Tuesday, July 30, 2013

Baba's Day

 Terima kasih kerana menjadi baba yang terbaik buat kami empat beradik. Even though kadang-kadang kiteorang macam malas nak dengar baba membebel tapi percayalah, tiada siapa yang boleh ganti tempat baba dihati kami.

Dad, thanks for all the love and support that you have given us in life. We truly respect you for what you are. May your birthday be as special as you are in our life. Can't imagine our life without you, dad :')

If people give me compliments for the person I am today, I take your name, because I am what you taught me to be, I will always hold your values high.

 Embedded image permalink 

Sempena ulangtahun yang ke 49, kami The Azmi's (anak-anak) mendoakan semoga baba panjang umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang cergas; baik walaupun kadang baba buat lawak perut mengigil tahap tak ingat punya! Hahahah dan kami sayangkan En Azmi sangat-sangat

Thanks for everthing.

We will never forget this.

Happy 49th Birthday to you !

Monday, July 29, 2013

Kilauan Emas

Assalamualaikum.

18 Ramadhan ada buat tahlil sikit dekat rumah opah. So family memang semua ada. Banyak sangat makanan! Rambang mata. 

Air pulak macam-macam jenis. Ada krew ni buat air bandung tapi dia sendiri tak minum bandung tu. Hahha. Nampaknya tembikai fresh lagi mengiurkan? Takpe, kita share ramai-ramai. 

Memang seronok! Sambil makan, sambil berborak, dan buatlah apa yang patut. Yang cousins berborak. Topik? Hmm kalau memasing dah berniaga, biasalah, semua nak cerita pasal business. hoverrr sangat! Padahal kecil-kecilan je. Yang lelaki main helikopter dekat luar sampai kipas patah! 

Sambil beborak, KakRos buat lawak. Ma request dia satu lagu. Okaylah KakNana peminat KakRos since dia dalam Kilauan Emas lagi sebab dia kelakar sangat! Hahaha. Macam-macam lagu dia nyanyi dekat kiteorang. Aww thanks KakRos.

Ni sempat keek Sabtu lepas.


Kemain tau. Ada lagi video tapi dekat phone ma.

Raya just around ther corner. Mesti semua tak sabar kan? Puasa bagi penuh dulu okay! Till next, bye!

Monday, July 22, 2013

Ostriches Farm

Assalamualaikum.

Tempat : Ostriches Farm, Port Dickson (terletak di sepanjang Jalan Kemang 13, kira-kira 450 meter dari jalan utama Teluk Kemang, Port Dickson.)

Tarikh : 8 June 2013
Harga : RM10 (Dewasa) / RM6 (Kanak-kanak / Warga Emas)

Yes, 8 june aku pergi sini dan selepas sebulan lebih baru update dekat sini. Sebab? Malas! Hahaha. Korang dah biasa sangat dengan alasan aku tu kan? Kan kan? Hehe redha jelah. Dan sekarang aku perasan tiap kali Isnin, aku update belog. Motif? Isnin mood banyak bagus. Okay bagus SANGAT (sambil menguap)

Meh ler aku tunjukkan korang gambar-gambar dekat bawah ni. Nak suruh aku menaip dihari isnin yang hening ni, hmm malaslah. Kepala macam berat je nak tegak lama-lama. Heehhe.



Okay itu telur Dino. Aku tak berapa nak sure telur dia betul-betul besar macam tu ke tak sebab waktu dino ni hidup, aku tak ada lagi. Hahha. So mungkin telurnya memang besar seperti yang dilihat. Tekun tengok dalam telur tu apa, sebab dah crack.
 

Dalam telur tu ada ni, anak dino. Lahir-lahir dah besar anak dino ni. Hhehe. Mata anak dino ni macam pakai eye shadow tebal sangat. hahaha!


 

Suka dua gambar ni. Gambar adik beradik :) Aku sampai sekarang macam heran dengan cara Zikri bergambar. Tegak macam tengah berkawad =.=
 
 


Ada kisah dengan anak kambing ni. Rasanya dia terlepas dari kandang. Dia kejar adik dan baba. Hahha walaupun adik memang suka binatang tapi bila anak kambing ni kejar dia, dia menangis non stop pastu suruh baba dukung. hahaha. Kiteorang penat gelak sebab kelakar sangat. Anak kambing ni sampai nak ikut kiteorg, hehe sorry anak kambing, tempat mu disitu ye.




Masa nak tangkap gambar ni, tengah feeling-feeling dekat Arab. Hhaha ye memang tak boleh blah. Tapi kisah pulak aku en? Seriously kandang ni busuk gila! Tanah dia basah, macam baru lepas hujan padahal masa aku datang ni cuaca panas kemain.







Telur burung kasawari. Dan ia tulen dan asli dan original. Itu bukan replika okay. Takut jugak sebenarnya nak pijak tapi bila achik rilex je pijak, adik siap melompat-lompat atas telur tu, so apa tunggu lagi, moh ler kita join sekaki. heheh. Memang berat!

Kalau korang nak makan telur ni pun boleh, ada je jual dekat cafe dalam farm tu. Ada cina meja sebelah order telur dadar, fuhh besar gila tapi sedaplah kot? Sebab aku tengok dorang makan beria je. 


So harga, tempat semua aku dah share dengan korang. Jadi korang pergilah kalau korang nak pergi okay. Untuk aku pergi lagi? Hmm tak kot. Hahhaa. Aku lagi rela pergi Zoo, tak kisahlah Zoo Negara atau Zoo Melaka. Lagi puas hati kot :) 

Gambar tak ikut turutan sebenarnya. Takpe, as long korang baca steady, okay je. hehehe.

Wednesday, July 17, 2013

Juadah berbuka

Assalamualaikum.

Akhirnya ku berjaya juga untuk letak gambar juadah berbuka untuk tatapan kalian semua. Masa semua orang tengah kusyuuk tengok Demi Dia, so apa lagi, mulalah jalankan misi. Saja nak riak dekat korang. Hahaha.

Semalam berbuka dekat rumah opah. Sebab ma baba semua pergi Perak, mak paksu meninggal. Innalillah, takziah kepada keluarga paksu kat Perak. Okay taknak cerita sedih sebab ni memang entri nak tunjuk makanan je kat korang. Memang meriah sikit. Bagi aku, kalau makanan dah lebih dari tiga juadah, itu dah meriah dah. Yelah banyak pilihan. Ye dak?

So marilah kita senaraikan satu persatu. Heheheh!
 

Juadah pertama : 
Ikan bawal masak sos. Opah buat! Lap air liur cepat. Ye aku tau nampak sedap. Memang sedap pun! Balik je keje, dah ada lauk ni tepi dapur. Tapi masa berbuka, aku tak makan ikan ni, amik sos je. Hehhee

Ha masa sahur pun lauk ni jugak. Sebab ada lebihkan. Tak elok membazir. Masa sahur aku makanlah lauk ni, tapi setengah je. Entah mood nak makan tu takda sangat harini. Ayat aku poyo gilaaaaaa . hahaha


Juadah kedua :
Taugeh dengan pucuk rebus. Macam sup sayur tapi ada pucuk dengan taugeh semata. Ni kalau ada adik atau Iman, memang fav doranglah pun. Sebab memasing suka makan so'on tu.


Juadah ketiga :
Telur masak sambal. Ni pun balik kerja memang dah siap masak. Heheh. Lauk ni sampai sahur pun ada, alasan sama, sebab ada baki dan tak elok membazir dan masih ada baki ye wahai kawan-kawan semua :)
 

Juadah keempat :
Rendang kerang kegemaran ramai. Memandangkan aku dah selalu sangat makan rendang kerang ni, perasaan teruja tu memang dah hilang untuk lauk ni. Hhaha sebab dah biasa sangat. Tapi jangan risau aku tetap makan kalau perasaan teruja tu tetiba datang dengan sengaja. 
 

Juadah kelima :
Cucur Udang. Yang ni pakcik aku beli je kat bazaar. Oh yang ni dah habis semalam. Sempatlah jamah dua ketul. Bolehlahh. Aku lebih prefer popia dari ni. Heheh tapi bersyukur. Sedap!
 

Juadah keenam :
Murtabak Ayam / Daging. Okay yang ni aku pesan dekat abang sebelah meja aku. Dia kan officeboy, so semenjak ada bazaar ni, dia telah ditugaskan oleh officemates aku yang lain untuk beli kuih muih. Nasiblah pukul empat lebih dah bertenggek kat bazaar kan. Thanks abgJoe!
 

Juadah ketujuh :
Pulut bakar , Kuih koci dan hati ayam. Aku makan pulut bakar setengah je pagi tadi. Nak rasalah sebab Isnin lepas abgJoe ada cerita pasal pulut bakar ni. Aku memang dari dulu memang tak suka makan hati ayam. So memang aku tak usiklah hati ayam yang pakcik beli ni. Tengok je mampu. heheh. Dengar macam keras. Dan memang keras, pagi tadi jatuh dari kerusi ke lantai, bunyi dia macam batu jatuh okay. Betapa kerasnya hati ayam tu.

Pada penjual, tahulah ni bulan ramadhan. Janganlah kejar duit sangat sampai benda tak boleh makan pun awak nak jual jugak. Hishh. 
Bak kata opah 'Selagi boleh buat duit, semua nak jual. '


Juadah kelapan :
Nasi goreng Special. Dibuat oleh KakNana. Nasi goreng ni memang makanan yang pertama habis okay. Semua mata pandang nasi goreng tu. Hahhaa. Memang sedap. Pedas. Penuh dengan cili api which is aku memang suka gilaa benda pedas-pedas ni.
 

Juadah kesembilan :
Mee Goreng Pataya. Makanan tu dalam bekas putih tu. Tu memang fav opah. Abang Ayoi rasanya yang beli. Sampai tiga bungkus dia beli. Tapi semua tak habis. Siap suruh pakcik bawak balik satu bekas. Pagi tadi sambung makan separuh lagi. Sekarang ada lagi satu bekas dalam peti ais. 

Oh ayam golek tak ada dalam gambar sebab Abg Ayoi pergi beli masa aku amik gambar semua ni. Dan bila ayam golek tu ada makan, memang tunggu nak ngap jelah. Hheheh. Akhirnya ku terlupa. Takpelah. Atlease ada mention kat sini :)
 

Tambahan :
Kek Coklat birthday Pika Jumaat lepas. Hahah ada lagi. Aku makan sikit je. Sebab macam sedaplah pulok! Okay dalam kek tu ada chocolate chips. Memang tak pernah jumpa. Hmm bolehlah. Sebab aku memang makan je benda-benda manis ni :)

Jadi tamatlah kita dengan sesi memperkenalkan juadah berbuka untuk malam ketujuh ramadhan. Memang meriah makanannya. Walaupun yang berbuka berapa kerat je tapi okaylah dari berbuka sorang betul tak?

Memang kenyang.
 

OOTD. Orang nak, aku pun nak jugak. Hahaha. Saja nak tunjuk kat Teyka sebenarnya. Hahaha!

Thanks korang!

Tuesday, July 16, 2013

Ramadhan

Assalamualaikum.

Dah hari ketujuh puasa baru nak update belog. Bijak! Biasalah bz, kerja memanglah takda tapi tak tau nak share apa dekat sini since semua idea dah curahkan kepada siburung biru, Twitter. Kelaskan? Siburung Biru kononnya. Hahaha!

Alhamdulillah dah puasa ketujuh (repeat lagi ayat atas) dan tak kantoi lagi kat mana-mana hari pun. Syukur-syukur. Hhehe. Biasalah perempuankan mesti ada kantoi punya dalam sebulan. Hari-hari baca beloglist, fuhh berlumba-lumba memasing tayang gambar makanan tapi takpe, I is rilex. Aku tenang je masa baca tapi dalam otak ligat fikir, bestnya kalau dapat makan ni, makan tu. Hhaha nasib lah kan :D

Tiga hari berturut makan roti john. Bolehlah. Tak sedap macam dekat pasar malam dekat dengan rumah kakAya tu. Itu memang tiptop. Perghh teringin siot! (lap air liuq) Satu family memang sukalah roti john pakcik tu. Ishh tak boleh jadi, nak kena request kat ma ni. Lalalala


Puasa ketiga rasanya baru aku dapat makan kurma. Tapi aku suka lagi Yusuf Taiyoob punya. Dia punya kurma macam lembut dan manis. Yang lain brand, ada keras, tawar sikit tapi takpe, sebab free dan memang ada kat rumah, aku bedal. Lagipun aku makan kurma ni masa sahur je. Konon nak bagi badan tu bertenaga sikitlah. KONONNYA! 

Harini aku makan suku je kurma sebab macam keras dan secubit cadbury. Serious weh, secubit je aku makan. Tak tipu! So badan macam ala-ala jelah. Tak bertenaga sangat :D

Oh sempena bulan ramadhan yang mulia ni, aku jual cotton shawl. Alhamdulillah sambutan memang menggalakkan. So sekarang ni masih fikir nak re-stock ke tak. Sebab bulan puasa dan malas nak pergi beli kat supplier. Okay aku memang malas citenyaaa -.-'


Cotton shawl with Piping tu tinggal dua helai je lagi. So for those yang nak, pegi tengok FB aku. Tapi kalau rasa-rasa macam shawl yang korang nak tu dah sold out tapi korang berharap nak tu jugak, takpe, bagi je tau aku. Kot-kot partner aku ada simpanan, aku boleh merealisasikan impian korang tu. Hheehe. 

Terima kasih kepada semua yang beli Cotton Shawl with Piping tu okay. Terima kasih sangat-sangat. Korang memang daebaakkk ! (RM punya pasal)

kbai.

Monday, July 8, 2013

Shawl

Assalamulaikum.

Weekends lepas memang sibuk. Dengan mencari material untuk jualan, lepas tu jalan-jalan cari coklat, so Sabtu lepas memang penat gilosss! 

Malam tu sambung balik Sepang pulak. Jalan-jalan balik kampung jumpa atok nenek :) On the way balik Kajang, singgah bagan, Ma nak jumpa kawan dia. Lama gila kiteorang lepak pantai weh! Selalunya kalau pergi bagan waktu malam, mesti ada family dinner makan ikan bakar tapi malam tu, kami adik beradik makan steamboat je. Bolehlah sedap jugak. Adik pulak lepas gian main playground. Hahaha! sampai mata dah tak larat nak bukak. Mengantuk sangat. Masuk kereta, bang! semua tidur. Hewhewwew

Ahad ikut ma meniaga dekat Cyberjaya. Ramai jugaklah orang. Adik? sambung main playground dekat Pusat Komuniti Cyberjaya tu. Suka dia main buaian sekarang.




Bosan-bosan, ni lah kerja. Achik sampai malas nak layan tapi terpaksa layan. Yelah orang sibuk tengok budak-budak main futsal kat dalam dewan tu. Dah lah panas terik. Achik boleh lapar pulak time ni padahal dah makan sebelum datang. Haishh badan keping, makan banyak tapi tak gemuk. Tips please?


: Cotton Shawl masih ada. Panas macam pisang goreng! Terima kasih yang dah beli :)


kbai.





Kalau korang nak baca belog ni tanpa loading yang panjang, korang boleh folow belog ni dekat imotiv ni. Apps khas untuk korang yang tak suka menunggu. Boleh download apps ni dekat phone korang!

Friday, July 5, 2013

Aliff Farizwan

Assalamualaikum.

Jangan buat muka tak percaya ke apa bila korang tengok aku up entri awal pagi. Well dah hampir jam 10 pagi so takdalah awal sangat. Memandangkan aku takdalah kerja banyak sangat atau lebih tepat takda kerja langsung maka marilah kita mengupdate apa-apa yang perlu. Hehe!

Pagi-pagi lagi si Teyka dah bbm. Ha bosanlah tu kan. Takpelah aku kawan yang baik kononnya so layankan je :) Mihmihmihhh. 



Gigih semalam buat birthday card ni. Yelah takda kerja sangat kan so kita isikan masa lapang kita dengan buat benda-benda yang remeh temeh ni. Heheh. Habis aku godek Vector punya website untuk cari yang sesuai. Akhirnya dapatlah yang macam ni. Malas nak fancy sangat sebab sepupu aku ni lelaki. Kalau perempuan, aku dah letak snow white semua dah. Hahhaa.

So Happy Birthday Aliff Farizwan. Selamat Hari Ulangtahun yang ke 12 tahun. Semoga menjadi anak yang baik kepada ibu dan ayah awak, panjang umur, dan belajar bersungguh-sungguh. Nak UPSR dah kan? 

Pagi tadi ibu ayah dia iaitu busu dengan paksu aku bagi dia heli. Gembira bukan main dia sebab dia request heli tu dah seminggu rasanya. Dia risau gilaa kot-kot tak dapat hadiah masa birthday, yelah busu aku kan tengah pantang. Alhamdulillah dia happy.

Ok bye.

Wednesday, July 3, 2013

Tahniah Putri Norizah.

Assalamualaikum

Lama gila tak update. Biasalah aku kan bz sepanjang masa sampai kena complain dengan kawan-kawan. So mula-mula nak minta maaf lerr sebab lama narr tak update. Banyak artworks nak kena siapkan pastu dengan aktiviti hujung minggu lagi. Uishh banyak sangat!

Ahad lepas Achik pergilah cek gigi dekat klinik maklong. Ingat nak tampal je, sekali kena cabut satu gigi. Saja nak perdajalkan dia haritu, amiklah gambar ni then post dekat twitter/ fb semua. hahaha nasib kau lah weh. Sambil-sambil ma beborak dengan maklong, aku amiklah kesempatan amik gambar ni. Tangan genggam kuat woii ! Hahahhaa. Malu konon. puiii laa



Hari yang sama aku pergi dentist ni, hari bahagia untuk Putri dan pasangan. Alhamdulillah dia dah selamat jadi isteri kepada Malek aka Kinotakamura. Cantik, manis dan sepadan mereka ni. Semoga Putri dan Malek bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat. Amin, mudah-mudahan :)


Kredit gambar : ig Putri Norizah


Oh alhamdulillah jerebu dah takda. Hari terakhir jerebu yang sebelum hujan tu, memang aku tak nampak jalan masa nak pergi kerja. Bayangkanlah bila jerebu dah bercampur dengan kabus, tebalkan?! Memang tebal. Aku dah feeling-feeling kat oberseaa uolls. hmm yelah, genting pun boleh. Hahaha! 

So sekarang ni asal pagi, mesti aku nak feeling-feeling aku kat tempat sejuk sebab memang sejuk. Tak tau lah sebab banyak pokok ke apa tapi aku nak feeling jugak. hewhewheww. 

Kbai.