Assalamualaikum.
Oh, Happy Holiday koranggg! Harini cuti, esok pun cuti lagi. Haaa masuk office Rabu nanti, aku yang stress sebab blur apa nak buat. Tapi yang pasti aku ada shipment Rabu ni. Semoga seorang Pejah dapat concentrate tanpa membuat apa-apa kesalahan yang sekecil-kecil kuman mahupun sebesar gajah 🐘
Haa kau pejah, perumpamaan kau sekarang..😙
Haa angin tiup kencang, rupanya nak hujan. Alhamdulillah. Sekarang ni petang je sejuk. Kalau kat office, dah membeku dah weh. Jumaat lepas je rasa panas walaupun hujan kemain lebat ya ampun after lunch time. Sebab apa? Sebab tak tau siapa perlahankan suhu aircond. Jadi syukur kejaplah tapi lepas tu macam hoii panas! Hhahahahha manusia tak pernah bersyukur 😹
Aku tengah santai-santai dalam bilik sambil belek artwork yang aku bawak balik ni. Ada satu board kena siapkan and actually aku planned nak siapkan Sabtu lepas tapi entah macamana, benda tu tak boleh siap. Tinggal sikit je lagi. If aku buat secara fokus, harini boleh siap. Kira aku masih bekerja ya sekarang ni.
Aku tak tau lah if one day, aku dah tak kerja ke apa. Mesti bosan. Hahahaah. Sekarang pun bila cuti lama-lama aku macam tepu kot. Tak tau nak buat apa. Nak marathon drama, hmm dah selesai 13 episodes dah. Tunggu episode 14, 15 & 16 je ni. Pastu boleh cakap Bye Bye Mi Rae! Wawa pun dah terjebak sebab aku suruh dia tengok. Wakakakakaka gigih mommy tu guna data SDN BHD nak tengok. Rasaiinnnn loooo. 😉
Lepas ni nak tengok drama apa eh? Aku dah malas nak kusutkan otak aku dengan perkara-perkara mendatang. Aku menggunakan konsep Later We Think! Hhahahahah tapi later, later pun, aku tak boleh relax sangat. Kang aku kena bebel pulak 💜 HAAHAHAHAA.
No comments:
Post a Comment