Bangun awal harini. Konon-konon nak pergi breakfast MCD, RM4.50 je kan :D Aleh-aleh breakfast nasi lemak ayam goreng je dengan Nora dekat Banting Baru (BB). Makan tu je dah harga RM5+ , macam makan tengahari okay! Tapi asal perut ni kenyang, ok aja dehhh. Lepas makan, baca Metro *dahmacamorangtua* -.-“ tak kisahlah, lagipun takde berita yang best pun selain daripada sms dari pembaca tu. Tu fav kolum Faizahazmi dalam Metro ni. Tengah-tengah fokus baca hiburan, Wafiy text cakap nak datang pinjam helmet. Wafiy datang dan ambil hard disk Ain untuk repair, tak jadi pinjam helmet.
Part paling best untuk harini ialah waktu makan tengahari. Rumah dikunjungi oleh sahabat handai *dahmacambuatopenhousewalaupundorangdatangbawakmakanansendiri* hahaha :D cool tak cool lah kan. Nora dengan I je tak makan sebab masih dalam mood kekenyangan breakfast tadi -.- lepas makan, Kiteorang dengan Alin join Qila dengan Nik berborak dekat meja makan. Kina dengan classmates dia lepak depan tv pulak. Meriahkan? Eh janganlah jeles ^.^ Macam-macam dibualkan, dari zaman practical hinggalah zaman Blackberry ni. Dah puas berborak, semua berpindah ke ruang tamu untuk buat storyboard. While me, sibuk dalam bilik menaip sesuatu dekat word. Mula ingat nak kemas bilik tapi bila semua dah bertandang dekat rumah, memang kerja semua TERPAKSA tangguhlah.
Texted Zera ajak pergi ziarah kawan sekolah kiteorang yang sakit dan terlantar dirumah, tak tahulah pergi ke tak. Biasalah planning je lebih, end up yang buat spoiled Faizahazmi jugak. Aduhh maaf ye teman-teman :( dengan mood raya yang masih ada lagi, masih banyak open house yang terpaksa dihadiri oleh Faizahazmi dan famili *bajetkauartislahkan* Faizahazmi akan cuba hadiri semua rumah teman-teman rapat sebelum raya melabuhkan tirainya dalam 2 minggu lagi. Mudah-mudahan sempatlah datang. dan pada kawan-kawan yang lain, sila-silalah hadir rumah terbuka famili Faizahazmi di Sg Tekali pada 1st October ni. Rumah untuk iklan ramadan rebina “Kelas kau jah!” ingatkan? Hahahah :D datang tau!
Dari tengahari tadi hujan lebat, petang berhenti kejap. Malam hujan lebat balik. Tak jadi pergi pasar malam dengan Nora. Kempunan pergi pasar malam, hahaha! Makan malam pun order dekat Alin dengan kawan-kawan dia. Semua bungkus makan dekat rumah. Ibarat open house versi malam punyalah. Bau paprik ni memang menusuk kalbu beb! Lapar-lapar! Makan dulu ya ^.^
No comments:
Post a Comment