Wednesday, September 28, 2011

Mata oh Mata.

Mood : Tak Sihat.
Kesakitan Melanda : Mata Bengkak + Perut Pedih -.-"
Harapan : Semoga ada yang membawa saya pergi klinik/hospital dengan segera.

**takut dengar cerita Nora. Gara-gara sakit mata, pakcik dia kena KANSER! Dan pergi mengadap ilahi. Nauzubillah :(

Terima Kasih Hosemates Kerana Mengambil Berat Tentang Diri Saya :)

Monday, September 26, 2011

26hb

Mood : Tak Sihat.

Muntah + Jatuh Dalam Toilet -.-"

Careless Sungguh Faizahazmi.

Sunday, September 25, 2011

25hb

Hari minggu di Kg Cantik, Jugra, Banting.

Bangun, mandi dan sidai baju yang dah basuh petang semalam. Konon lepas basuh nak terus sidai, end up keluar pergi Banting Baru teman Ain beli roti.

Malam pulak kawan Ain (Am) ajak pergi kenduri merisik/tunang dekat rumah Acu dia. Makan malam FREE! Hahaha. Makan mihun je walaupun ada banyak makanan dekat situ. Dek kerana malu yang amat sangat, mihun jelah kami jamah. 11pm baru balik, Ain ajak pergi kedai Mek belakang rumah pulak, lapar katanya. Lepas order dan dapat makanan diorder, balik dan sambung melantak sambil tengok cekerama yang lagi setengah jam nak habis. Sumpah tak paham ending cerita tu -.-”

Sarapan meggi kari dan kek gula hangus yang Acu bagi semalam. Sedap! Dan sekarang menaip cerita ni dekat word dulu, senang bila cerita dekat word dulu sambil tengok Ben10. Bila Melodi nak start ni? Dah lama sangat tak tengok gosip :D hehee perempuan biasalah.

Kinda miss someone. Oh Bruno, will wait for you! Hahaha MENGGELABAH!

Tiba-tiba rindu masakan Ma Ina. Kalaulah ma hantar makanan tengahari dekat sini kan best? Ma baba, kakak lapar!

Ain balik dengan sosej ditangan. Makanan tengahari kami :) makan sambil tengok Nona. Sambil tengok segmen fav yaya, bila aku nak kahwin ni? Amboi baru 20 dah gatal Faizahazmi ni. Hehehe. Baru lepas habis main game hotel. Ibarat hotel tu ku yang punya :D dah penat bekerja, sekarang duduk sambil menaip sesuatu dan mendengar lagu Janji dan menonton Senario Lagi dekat TV3. Memang sangai lah sebab tak tahu nak fokus yang mana. Buat 3 kerja dalam 1 masa yang sama.

Thursday, September 22, 2011

22hb

Kawan-kawan baca post semalam? Pasal material yang tanya Qila tu? Hari ni kelas 3D, agak cuak sebab takut lah En Fauzan nak tanya pasal material tu. End up tak tanya pun. En Fauzan pun sangatlah bz tapi bagi kerja. Dia minta buat 3D dan kalau sempat petang dia nak buat presentation tapi masalahnya semua duk bz main Dota dalam 3D Lab. Dah sejuk + lapar + bosan, semua package!

Tunggu punya tunggu, sampai pukul 5pm pun muka En Fauzan tak nampak-nampak jugak. Ambil kata putus, called En Fauzan. Cakap punya cakap, dia suruh balik dan siapkan 3D dan logo. Selasa kena hantar.

Burger daging menjadi makan malam untuk malam ni. Lama tak makan burger daging cicah sos black paper. Sedap! Saya sayang teman saya sampai bila-bila. Fullstop.

Selamat malam. Assalammualaikum.

Wednesday, September 21, 2011

21hb

Kenapa manusia tidak pandai untuk menjaga hati dan perasaan orang lain? Kenapa mereka hanya tahu mementingkan diri sendiri? Setiap manusia ada alasan mereka sendiri mengapa mereka begitu. Minta maaf sekiranya Faizahazmi ada membuat kalian tersinggung. Yang buruk datangnya dari diri ini, yang baik datang dari-Nya.

21hb, tiba-tiba rasa sebak dan sayu bila mengenangkan tarikh ini. Bukan apa, hampir 2 tahun mengenali siTEMAN. Terlalu banyak memori yang berlaku pada masa lampau. Tak tahu nak kata mana yang banyak. Biarlah kami saja yang menilai :)

Kebelakangan ini, Faizahazmi lebih gemar menulis dari bercakap. Tak tahu mengapa? Mungkin disebabkan perubahan emosi yang bagi Faizahazmi TERSANGAT-sangat GEDIK! Asyik nak touching je -.-” memang teruk emosi Faizahazmi. Tak percaya, cuba tanya warga rumah. Haishhh...

Pergi pasar malam dengan Nora, Kina dengan Ain. Kami berempat merempit ke BB. Walaupun keadaan tidak menginzinkan hujan renyai-renyai tapi kiteorang redah jelah. Biasalah bila hujan dan malam, jualan pun makin sikit. Beli mee dan ketiaw sup, keropok lekor dengan nasi ayam je. Lepas tu beli topup dan balik. Sampai rumah, terus tukar baju dan melantak hingga licin mangkuk tu. Hahahah! Nampak sangatlah warga rumah kelaparan tahap gaban punya. Oh si Saga tidur rumah, tu yang guna motor dia pergi pasar malam.

Malam-malam biasalah aktiviti wajib, BERGOSIP! Hahaha. Itulah perempuan, tapi cerita pun merepek-merepek gitu. Ceritalah apa yang berlaku satu hari dekat Ain. Yelahkan, budak-budak Animasi pergi melawat jiran, ILP KUALA LANGAT. Tempat dia sangat besar tapi macam bosan. Pameran pun best tapi pelajar macam tak mesra alam. Tak bertegur, bila ditanya baru nak jawab. Jawab pun macam nak tak nak. Haishh.

Ada part macam perli dari Ain.

Ain : Fe takde keje? Rilex je?

Fe : ha? Terkial-kial tutup novel. Ada-ada, jap sms Qila.

Ain : nape sms Qila?

Fe : mintak tolong dia cari kat internet pasal material paling berat.

Ain : oh. Tapi bukan fe selalu rilex ke?

Fe : ha?! Baguslah Ain tau. Fe kan selalu rilex. Ada kerja pun boleh rilex pehh :)

Ain : dengan muka yang mengantuk, ain pun gelak :D

Adoii Ain oh Ain -.-”

Tidur dulu. Selamat malam. Assalammualaikum.

Tuesday, September 20, 2011

Fuhhh!

Submit Storyboard And Script For Inoreka 2011 Today !

20hb

Storyboard dan skrip sudah siap! Dapat berehat kejap sementera menunggu hari untuk membuat 3D Autodesk. Memanglah susah tapi apakan daya? Kata nak berjaya. Orang kata kalau nak berjaya, memang beginilah. Bak kata pepatah sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Lebih kurang itu lah pepatah dia -.-"

Bila dah lama tak buat storyboard, semua jadi tunggang langgang. Bayangkan baru setengah tahun tak buat, posisi betul untuk storyboard pun dah lupa. Nasib ada kawan-kawan yang membantu. Terima kasih kawan-kawan :) Actually buat storyboard ni bukanlah susah sangat tapi bila semua gam dah kering dan taknak lekat, tu yang boleh buat gaduh! Hahaha nasib ada seorang kawan ni called dan berborak hampir-hampir 20 minit. Terus hilang marah sebab terlalu asyik ketawa dengan cerita yang boleh buat orang senak perut! Hhahaha :D . Gara-gara tangan dia kudung, dia macam dah trauma dengan jalan raya! Kesian kau weh :( harap-harap kau cepat sembuh ye wahai kawanku :)

Kelas harini 2 jam je. Memandangkan kelas Portfolio tiada disebabkan En Shabudin ada shooting di 8 buah negeri, katanya. Encik, kami nak ikut! :D Tapi semalam nampak En Fauzan ikut En Shabudin. Erm just wondering Khamis ni ada class 3D tak? Harap-harap class cancel. Dapat merehatkan minda yang totally serabut gara-gara storyboard! Eh, serabut dengan kerja En Fauzan yang minta 1 class cari berapa berat sesuatu besi dan sbgnya. Terlupa pulak nak cari weekends haritu. Sibuk beraya :D

Faizahazmi bahagia dengan hasil penulisan yang sekarang. Lebih padat dan panjang. Walaupun hanya menceritakan apa yang berlaku disekelilingnya tetapi ia SANGAT PADAT! Terima kasih kepada kawan-kawan yang menerima Faizahazmi seadanya. Alhamdulillah.

Esok kelas Sains dan Pembangunan Diri. Kelas, kelas jugak tapi diri ni tak bangun-bangun pun? -.-” siapa nak jawap ni? Adoii. Esok jumpa kawan lama!

Rindu teman-teman rapat :’) mudah-mudahan kalian sihat. Amin.

Best of luck untuk teman-teman saya yang sedang dan bakal menduduki exams.

Sedang mendengar : Pokok by MUH ft Hazama :)

Faizahazmi.

Monday, September 19, 2011

19hb

Kenapa manusia ni mudah lupa? Kenapa mereka terlalu senang untuk melupakan sesuatu?

Kenapa setiap manusia tidak mempunyai sikap tolong menolong?

Aku menulis bukan kerana ingin mengungkit tetapi lupakah kau dulu? Bila kau perlukan pertolongan dalam subjek yang kau lemah, denganku kau minta pertolongan. Denganku kau meminta bantuan. Tetapi kini, bila kau sudah berjaya, kau lupa segala-galanya. Aku tidak meminta kau membalasnya tetapi cukup sekadar kau mengingatinya.

Aku cuma meminta tolong dikala keadaan yang sangat terdesak. Aku perlu menghantar tugasanku dengan kadar segera. Tiada siapa yang mahu tolong menghantarku ke kedai. Dengan kau, ku meminta bantuan. Tapi apakan daya? Kau menolak ajakkan ku.

Kau mengulangi perkataan yang PALING ku benci. Aku tahu aku hanyalah seorang yang kurang bijak, bukan seperti DIA yang pandai akalnya. Kau membalas dengan perasaan riak dan takbur kepadaku.

Terima kasih wahai teman. Terima kasih diatas PERTOLONGAN yang dulu kau hulurkan kepadaku. Aku halalkan semua yang pernah aku berikan kepada kau.

Insyaallah dengan kata-kata yang kau berikan kepada ku hari ini, akan ku tunjukkan kepada kau bahawa suatu hari nanti aku akan berjaya. Terima kasih diatas DORONGAN itu.

Ya Allah, kau permudahkan pembelajaran ku ini Ya Allah. Dengan Kau, aku meminta Ya Allah. Amin.

Hambamu,

Faizahazmi.

Wednesday, September 14, 2011

14hb

Bangun awal harini. Konon-konon nak pergi breakfast MCD, RM4.50 je kan :D Aleh-aleh breakfast nasi lemak ayam goreng je dengan Nora dekat Banting Baru (BB). Makan tu je dah harga RM5+ , macam makan tengahari okay! Tapi asal perut ni kenyang, ok aja dehhh. Lepas makan, baca Metro *dahmacamorangtua* -.-“ tak kisahlah, lagipun takde berita yang best pun selain daripada sms dari pembaca tu. Tu fav kolum Faizahazmi dalam Metro ni. Tengah-tengah fokus baca hiburan, Wafiy text cakap nak datang pinjam helmet. Wafiy datang dan ambil hard disk Ain untuk repair, tak jadi pinjam helmet.

Part paling best untuk harini ialah waktu makan tengahari. Rumah dikunjungi oleh sahabat handai *dahmacambuatopenhousewalaupundorangdatangbawakmakanansendiri* hahaha :D cool tak cool lah kan. Nora dengan I je tak makan sebab masih dalam mood kekenyangan breakfast tadi -.- lepas makan, Kiteorang dengan Alin join Qila dengan Nik berborak dekat meja makan. Kina dengan classmates dia lepak depan tv pulak. Meriahkan? Eh janganlah jeles ^.^ Macam-macam dibualkan, dari zaman practical hinggalah zaman Blackberry ni. Dah puas berborak, semua berpindah ke ruang tamu untuk buat storyboard. While me, sibuk dalam bilik menaip sesuatu dekat word. Mula ingat nak kemas bilik tapi bila semua dah bertandang dekat rumah, memang kerja semua TERPAKSA tangguhlah.

Texted Zera ajak pergi ziarah kawan sekolah kiteorang yang sakit dan terlantar dirumah, tak tahulah pergi ke tak. Biasalah planning je lebih, end up yang buat spoiled Faizahazmi jugak. Aduhh maaf ye teman-teman :( dengan mood raya yang masih ada lagi, masih banyak open house yang terpaksa dihadiri oleh Faizahazmi dan famili *bajetkauartislahkan* Faizahazmi akan cuba hadiri semua rumah teman-teman rapat sebelum raya melabuhkan tirainya dalam 2 minggu lagi. Mudah-mudahan sempatlah datang. dan pada kawan-kawan yang lain, sila-silalah hadir rumah terbuka famili Faizahazmi di Sg Tekali pada 1st October ni. Rumah untuk iklan ramadan rebina “Kelas kau jah!” ingatkan? Hahahah :D datang tau!

Dari tengahari tadi hujan lebat, petang berhenti kejap. Malam hujan lebat balik. Tak jadi pergi pasar malam dengan Nora. Kempunan pergi pasar malam, hahaha! Makan malam pun order dekat Alin dengan kawan-kawan dia. Semua bungkus makan dekat rumah. Ibarat open house versi malam punyalah. Bau paprik ni memang menusuk kalbu beb! Lapar-lapar! Makan dulu ya ^.^

Tuesday, September 13, 2011

13hb

Hari yang sangat memenatkan. Penat segala-galanya. Kesian dengan otak yang asyik berfikir dari mulanya kelas. Assignments pun makin lama, makin banyak. Mula-mula dapat Assignments untuk kelas Portfolio, tak rasa sekejap pun. Rasa macam lama lagi duedate nak hantar. Tapi bila kerja tu ditangguh dari sehari ke sehari, end up lagi 3 hari sebelum duedate, baru terhegeh-hegeh cari software, gambar dan video bagai. Adatlah pelajar macam kami yang LEBIH gemar buat kerja bertangguh ni. Betul tak kawan-kawan? Hhaaha :)

Sekarang ni bila masuk 3D Lab, mesti nak baca blog orang. Baru tahu seronok rupanya baca blog ni. Aduhh macam baru nak belajar berblog pulak :D dan saya kini adalah peminat blog Hanis Zalikha dan Yuyu Zulaikha. Kak Hanis sangat cantik dan suka tengok gambar-gambar dia. Kak Yuyu pulak comel je. Mereka ni sangatlah famous! Tumblr pun best jugak. Gambar-gambar menarik tapi bila baca Tumblr mesti sakit hati. Kawan-kawan cakap “kau tak payahlah baca if kau sakit hati!” ahh wateverlah.

Harini jugak mood tidak mengizinkan untuk berCERIA. Tak tahu lah kenapa? Muka tension je. Masa Cumy datang tadi, masih boleh bergelak ketawa tapi malam ni, aduh bajet-bajet macam nak nangis je. Sebenarnya rindu Ibu, rindu ketawa + bergosip dengan ibu. Kalau dulu ada orang yang nak dengar cerita pasal ibu tapi sekarang dengar pun orang dah tanak. Pffft! Saya dah takda ibulah :’( erm kawan-kawan rapat yang baca blog ni mesti boleh baca apa yang ada dalam fikiran Faizahazmi. Kawan-kawan, itu pun termasuk jugak kot -.-” entah, quite confusing actually. Nak makan pun macam agak-agak je walaupun itu saat paling MENGUJAKAN ^.^

Macam nak tidur. Saya belum ehem-ehem lah -.-” Pening dah memikirkan hal ni. Bila nak okay ni? Haishhhh. Kawan-kawan, terima kasih tau sebab memahami emosi Faizahazmi c: Masa untuk kemas katil, katil dah macam tongkang! Mati kalau Ma tengok keadaan bilik dirumah sewa ini. Susah hendak menerangkan bagaimana keadaan didalam bilik ini. Yang pasti 2 almari didalam bilik ini adalah milik Faizahazmi :] Jangan jeles kawan-kawan.

Rindu pada teman-teman rapat. Kita kena berjimba! Jumpa nanti.

Selamat Malam. Tidur dengan tenang ya. Al-Fatihah untuk arwah ibuku, semoga ibu ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin. *sayasangatmerinduiibusaya*

Saturday, September 3, 2011

Raya 2011

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin
Kepada Semua Yang Mengenali Faizahazmi :)
Maaflah Jika Faizahazmi Ada Buat Salah Silap,
Biasalah Manusia Ni Mudah Melakukan Kesilapan -.-"

Well Raya Went Well . Walaupun Duit Raya Dapat Sikit Je . heheh .
Dahh Besar Katanya -.- 1st Raya Di Rumah Nenek .
Gambar Banyak Dekat Nikon Cik Ejan .
So Nanti Bila Dah Amik, Faizahazmi Uploadkan Yer .
Layan Jelah Gambar Yang Ada . Heheh :D








Adik & Kesya




Raya Pertama - Di Sepang

En Azmi & Pn Zarina

**Gambar Tidak Mengikut Susunan. Maaf.