Monday, April 29, 2013

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013

Assalamualaikum.



Went International Book Fair on Saturday. Too many people there. Tak tipu! Pesta Buku tu telah dibanjiri dengan pelajar sekolah serata Malaysia. Dari Kelantan pun ada (terdengar perbualan pelajar tersebut bersama rakannya) Dorang beli buku kemain banyak gila bak ang! Dek, akak yang dah kerja ni pun tak belii apa-apa datang situ. Saja nak cuci mata tengok apa yang latest je. hahaha! (teruk)




Bergambar dulu sebelum bergerak. Iman and Piqa there. Their so excited! Masa ni Ain ada kelas taekwondo. That's why takda gambar dia. Lepas amik Busu baru amik Ain dan straight terus ke PWTC. 



 Gambar pertama di tweet oleh iolls :) Masa ni sedang mencari parking.


Busu and cousins MELAWAT toilet kejap sebelum memulakan sesi 
tolak menolak didalam dewan. HAHAHHA! Oh that's my mom! :D


Masa ni dah pusing hampir semua lot bawah dewan. So yang ini di Karangkraf. Tiap-tiap tahun rasanya Karangkraf lah yang paling besar dan luas! Siap ada mini cafe lagi. Plus boleh duduk membaca macam dalam bookstores. Yes I like that. 

See adik bought that comic for himself. Percaya tak, dia baru berumur empat tahun tapi cita-cita tinggi beli komik yang sepatutnya dibaca oleh budak belasan tahun. haha adik, you're too matured I guess?


They too happy until afraid to pose with the mascot. Funny isn'it? Finally, they smile too. (That's looks very fake smile, ain.) Hahaha Too scared!




See my back? Itu orang lalu lalang. Memang ramai dan sesak!  Belakang tu Popular bookstore. Masuk sekejap je. Lepas tu busu dan pening so cepat-cepat keluar sebelum pengsan. Dan ma explore dewan ni sorang-sorang. Kesian ma :( Ma bought some books for her students.


Lepas dah selesai di Pesta Buku tu, decided untuk lunch di foodcourt Carefour Ampang memandangkan Busu dengan Ma nak cari barang sikit. Adik , Iman , Piqa dan Ain main dekat playground. Yes , I'm their nanny T___T

So the next day (Sunday), petang macam tu pergi melawat Zikri dekat sekolah dan blablablaaa .... ^__^ (Kemalasan melanda diri dihari Isnin ini) Maaf :)



With Kak Atin. 
Konon nak berkeek tapi coverage tak berapa nak bagus 
sampai phone heng kemain tau. Tension mak! End up berbual jelah. 


Oh yes, this is Siwon Malaysia kononnya tau. Muka babyface sangat katanya. Hahaha memang penat gelak semalam sebab Daniel lah asyik buat lawak je. Hahaha! Kalau phone tak heng semalam, dah keek dah :D

Friday, April 26, 2013

#2 Bebelan

Assalamualaikum.


Rasa nak borak tapi tak tau nak borak dengan siapa. End up, terus log in blogger. So korang kenalah baca apa yang nak dibebelkan ni. Agak-agak macam mulut dan akal dah berkata euuuwww , sila tekan pangkah. Sekian.

Mood tak berapa nak bagus dari semalam. Tak tau lah kenapa. Nak kata kerja banyak, yes memang banyak. Kalau follow twitter, dapatlah baca ngomelan tiap hari. Ada ngomelan bahagia, ada yang nasihat, ada yang bentuk cacian (tu nasiblah siapa terkena). hehehe *gelak kepit*

Banyak yang duk bersarang dalam kotak akal fikiran. Macam-macam difikirnya. Cuma tak tau macamana nak selesaikan. Nak kata tak berusaha, dah berusaha dari awal tahun tapi mungkin belum rezeki. So sabar dan redha jelah T___T

Ingatkan dapat kerja yang diidamkan tu tapi mungkin bukan rezeki. Walaupun dipanggil dua kali tak dua-dua tak pergi disebabkan kekangan waktu. Haish mungkin bukan jodoh dengan kerja idaman tu. Terpaksa sabar lagi.

Hampir kena langgar dan jatuh pagi tadi membuatkan mood untuk kerja dengan semangat hilang serta merta. Mungkin sebab tidur tak cukup juga malam tadi. MUNGKIN. Ahh stress macam ni. Lately memang selalu stress -.-'

Kesian.

Monday, April 22, 2013

Laksa

Assalamualaikum.

Hujung minggu yang sangat padat dengan aktiviti sampai terasa penatnya sampai harini. Serious tak tipu. Sampai tweet EXHAUSTED entah berapa kali. Qila boleh perasan pulak. hahahha!



Gambar ni bukanlah gambar hujung minggu tapi gambar dipagi hari ketika on the way nak pergi rumah opah sebelum pergi kerja. Memang sejuk kawasan ni. Kadang-kadang rasa macam dekat Genting, kadang-kadang rasa macam kat luar negara (ye kan je ^.^) Love the view.


Sabtu lepas sajalah jalan-jalan dekat Mines sebab ma nak cari barang sikit. So this is our fav. Mengurut. Walaupun macam segan tapi sukalah mengurut dekat mesin ni. hehhe. Masuk RM1, urut tak sampai setengah jam pastu rasa geli sampai malam -.-'


Permintaan orang dalam gambar supaya amik gambar dan post dekat facebook. Okay sudah post :) 


Perbincangan diantara sepupu-sepapat dan makcik-makcik sebelah baba semalam. Ada kenduri dekat rumah nenek.


Ma yang bikin laksa ni dari rumah. So masa dalam kereta, tahan je nafsu sebab bau kuah laksa ni kemain menusuk sampai ke lubuk hati. ececehhh :D Then bila tiba waktu makan, cari nasi -.- Lepas tu, demi perasaan meluap-luap ke atas laksa, haruslah makan laksa satu mangkuk. hehee. Okay kekenyangan!

Dari rumah nenek, balik rumah jap. Petang hantar zikri balik asrama, then pergi Tesco. Makan lagi. Beli kaya ball, baulu, ahh macam-macam dalam perut. Sumpah kenyang! Malam konon tak nak makan, alih-alih makan bihun SIKIT :)

Habis diet i  T_________T


Habis baca novel Kerana Sebuah Janji dalam masa satu hari. Nak review? Tengoklah macamana nanti :)

Wednesday, April 17, 2013

Exam week

Assalamualaikum.



EXAM MOOD TURNS ON
 




GOOD LUCK !
xoxo.

Friday, April 12, 2013

90 Hari

Assalamualaikum.

Selepas Aku Dia dan Tong Sampah meletup letup sampai sekarang pun still ada orang bercerita tentang cerita tu kalau korang check dekat Twitter. Gila kuat penangan Beto dengan Siti Saleha ni. 

Anyway Playground Production telah menerbitkan satu lagi telemovie iaitu 90 Hari. Lakonan mantap dari Sharifah Amani, Redza Minhat, Azhan Ranim Abby Nadri, Aisya Hasnaa, Hafidzuddin Fazil, Tria Aziz dan ramai lagi. Telemovie ini diarahkan oleh Megat Shahrizal dan ditulis oleh Redza Minhat dan Megat Shahrizal sendiri.

Gila cool cerita ni.


Sinopsis.
90 Hari mengisahkan Bani seorang playboy yang baru mendapat berita yang dia mengidap kanser darah dan hanya mempunyai masa 90 hari untuk hidup. Dia mengambil peluang ini untuk meminta maaf kepada semua perempuan yang telah dilukainya.

Walaupun tengok lambat setengah jam sebab adik nak tengok cerita Alien Oasis ke apa ntah, so tepat jam 9 malam baru berkesempatan tengok sampai habis. Alhamdulillah.

Memang cerita ni best untuk tonton. Tapi as for me, cerita ni sedih bila dah nak ending. Seriously air mata tak boleh berhenti. Jatuh like non stop. Dalam hati dah rasa macam nak kumpul air mata ni, buat mandi. okay tak kelakar -_-' 

Tahniah kepada team 90Hari ! Lepas ni buatlah telemovie yang best ditonton macam 90Hari dan Aku Dia dan Tong Sampah okay? 

Will support you guys!

Rate: 4.5/5 :)



Selingan
Nak jugak interframe gara-gara post yang lepas gambar iolls tak banyak. 
Ya, ada SATU je. So dengki, nak up lagi. Tapi kali ni gambar candid oleh adikku 
yang memang malas nak amik gambar iolls. Fine chik, FINE! hahhaha

Tuesday, April 9, 2013

Port Dickson

Pada bulan lepas, ye tau cerita dah lama tapi baru berkesempatan nak transfer gambar dalam lappy dan baru rasa nak cerita pasal short trip ni. Well ini trip bersama cikgu-cikgu ma di PD memandangkan semua teringin nak naik banana boat tu. Tak adalah mencabar sangat benda tu.

Okay diri sendiri belum pernah naik banana boat tu tapi dah dua kali naik boat yang bawak banana boat tu. Yelah kalau naik banana boat tu, memang tak ada gambar lah untuk korang tengok. Kan kan kan? Jadi haruslah menjadi photoG tak bertauliah semasa percutian setengah hari dekat PD ni.

So bertolak pagi (tak ingat pukul berapa) terus pergi rumah salah seorang cikgu ma sebab semua berkumpul dengan sana kecuali cikgu lelaki. Dia dengan keluarga dia tunggu dekat tol hala ke highway. Bila semua dah siap, apa lagi, moh lerr kita ke PD (bunyi enjin ala-ala nak drift)

Bila dah sampai, sewa khemah, siap ayam untuk dibakar (masa bakar ayam ni, mamat-mamat dekat area situ dah pandang and I sure dorang terliuq! Hahhahaa) dan tukar apa yang patut ^.^ Masa sampai tu, pantai tu takdalah ramai sangat tapi yelah jarang orang ke pantai awal pagi kan? So dalam jam 10 atau 11 tu, dah ramai orang datang pantai.

Lepas tu bayar untuk naik banana boat dan killer boat (nama diberi oleh tuan blog) dan makan dan silalah layan gambar. Hehehehe ;)

 
 Sampai je terus potong buah.







 Adik tengah cuak. Tengah laut ni. hahhaa









 Termenung jauh nampaknya kak Ekin ni. hhehe


 Iolls naik boat ni nak masa amik gambar.


 My fav view. Gambar ni iolls amik dari khemah. Zoom jauh giler tapi result for me 
Masyaallah cantiknya laut tu. kann?




 End up, baba yang main layang-layang tu. Siapa yang baju hijau tu? emm

 Macam kat oversea ke? Okay ni depan khemah kiteorang.



 Ni pun gambar zoom.


 Nampak tak air macam berombak tu? Sebenarnya kat situ ada ikan pari. Seriously tak tipu! Tapi sebab terkejut campur teruja, dapat tangkap gambar air berombak je. Yang penting photoG je dapat tengok ikan pari live! (Sejak baca kisah ikan pari, dah tak lalu nak makan -.-')


 Apalah yang difikir adik ni? 

 Ada satu je gambar iolls. Sedih jadi photoG T___T

 Ni pun fav view



 Okay teringin nak naik yacht





 ni memang kesukaan adik




 Sebelum & Selepas








Maaflah, dalam folder kemain letak ikut turutan. Tapi bila dah masuk sini, habis punah harapan. grrr dia taknak ikut urutan pulak. Boleh je betulkan balik tapi biasalah bila mood kemalasan tu datang secara tiba-tiba tanpa bagitau, memang macam ni. 

Lepas tu, bila tak ikut turutan, mulalah pening nak buat captions sebab tak tau ni gambar apa. Gambar yang ikan pari pun boleh tersalah captions tadi. hhahaha tapi dah betulkan dah :)

Meriah sangat. Yes, satu hari nanti akan ku cuba banana boat dengan killer boat tu. Masa tu kena hire orang lain jadi photoG. huahuahuaa :)

Happy reading guys!