Monday, September 19, 2011

19hb

Kenapa manusia ni mudah lupa? Kenapa mereka terlalu senang untuk melupakan sesuatu?

Kenapa setiap manusia tidak mempunyai sikap tolong menolong?

Aku menulis bukan kerana ingin mengungkit tetapi lupakah kau dulu? Bila kau perlukan pertolongan dalam subjek yang kau lemah, denganku kau minta pertolongan. Denganku kau meminta bantuan. Tetapi kini, bila kau sudah berjaya, kau lupa segala-galanya. Aku tidak meminta kau membalasnya tetapi cukup sekadar kau mengingatinya.

Aku cuma meminta tolong dikala keadaan yang sangat terdesak. Aku perlu menghantar tugasanku dengan kadar segera. Tiada siapa yang mahu tolong menghantarku ke kedai. Dengan kau, ku meminta bantuan. Tapi apakan daya? Kau menolak ajakkan ku.

Kau mengulangi perkataan yang PALING ku benci. Aku tahu aku hanyalah seorang yang kurang bijak, bukan seperti DIA yang pandai akalnya. Kau membalas dengan perasaan riak dan takbur kepadaku.

Terima kasih wahai teman. Terima kasih diatas PERTOLONGAN yang dulu kau hulurkan kepadaku. Aku halalkan semua yang pernah aku berikan kepada kau.

Insyaallah dengan kata-kata yang kau berikan kepada ku hari ini, akan ku tunjukkan kepada kau bahawa suatu hari nanti aku akan berjaya. Terima kasih diatas DORONGAN itu.

Ya Allah, kau permudahkan pembelajaran ku ini Ya Allah. Dengan Kau, aku meminta Ya Allah. Amin.

Hambamu,

Faizahazmi.

No comments:

Post a Comment