyaaaa aku malas. Tu je.

Macam harini, aku tengah takda mood. Well dari malam tadi sebenarnya masa aku siapkan few artworks. Tetiba mood swings. Entah kenapa pun aku tak tau. Berborak pun tak gelak, tak senyum tapi cuba lah tapi eh mengada sangat pejah sekarang. Asyik moody doplohpatjam 😩 SANGAT MENGADA.

Sebab aku awesome walaupun moody, aku tetap relax pergi office lambat. Haishhh lagi satu perangai aku sekarang. Asyik masuk lambat je. Nama dah Top 2 late comers pun TETAPLAH LAMBAT, apa nak jadi entah seorang Pejah. Semalam berjanji Ogos taknak masuk lambat, eh tau-tau dah memang lambat! HAHAHAHHAHAHAHAH lempang diri sendiri lah pejah oii.


And thank you so much Bet for everything!
You're the best!

Thursday, July 19, 2018

Happy 18th Birthday, Faizikri !

**Birthday Post**


Hey, birthday post is back again!


Happy 18th Birthday brother!
Aku tau kau kadang-kadang baca blog ni sebab nak tengok aku ada update gambar kau ke tak kan? Naahhhh here you gooo! Kau tataplah muka kau yang ini sampai gambar seterusnya yang tak tau bila lagi aku nak update. Sedangkan gambar raya pun tak update. Jadi bertabahlah wahai adikku.

Dipagi yang mengantuk ini, aku sebagai kakak kau yang paling awesome didunia mahupun dihati kau mendoakan agar perjalanan kau ke menara gading dipermudahkan, diberikan kesihatan yang baik sebab kau sekarang eh kerap pulak nak kejang-kejang bagai; and next time bila orang panggil makan, SILA MAKAN EH! 

Dan janganlah dikau lupa akan perjanjian kita. HAHAHAHAHHA. Rasanya aku dah boleh bagi list kot kan kan kan? Semoga kau tak lupa kakak kau yang super awesome ni!

Later we go makan-makan. Hadiah mintak Mira please. HAHAHA.
Happy Birthday Zikri !

Hujan - Karektor Tentangan

Assalamualaikum.

Sebelum aku mula buat kerja atau update entri kedua (fuhh macam banyak idea sangat), aku just nak share lagu Hujan. Wow dah lama sangat tak share lagu dalam blog. It's been a while kot. Dulu tiap-tiap minggu/bulan ada je update lagu dekat blog. Paling tak pun, siap letak playlist. Asal bukak blog, lagu-lagu berkumandang.

Macam-macam jenis lagu aku pernah letak. Slow, rock, indie, cuma dangdut je belum masuk dalam list untuk aku letak dalam blog ni. Hahaha bukan jiwa beb. Jadi if korang nak dengar lagu bukan jiwa aku, silalah bukak youtube. Nescaya lagu-lagu untuk jiwa korang ada dekat situ. Araso? :)

Hujan - Karektor Tentangan



Haaa my one and only Fans yang bagi ni malam tadi. Jadi haruslah aku letak dekat sini supaya aku tak lupa. Sebab for being me, aku ni pelupa teruk jugak kadang-kadang. Sebab tu kena ada reminder. Letak dekat blog lah benda paling senang nak ingat. Eh tapi kadang-kadang lupaaaaa jugak. Biasalah Pejah kan

Aku rasa part first verse, second paragraph. Memang, itu aku. HAHAHAHAHA.

Tuesday, July 10, 2018

Oh Hi, fans! πŸ™‹

Assalamualaikum.

Hi korang! Amacam hari-hari terakhir raya korang? So far aku punya biasa je dari hari pertama. HAHAHAHAH tapi last week macam terseronok pulak, lain dari dari yang lain. Jadi, aku rasa last week punya raya adalah yang terBEST sekali 😜

And finally met my fans! Oh Hi, fans! πŸ™‹ I will call this person with a name called FANS.

Perkhabaran yang aku dapat tau two weeks before Fans nak fly KL. Masa ni nak percaya ke taknak, dah sebati dalam diri. Excited tapi haaa aku dapat agak Fans memain je ni. Yelah, kita strangers kan. Dan aku bukanlah orang yang suka-suka nak jumpa stranger ni. Aku macam scary sikit. Negative thinking. Hari demi hari, Fans confirmkan diri dengan date dia boarding. Ok, marilah nervous! HAHAHAHAHHA.

Fans nak jumpa Idola dia. Eh aku lah Idola dia tu πŸ’…

July 3rd, dia sampai agak lambat lah jugak sebab dah waktu tidur aku pun tapi disebabkan Busu dan family ada kat rumah beraya, jadi yaaa nggak apa-apa lah. Marilah menahan mata dan tangan dari kelihatan seperti parkison ye. Haaa aku kalau nervous memang menggigil tak boleh blah punya. Menggigil tahap tak boleh nak kawtim dah. Ku redha Jebat!

Masa aku tunggu Fans keluar dari kereta, which is aku tak nampak pun sebab aku is tak nampak waktu gelap ye. Aku toleh belah kanan dan ternampak satu bayang-bayang seorang manusia yang tinggi gilaa! Aku syak dia lah. Siapa je yang tinggi area rumah aku tu? TAKDA! hahahahahahhahaha nasib baik jiran aku tak baca blog ni.

Hi FANS!

Ayat pertama yang aku ucapkan untuk pertama kali bersua muka. Eh sebenarnya selalu je bersua muka antara Idola (aku letteww) dengan Fans tapi through video call lah pun. Tapi jumpa macam ni, malam tu adalah pertama kali. Nervous aku, korang jangan fikir. Aku sendiri tak tau nak describe macamana tahap level nervous tu. Fans tinggi gilaaa kot! Aku rasa dia tinggi Aiman Hakim Ridza atau pun Aliff Aziz. 

Jap, why dua orang ni? Sebab dua orang manusia ni je aku pernah jumpa in real life, yang bergambar bersama dan of course yang aku kenal. HAHAHAHAHA

Fans beraya till almost 11pm rasanya. Then sambung borak dekat bawah sebab Fans parked dekat jiran aku punya parking. So lepak dan lepak tiba-tiba ..

Kak, naik atas...

Zikri berkata. Marilah nyanyi lagu Ezlynn, Hi Hi Bye Bye. Hahhaha takdalah. Aku cakap bye, dan aku naik atas, and Fans pecut balik rumah kakak dia. And malam tu, sambung borak lagi -.- Not bad Fans 😽

Anyway, Thank you Fans sebab sudi datang beraya rumah Idola. Thank you jugak sebab makan bertambah mee sup yang ma masak tu. Thank you jugak sebab puji kek ma buat malam tu sedap sebab memang sedap pun! Non stop puji kek ma tu 😏 Suruh tapau taknak!

Ok guys, aku takda gambar dia pun. Kalau ada pun, eh tak payahlah share sini. λΉ„밀이야! πŸ˜ΉπŸ˜€ Nanti kalau ada pertemuan antara Fans & Idola lagi pada masa akan datang, akan ku cuba berselfie dengan Fans. Mesti susah kan? 

Sekian. Aku nak sambung buat kerja.

Monday, July 2, 2018

18 Syawal

Assalamualaikum.

18 Syawal dan aku belum update apa-apa pasal raya. Kekangan masa yang membantutkan perjalanan blog aku nowadays. Fuhh kau salahkan masa eh pejah? HAHAHAHHA padahal acik malas dek non. Takda masa. Nak makan pun takda masa atau bahasa paling mudah adalah MALAS. Biasalah pejah kan 😝

Nanti-nantilah, tunggu aku ada masa yang banyak, aku cuba update seround dua. Masa tu jangan korang dare skip setiap gambar yang aku tunjuk! Kalau korang berani, cubalah! Wahahahhahaha.

But yeah, banyak jugaklah gambar diri sendiri yang perasan awesome dalam phone. Ada yang muka aku jadi tirus lah apa lah. Ok yang itu, aku nak salahkan tudung. Aku beli salah material tapi raya kan, aku belasah jelah. Asalkan colour dia masuk. Kalau tak masuk, kita simpan je untuk raya tahun-tahun akan datang. Apa susah.

As for now, aku tengah siapkan kerja Annoying. YES I'M BACK WITH ANNOYING'S ARTWORK GUYS! hahahaha aku redha. Aku dah lama tak stay up kat rumah sampai lewat pagi untuk siapkan artwork. Lah ni, kena buat balik and rasa awkward gila lah sebab aku cepat mengantuk. OTP pun mengantuk jugak. HAHAHAHHAHAH

Apa lagi aku nak update kat sini sebelum aku sambung buat kerja?

Oh yeah, selamat berpuasa kepada yang puasa 6. Baru pukul 10, perut aku dah berkeroncong buat ana dah. Nasib IT tak dengar lah kat sebelah πŸ˜“ Aku, Faizah, memang suka memalukan diri sendiri dekat orang. Jangan jadi habit sudah. 


Terimalah gambar awesome dari seorang kakak yang awesome bersama adik yang kuat drama. Sepanjang raya, asyik berdrama je budak ni. Duit raya hilanglah, duit raya bagi kawan lah. HAHAHAHAHAH

Wednesday, June 20, 2018

Bebelan diPetang Hari.

Assalamualaikum.

Dipetang yang hening ini, aku lagi busy dengan stickers yang tak pernah habis. Hahahahha. Mengalami kejutan budaya gara-gara secara tetiba meja penuh dengan file, kertas dan sebagainya. Sampai aku rasa lemas dengan meja sendiri. 

Dimanakah meja yang bersih dan bebas file? - monolog pejah depan pc sambil cover dari orang perasan dia bebel.

So aku baru siap edar labels yang telah diorder untuk dorang, crew, packing barang-barang kat bawah. So far, aku masih bernafas dengan begitu jayanya! Tahniah self.

Cuma barcode yang crew mintak je aku tak jumpa dalam folder. Mana tah dorang letak. Nanti jelah aku geledah lagi. Now, aku kena tanya IT, mana barcode tu.

Kata busy, Pejah? Ni boleh update blog bagai?

Haaa~~ biasalah, Pejah memang pantas bab-bab macam ni. Bab-bab lain je malas sikit πŸ˜†

Aku tengah serabut. Tu je sebab aku blogging. HAHAHA. Tapi bila aku tak serabut pun, aku blogging jugak. Rajin ke, malas ke, pun aku blogging jugak. Nak buat macamana kan, dah suka.

Teringin nak makan tomyam. Yang pedas. Yang masa. TERINGIN.

Thursday, June 14, 2018

Kronologi June 12

Assalamualaikum.


June 12, genaplah umur seorang Faizah, 27 tahun. Hahahhah hampir ke 30! Phewwww~ Lambat sikit lah sampai 30 tu. Tak ready lagi sebab still rasa macam muda belia remaja gittew 😎


Kalau tahun lepas bulan June disambut dengan berbuka kat luar setiap minggu, untuk tahun ni, kita berbuka kat luar sekali je! Dekat tempat fav lah mana lagi. Tapi kan, rasa macam kurang best tahun ni. Makanan memang banyak macam biasa tapi macam sikit bila nak ambil tu. Paling dasyat, bread pudding dah habis but dia ada je refilled balik. Pheww lega terus perut iolls. Kalau tak, rasa nak mintak refund. Hehehe. Anw, Terima kasih Family πŸ’“

So yeah, ucapan birthday sama je macam tahun lepas. Jodoh dan birthday memang tak dapat dipisahkan ke macamana tah pun aku tak sure but Insyaallah, doa-doakan jelah :)

First hadiah adalah aku dah ada CDL! Wahahahha. 2 tahun telah berlalu. Lepas ni dah boleh tanggal sticker tu. 

 

Hadiah kedua dari budak gedik. Headband fro McDonalds. Thanks Ged!


Then, rewarded myself with long phone called. Sampai ke sahur weh, lepas sahur mata dah tak boleh tahan. Penangan! Siapa suruh mengada stay up. Haa siapa suruh melayan seorang Pejah berborak?! Baik Pejahlah yang bersalah. Heheh :D dapat lagu birthday jugak, tapi lewatlah beberapa minit selepas jam 12am. Takpe, asalkan ingat. Thanks Fans !


Oh dapat Kobo Mini jugak. Wuuuu~ Yang ini memang suprised gila cause aku memang ada google pasal Kindle. Saja, sebab selalu nampak kat timeline Twitter. Tak sangkalah dapat hadiah Kobo and first time tahu pasal Kobo jugak. Thank you so much E & D !

Harini June 14, aku terperasan ada satu bungkusan dekat tray atas meja. Curious siapa bagi? Curious pun, aku dah tengok dah hadiah apa. Hahahaha. 


And ada nama brand tu, pastu aku boleh agaklah siapa. Sebab aku ada dapat brand ni masa E and the girls holiday. Walaupun aku ingat orang lain, tapi sebenarnya orang lain yang bagi! Wow. Ini ajaib! Hahhahahaa tak sangka jelah. Tapi tak kisah lah. Thank you jiran sebelah meja!

And finally thank you so much everybody πŸ’œ

Last but not least, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN !

Tuesday, June 12, 2018

Setahun ia berlalu ...

Assalamualaikum.

Bulan puasa adalah bulan yang takkan aku lupa. Bulan yang hampir meragut nyawa aku.

Kalau nak aku recalled balik, haritu aku cakap dengan baba alaa ba, kejap je akak sampai. Jam menunjukkan pukul 8.15am . Tu lah, orang cakap jangan berlagak, jangan riak. Haaa mendapatlah kau!

Aku rasa jalan masa tu basah sikit je. Cuma aku suka berangan atas motor. Tapi masa aku berangan tu, depan aku clear. Entah macamana, tiba-tiba ada motor. Aku break mengejut dan akhirnya aku jatuh cium jalan tar tu. Berguling-guling macam menari bollywood aku atas highway tu. Dan nasib baik jugak aku tak kena langgar dengan mana-mana jenis kenderaan. Alhamdulillah.




Luka dekat siku tangan kiri. Aku ingat luka sikit je. Oh lepas jatuh tu aku balik rumah, lap-lap luka and tukar baju seluar tudung semua. Aku gigih pergi kerja lepas jatuh.. Aku pergi panel dulu sebelum tu. Then mintak halfday pagi, then selesai kat panel, aku terus masuk office. Masuk office jalan terjengket-jengket. Dorang tanya kenapa aku tak cuti je? Ishh kerja banyak weh masa tu. Memang taklah aku nak cuti. 

SEBAB AKU INGAT LUKA SIKIT AND TAK SAKIT PUN WALAUPUN SEMUA ORANG DAH SURUH CUTI!

Sekali, dah petang-petang tu, aku rasa sengal-sengal satu badan. Yaaaa, dia dah datang. Malam tu aku menangis sebab sakit. Esok baru aku pergi klinik lagi, untuk check lagi sebab aku rasa sakit. Dapat MC. Kalau ikut hati, memang aku tak guna MC tu tapi sebab nak jalan tak larat dah. Makanya cuti dan berhuhu lah kat rumah tu.

Dalam pada kaki jengket-jengket ni, aku sempat pergi PICC dan beraya ye kawan-kawan. Hahahah itu penting kot.



Ku gigih Jebat! Nak solat, fuhh menangis dalam hati. Sebab kaki kiri aku tak boleh lipat. Kerusi tak jumpa dalam surau. So nak tak nak, aku kena duduk macam biasa. Tapi sakit weh. 



Demi bread pudding! Ku gigih lagi Jebat!

Sampai raya pun kaki aku tetap sakit kalau lipat. Sampaikan malam raya, aku tertido atas kerusi sebab tak larat dah, dengan lutut aku berair sebab sebelum tu aku lipat kaki buat apa tah. Tak larat nak lap/tukar semua. Dugaan weh masa tu.

Nak sebulan jugaklah baru baik. Alhamdulillah aku mampu berjalan lagi walaupun terhenjut-henjut masa tu. Aku cakap dengan adik-adik aku, 

Kalaulah masa tu, kaki aku tak boleh guna? Aku tempang, macamanalah hidup aku kan?

Gila. Sampai situ aku fikir.

Trauma, ya, aku masih trauma. Tapi seronok kot bawak laju! HAHAHAHHAHAHA

Tuesday, June 5, 2018

Murtabak Maggi

Assalamualaikum.

Kak Nana selalu bagitau dia masak Murtabak Maggi. Sebab aku tak pernah makan, jadi kadang-kadang tu rasalah macam teringin nak rasa. Sedap ke tak?

Pastu last week ada cuti satu hari sempena Vesak Day kan? Petang pergi rumah Opah, aku tanya Kak Nana ..

Kakna, takda Murtabak ke harini?

Ada Pejah!

Gittewwwww...




Tinggg!!

Murtabak Maggi by Kak Nana.

p/s: simple gila entri aku.

Monday, June 4, 2018

Hi Jun, kita jumpa lagi !

Assalamualaikum.

Officially 6th with WB !

Wohooo. Macam tak percaya kan? Aku pun tak percaya. Mula-mula dulu, setiap kali rasa tak puas hati dengan Annoying, rasa nak berhenti, rasa nak cari kerja lain. Tapi tulah, sekarang eh ok pulak dengan dia. HAHAHAHA.

Dia ok je sebenarnya cuma kadang-kadang je annoying terlebih sikit. Hehehhe.

So, June 1st aku officially tukar tempat buat kali ketiga. 6 tahun kerja, 3x aku tukar meja. Korang pernah macam tu? 




Tak pernah bukan? 

Takpelah kalau korang pernah pun. Aku taknak amik tau. Hehhee. Rasa meluat kan? :D
Dah, aku busy. 

Anw Happy Favourite Month! Hi June, we met again 😊

Friday, June 1, 2018

Juadah meriah setiap tahun dirumah nenek-nenekku !

Assalamualaikum.

Puasa ke-16 barulah aku macam rajin sikit nak update apa-apa since aku tengah free kejap ni. Dan aku pernah janji nak update hari berbuka aku masa puasa 3 dan 4 kan? Jadi pada hari bertuah ni lah, aku update. Wahahhaha sorrylah gang. I is busy.

So mari mulakan dengan menu berbuka kat rumah opah dulu. Sempatlah amik gambar sebelum berbuka and sebelum meja ready. Bila meja dah ready, kuih muih bubur apa bagai dekat meja lain. Meja makan ni penuh dengan lauk pauk yang enak-enak belaka je. Kenyang weh! Semua sedap. Semua lazat. Eh haruslah, benda lazat kot. 




Dan keesokkan harinya pula di rumah Nenek. Menu simple tapi nampak banyak sebab satu lauk dibahagikan kepada dua mangkuk/pinggan. Tu banyak. Paprik, kek coklat pisang tu sedap. Eh semua lah sedap. Yumss.



Dan rumah maktok takda gambar sebab TAK SEMPAT! Sampai-sampai terus hidang, dan terus makan. Itu lagi lah. Menggila punya juadah. Makan kuih Akok, fuhh sedap. 

Alamak rasa macam nak beli kuih Akok lah balik karang. Baru rasa lah pun. Tak tau beli atau tak lagi πŸ‘‰πŸ‘ˆ 

Apa menu berbuka korang?

Wednesday, May 23, 2018

Mother's Day - Jom Bali

Assalamualaikum.

Hampir ke jam 1:20 PM dan aku bosan. HAHAHAHAH jarang sangat hal ini berlaku. Aku nak update juadah berbuka puasa last weekend sebenarnya tapi bila transfer, tak boleh detect. So untuk aku transfer lagi sekali adalah malas ya kawan-kawan. Walaupun transfer tu mudah seperti membaca ABC.

Jadi, dalam banyak-banyak gambar yang aku transfer, ada satu je yang terselamat. Phewww jadilah dari takda kan. HAHAHA. Dapatlah aku membuang masa kejap dari aku termenung je pc ni, dengan kesejukkan terlampau ni.. hmmm lama tak update pasal makanan kan..

 

Korang maafkan lah aku kalau gambar diatas ini buat puasa korang tergugat sebab aku rasa aku macam tergugat sikit. HAHAHAHAHAHAHAAH bodohlah pejah.

Celebrated Mother's Day dekat Jom Bali , 13hb haritu πŸ’“

Cerita dia, asal pergi Tesco Kajang tu, mesti kiteorang akan cakap pasal Jom Bali ni tapi tak pernahnya singgah. Hahahah. Nak cepat / lain kali - antara sebab yang selalu kiteorang dengar. Hahahaha. Jadi on Mother's Day tu, aku ajaklah seisi keluarga pergi Jom Bali ni. Yeahh we went there FINALLY!

Kalau korang mengharapkan gambar yang banyak, maaf, aku dah menghampakan harapan korang sebab ni je satu-satunya gambar yang ada. HEHEHEH. Aku tak rajin seperti dahulu kala lagi ye. Dah tua barangkali -_-"

Verdict - Portion dia banyak weh! Oh dah sedap bagi tekak dan perut akulah kan. Aku penat jugak nak habiskan tapi licin jugaklah sebab lapar kan. Hehehe. Plus, pernah ke aku membazir pada makanan? hmm.. Aku lupa apa nama menu ni tapi Jom Bali memang ada banyak jenis Nasi Goreng. Korang just pilih je lepas tu tunggu dengan penuh kesabaran didada :) Walaupun kedai tak ramai, tapi agak lama jugaklah. Tapi takdalah sampai sejam. Tapi puas hatilah. Air je, manis sikit.

Tuesday, May 22, 2018

Fans.

Assalamualaikum.

Haaa masih sibuk dengan kerja. Dah takda waktu-waktu senggang macam dulu ye wahai peminat ku. Haaa you lah tu. Peminat I kan? HAHHAHAHAHA

You know who you are.

Aku ada gambar berbuka masa weekend tapi belum ada kesempatan lagi nak update. Tengoklah, aku rajin, aku update later. Banyak weh makanan. Banyak GILA.

Monday, May 21, 2018

1st puasa punya cerita.

Assalamualaikum.

Bulan ramadhan kembali lagi. Alhamdulillah dapat lagi rasa suasana kemeriahan ramadhan tahun ni. Bulan ramadhan tahun ni jugak jatuh pada bulan kelahiran. Haaa tapi tahun ni tarikh lahir tu dah hampir-hampir nak raya. Fuhh. Kemeriahan bakal berlaku ..... dalam perut aku. Mana lagi -.-

First day puasa, aku kerja macam biasa lah. Balik pun lambat sebab kerja macam banyak gila last week. Tapi takpa, aku chill. Sebab aku ingat berbuka dekat rumah atau rumah Opah. Haaa sekali masuk je rumah nampak tupperware bertingkat-tingkat dalam plastik, terus cuak. 

Dik, nak berbuka kat mana? - Tanya aku dekat Adik yang tengah tengok siaran kegemaran yakni bola yang entah berapa kali nak ulangan pun aku tak tau.

Rumah Nenek - Jawab Adik dengan endah tak endah. Fuhh sampai hati jawab tak pandang muka kakakmu yang gojes ini. Takpe takpe. No google! HAHAHHAA

Jadi berdesup mandi, siap-siap semua terus masuk kereta. Part paling best sekarang bila balik Sepang adalah lalu jalan belakang KLIA2. Seronok tengok kapal terbang turun naik semua tu. Biasalah pejah, dia punya excitedness pasal trip lepas tak habis-habis lagi. Pendek cerita, jakun tu masih ada. Hahahaha

Ok, jadi nya sampai rumah nenek lebih kurang 7.40pm macam tu. Masuk, salam and terus makan. Wahahahha lapar! Aku tak tau kenapa, aku makan bihun non stop. Aku punya putaran makanan masa 1st day berbuka ..

Bihun → Bihun → Nasi dan lauk pauk → Bihun → Kuih 

HAHAHAHAHAHHA lepas tu, setelkan apa-apa yang patut. Then tiba masa balik. Hahaha ni lagi kelakar. Entah macamana aku boleh tertido on the way balik tu. Aku rasa sebab aku penat kot (READ: KEKENYANGAN) jadi aku tido lah kan. Sampai rumah, mata aku tak boleh bukak langsung weh. Serious! Aku dah tertido kat bilik. Then terjaga, keluar bilik, tanya Achik apa tah, then sambung tidur balik. HAHAHAHA.

Penat ke apa tu?

Thursday, May 10, 2018

Panaih

Assalamualaikum.

Aku rasa aku bakal demam. Hidung dah bersin non stop dari celiknya mata aku pagi tadi which is tak bagus. Sebab aku tau ia akan diselit dengan selsema dan batuk untuk tahap seterusnya. Biasa, jiran setiap bulan ni. Asal bulan baru, dia naik bertandang kejap sampai aku bosan dah. Hmm..

**update: jiranku bernama batuk sudah menyinggah 

Mungkin sebab semalam panas sangat. Dengan susahnya nak dapat mineral semalam. Macam satu kenikmatan bila dapat air kosong tu walaupun tak sejuk. Dah malam, baru tau ada water dispenser dekat dengan saluran 2. Manalah nak tau kan :(

Balik dari Bangi malam tadi, terus mandi lama-lama dalam toilet. Alangkah bahagiannya kalau air dalam toilet tu sejuk beku tapi hahahaha jangan nak berangan lah kan. Lepas tu baring apa semua dan akhirnya terjaga pada jam 6.05am, dan aku baru perasan aku tak logoff IG. Haaa tahniah lah pejah. Dah mengantuk, nak check social medias jugak. Eeee mengadakan kau.

Dan harini yakni 10hb aku kerja. WAHAHAHAHAH. Tapi rasa macam hari Sabtu sebab yang masuk hanyalah 4 orang termasuk aku. Tapi aku halfday lah, since bukan ada kerja pun. Ada tu ada, tapi baru je siap tadi sebelum aku login sini. Oh esok confirm cuti. Nak buat apa lah eh? Hmm.. since panas ni, kalau pergi tempat sejuk best jugak.

Rasa nak cari something yang sejuk seperti slurpee. Dari last week ke last two weeks eh aku janji dengan adik? Marilah mencari slurpee untuk budak gedik tu.

Dah lah, aku nak sign off. 

Jumpa Isnin depan guys!

Oh btw, for those semalam yang mengundi dekat saluran aku, and aku salah sebut nama ke apa, SORRY sangat-sangat tau geng! 

Thursday, April 5, 2018

Gotta work now!

Assalamualaikum.

Aku cuma ada 4min untuk menaip dekat sini. Ok now!

Hahahha.

Sekarang aku rasa best sangat dekat office. Well, sebelum ni pun best jugak tapi sekarang macam lagi best. Heheheh. Kenapa? Sebab sekarang aku sentiasa sibuk dengan kerja compared sebelum ni, aku asyik ada masa terluang sampai tak tau nak buat apa. Sampai ada orang complained aku free sangat. Biasalah, orang busy body ada dimana-mana. Sibuk nak jaga tepi seluar aku. Sibuk!

Tapi kadang-kadang pun ada je free time tu. Cuma tak selalu sekarang. And I do love the current situation now; busier than before.

Shipment non stop walaupun susah (haha sampai bebila pun ia tetap susah) but kinda love it now. Macam harini, first time aku tanya schedule untuk LCL (loose container means share container dengan orang lain). Quite nervous sebab tak tau nak start dari mana tapi nasib baik ada E yang sentiasa ada bila aku perlukan bantuan. Aku boleh je tanya D tapi aku macam takut plus cuak sikit bila nak tanya D. Tak kira directly atau skype atau apa-apa lah. Takut. Hehehe :)

So seronok lah cerita dia sekarang. Hari-hari belajar benda baru walaupun sebenarnya takdalah baru tapi aku lah baru tau dan baru nak belajar. Hehehehehe. Harap-harap semangat nak belajar aku ni akan tetap utuh dan jitu sampai bila-bila. 

Yelah, aku ni kadang-kadang angan-angan tahi ayam jugak. Kadang-kadang rasa nak rehat je manjang. Kadang-kadang rasa nak kerja non stop. Biasalah, Faizah dan drama yang tak dipisahkan :D

Tapi jangan risau, whatsapp / Twitter / Email anda, boleh je seorang Faizah reply walau busy mana pun dia. HAHAHAHAHA. Tu sampingan kan. Biasalah. Makan pun ada side dish, betul tak? Hiks!

Dah, aku dah lebih 4min ni. Nak turun.

Bye.

Saturday, March 31, 2018

MOE with WB

Assalamualaikum.


Faizah, nanti you pakai cantik-cantik. Muka kasi make up sikit eh..


Arahan yang aku terima minggu lepas diwaktu aku sedang sibuk dengan kerja. Wahh sibuk sangat kettew? HAHAHAH tak lah pun tapi buat-buat sibuk je. Karang tak buat-buat sibuk, ada orang kecam. Ops!

Aku rasa hari-hari aku make up pergi kerja. Tapi kenapa orang still rasa aku tak make up? Tapi mungkinlah sebab aku pakai bedak dengan lip cream atau lip tint je pun. Kejap je hilang. Nak touch up, ya ampun malas gila. Mungkin sebab tu lah kot siap dapat arahan macam tu. HAHAHAHA.

Ok, kenapa kena make up ni? Ada show mana-mana ke? Wahaha memang taklah. Iolls dah retired dah persembahan pentas ni. Darah gemuruh tak dapat dibendung lagi sekarang ni. Dulu boleh cover lagi lah kan. Nyanyi lagu Aishah pun steady walaupun kaki ketaq dah  😜

So semalam aku dan beberapa rakan sekerja ada presentation dekat MOE. Jadi ini adalah pengalaman pertama aku bersama dengan orang-orang di MOE.

Kiteorang by 7.40am dah terpacak depan MOE tu. Then by 9am, presentation pun bermula. Diakhiri sebelum jap 12 tengahari. Cepat gila. 





Sesi Q&A


Overall, aku happy sebab dapat experience macam ni. Harap-harap lepas ni nama aku naik lagi. Wahahaha walaupun kat sana aku cuma letak bags WB dekat kerusi-kerusi tu je. Lepas tu senyum, lepas tu mengganggu presentation dengan batuk yang non stop tu πŸ˜·. Sigh memalukan betul. Tapi takpe, I really had fun!

Again, thank you WB, E, D & Mr T for the opportunity. And Hi Kris! HAHAHAHAHHAHA 😊

Tuesday, March 27, 2018

Hari-Hari Ada Waktu Senggang. Anda Cemburu? HAHAHAHAHAHHAHA

Tunggu, bagi aku betulkan kerja-kerja aku ni sebelum aku taip panjang berjela dekat sini.

Aku taip ayat ni semalam dalam keadaan tergopoh-gapah sebab nak logged out tapi nak taip jugak dan berjanji nak sambung selepas itu dan akhirnya membawa ke SHUT DOWN terus ya! HAHAHHAA oh dan kerja aku selesai tepat jam 5:30pm. Pheww, terasa penat lain macam.

Oh sebelum tu, Assalamualaikum.

Tak sempat nak bagi salam, terus ambush macam tak menyempat je. Kau pahal kan pejah?!

Hmm baiklah. Baru dapat rehat lepas siapkan semua kerja. So far aku suka dua hari ni. Yaaa dari semalam lah maksudnya. Kenapa? Aku rasa macam busy gila. Hari aku penuh dengan kerja walaupun kadang-kadang ada jugak waktu terluang yang sangat dasyat sampai ada orang jealous. HAHAHAHA pebenda tah, jealous dengan waktu senggang orang lain -.-

Lepas tu, aku rasa aku macam lebih confident untuk menjawab emails. HAHAHAH dah enam tahun kau kerja pejah oii!

But still, aku rasa kekok lagi nak reply emails semua. Tak tau kenapa. Nasib baik E ada. Dia lah penyelamat aku dari dulu, kini dan selamanya.. Kalau E outstation pun, aku kacau dia, tanya patut tak aku buat ni, buat itu. Mengada bukan perangai aku? Ya aku tau. HAHAHAHA sorry E!

Dan yeah, Jumaat ni aku kerja luar. Yahoooooo! Seronok bukan kepalang lah cerita dia :) Dekat kawasan permainan aku masa sekolah dulu pulak tu. Hahaha gila gelabah kau ni jah.

Ok, disebabkan cuaca harini sejuk lain macam dari pagi, aku telah diserang selsema dan batuk non stop. Maka, haruslah aku beringat untuk makan ubat malam karang kalau taknak jejak klinik. Haishh awal bulan je tak sihat, muka aku dah muka regular dekat panel tu. Segan oii. Hmm aku hampir tak faham dengan keadaan badan aku sekarang. Pelik sungguh -__________-

Oh ya, aku sebenarnya ada dua cerita nak update. Yes dua. Tapi aku rasa bukan masa terdekat ni sebab aku malas. Hahahaha. Dan mungkin tak update langsung. MUNGKIN. MUNGKIN YA dan MUNGKIN TIDAK. Mana satu pilihan netizen-netizen semua? HAHAHHA.
Dah, aku nak sambung Pinterest gambar hairstyle. Aku perlukan perubahan sempena tahun 2018 ni. Hahaha padahal ma dah suruh potong rambut.

Ok bye.