Saturday, January 23, 2021

FANS turning 30 🌹

220121 - HAPPY BIRTHDAY MY FOREVER PARTNER IN CRIME 💖

Took halfday semalam sebab kena pergi hospital then planned nak jalan-jalan IOI tapi sebab memasing cuak takut ada roadblock, so kita cancel. Birthday boy belanja Root Beer A&W dan lepak je dalam kereta dekat hospital. HAHAHAHA.

Birthday boy nak tengok ML so kita layankan sebab dia dah teman kita pergi hospital kan.


Sebab PKP, kita terpaksa cancel our staycation. No worries, lepas PKP kita on balik plan kita tu ye. Hehehe.

Anw, Happy Birthday dear Husband!
Semoga sentiasa dimurahkan rezeki, so boleh belanja i makan selalu 😝
Lain-lain, I dah wish kat whatsapp kan semalam? hehe

Thursday, January 21, 2021

From Stranger To Husband For Life 👰🤵💖

Assalamualaikum.

Gitu tajuk tak menahan. Basically aku takda nak cerita secara details pun sebab aku malas nak edit gambar satu persatu. Itu pun aku berfikir nak letak gambar masa malam berinai and nikah ke tak sebab aku rasa selebet gila. Hahahaha. 

Gambar diatas adalah pada malam berinai. Semua busy menyiapkan persiapan terakhir sebelum hari kemuncak. Bertemakan warna hitam, haaa semualah berjubah kecuali Ma. Hehehe tapi masih mengekalkan warna utama yakni Hitam. Eh jap, budak dua orang kat depan tu kenapa? 😏

Our first picture together as Husband & Wife! Alhamdulillah 💗

TERPALING PENTING untuk Walimatulurus kiteorang. Terima kasih Baba, Ma, Mama, Ayah. Macam-macam hal yang jadi masa nikah. Dengan Baba nervous. HAHAHA. 😂

Then we met again after 2pm. Solat Jumaat guys!


I married to the love of my life. Syukur, Alhamdulillah. My heart is full.
Indeed, Allah S.W.T is the best of planner 💞

Outdoor session!
Banyak gilaaaa gambar yang kiteorang bertentang mata. Gugup!


Meet my husband, FANS, everybody 😒 and his favourite pose style.
Aku geram je kat tepi tu 😏

Anw, thanks abg Sufii ambil gambar sanding kiteorang.

Maka dengan ini, tamatlah sudah gambar kahwin. Wahahahah simple siot! Kalau dulu, habis penuh satu album aku share dekat blog. Itulah, nama pun DULU. Sekarang lebih privasi. KONONNYA lah 😂

Kalau dimasa-masa akan datang aku rajin, aku update lagi gambar-gambar lain.
Bye!


p/s: Majlis weolls buat dua (2) hari ye. So basically kita nikah on Friday and sanding on Saturday.

Monday, January 18, 2021

Introduction of 2021 🌻

Assalamualaikum.

080121, alhamdulillah selamat sudah seorang Faizah menjadi seorang isteri kepada seorang Fans! Ohmy! Macam tak percaya kan? Hahaha.

Dari stranger to someone yang akan jaga I sampai mati, insyaallah. Fuhh ayat kau ... Insyaallah, semoga berkekalan hendakNya. Amin amin.

Anw, kenapa baru harini up entri? Sebabnya takda masa dan macam biasalah, walau dah bertukar status pun, seorang Faizah dan malas memang tak dapat dipisahkan. HAHAHAH. Macam ada je benda nak buat. Laptop ni dibawa ke Johor last weekend, konon nak buat kerja. Malangnya, line Celcom macam amenda minta kena maki eh?! Geram kiteewww

Seperti yang korang tau, aku bukanlah seorang yang suka cuti lama-lama ni. Dari zaman sekolah, kolej sampailah dah kerja, bila kena cuti lama je aku akan merungut. Sampaikan kawan-kawan aku cakap aku ni pelik. Heh! pelik sangat ke?

Tetapi, aku rasa sekarang aku suka cuti. Tak sabar nak tunggu cuti-cuti yang akan datang. Wakakakakka 😜 Macam ni lah perasaan orang yang suka cuti. Terutamanya si Wawa tu. Kawan aku yang paling suka cuti. PH ke, AL ke, EL ke, semua dia suka. hehehe.

Oh, entri kawin aku up bila aku rasa aku rajin lah. heheh. Ni tak rajin plus gambar pun tak transfer lagi. Tak sabar nak tengok gambar outdoor 😊

p/s: aku macam akan kekalkan font type ni. or buat je macam previously (Arial)?

Monday, January 11, 2021

12th 🎂

080121 - HAPPY 12th BIRTHDAY, ADIK 🍩

Ada orang sentap sebab takda siapa wish birthday dia. Semua orang sibuk dengan kenduri kahwin kakak dia. Heheheh. But everything was worth it. Birthday boy menangis masa dapat suprises! Hahahahha

Cerita pendeknya, Zikri Achik planned nak sewa mascot on Thursday. While us (aku, ma, baba) cari delivery betul-betul lepas aku selesai nikah. Nasib baik Bet ada buat service ni and dia ok dengan last minute delivery request ni. Pheww, setel semuanya!

Adik dan muka terkejut dia. HAHAHAH

Adik dan muka terkejut 2.0

SpongeBob yang excited kat belakang tu. Kesian dia, berpeluh kemain. HAHAHAHHAHAHAHAHHAHA

Adeeb join

Kantoi dah siapa SpongeBob!

So lepas lepas ni birthday dengan anniversary kena celebrate sekali ke macamana eh?
hmm ..... sama-sama kita nantikan 😜