Thursday, February 28, 2013

Bloggy Birthday



Hey Happy 5th Birthday, Bloggy !

Dalam lima tahun ni banyak sangat benda yang diluahkan terus kesini. Ada manis, masam, pahit. Eh tawar pun ada. Ada suka, duka, benci. Pendek kata semua perasaan tak kiralah yang dah ditambah garam atau tak, semuanya ada disini. (Phew selesai 1 perenggan)

Dulu masa mula-mula jadi blogger ni, saja je sebab ramai kawan (Aliffangels) pakai blog sebagai medium untuk mereka share apa aktiviti yang mereka buat kalau ada event ke apa. So rasa seronok walaupun masa tu ada Myspace dan Friendster. Bila dapat bertukar link blogspot, macam seronok then cepat-cepat letak dekat link. Hahaha! Semua memori.

'I ada bf abru' .. 'I lepak sini dengan bestfriend' , semua orang buat macam tu kan masa mula-mula join blog. Hahaha samalah dengan I pun. Sebab blog ni takda cerita yang spesifik untuk satu jenis cerita. So macam-macam ada (iklan Astro jap)

Memandangkan I suka amik gambar, jadi banyak sangat gambar dalam blog ni. Kenapa tak pakai Tumblr? Ada je Tumblr tapi acc tu macam lost sikit. Hahha! Merepek apa entah dekat situ masa emo2 je :) Anw gambar-gambar tu semua saja nak share dengan orang yang datang blog ni.

So yes, Happy 5th Birthday, Bloggy! February its your month, sweetheart :)

Permulaan hari

Hari ni, eh no pagi ni actually sangat stress! Sebab? Barang-barang penting I semua tertinggal. Careless apa kau, Faizah?! 


Credit : Pakcik Google

Dah banyak kali tertinggal tag office, tadi macam dah kena warning  selalu sangat tak bawak. Grrrrr. Bukan suka-suka tak bawak tapi tertinggal sebab keluar rumah 6 pagi ! Rasanya semua dah letak elok dalam jacket.


Credit : Pakcik Google


Tu lah kalau dah careless, tetap careless. 

*sigh*

Tuesday, February 26, 2013

Masuk air.

Assalamualaikum.
Maaflah dah lama sangat tak update. Sebenarnya takdalah sibuk mana pun tapi memandangkan tengah perasan macam Orang Penting, tu yang buat-buat sibuk. Hhahaha maaf ya. 

Nak kata takda benda nak share dalam ni, menipu lettew. Banyak dah folder baru dalam laptop tu. Tapi bila dah transfer gambarnya, terus decided nak off je. Macam mood takda, so biarlah ia padam (lempang diri sendiri)

Dalam pada sibuk tu (sibuk ke?) hari apa dah tak ingat, rasanya hari Jumaat sebab Hafiz dengan Zikri ada dekat rumah. Okay hari Jumaat (lupa bila) malam tu ada makan-makan somewhere in Semenyih. Memang bestlah sebab MAKAN! hahhaa. Walaupun masa tu makanan banyak gila atas meja (sempat tukar lauk dari meja ke meja) tapi nafsu tu tak bape nak ada. Mungkin penat bekerja. hihihi.

 Sebahagian sepupu 

 KakAna : Busu : Ma : Faizahazmi

 Baby soon !

KakFifi : Busu : Ma : Faizahazmi : CikYah

Ini juga sebahagian gambar yang ada dalam phone dan sempat letak copyright. Nanti update gambar lagi. Yang pasti, makan-makan kali ni, gambar makanan tak banyak. Yang banyak gambar sepupu yang masuk air. Serious masuk air. Bajet retiss dah sebab ramai sangat yang ambil gambar :)

XX.

Abaikanlah diriku yang GEMUK tetiba tu T________T

Friday, February 8, 2013

Rindu Bertamu di Abu Dhabi

Assalamualaikum.

Memandangkan drama Rindu Bertamu di Abu Dhabi akan bersiaran dalam masa beberapa hari je lagi. So saja ah nak gedik update pasal RBDAD. 

Semua orang dah excited gilerr tunggu cerita ni dekat slot Akasia mula minggu depan. Antara pelakon yang menjayakan tentulah Fahrin Ahmad. Tasha Shilla, Shahrizal Jaszle, Aiman Hakim, Fauziah Ghous dan ramai lagi.


with Fahrin Ahmad. Masa ni dia nak shooting drama RBDAD lah. Dia sangat baik dan ohh perfume dia wangi okay. Tak tipu! *sebab tu berdiri dekat* lalalallalalaaaa :D *nampak gatal kau tu* =______________________='


Abaikan muka yang mintak kena sepak laju-laju tu. Biasalah tak biasa senyum nampak gigi yang ala-ala Stacy ni. Hhahaaha! yes with Aiman. Kirin dapat tau me jumpa Aiman, dia terus ....

KF (KakFaizah) :Yin, KakFaizah jumpa Aiman!
Ayin : erm yelah tu.
KF : Serious ah. *tunjuk gambar atas tu*
Ayin : haa bila? *muka habis excited*
KF : Masa haritulah. Pegi KLIA hantar fahrin :) 
Ayin : Alaaaaa *muka jeles tambah muka sedih*

HAHAHA Kirin minat dekat Aiman rupenyerr. Jangan jelly ye dek :) Saja nak tepek gambar bersaiz LARGE dekat blog. Fahrin Ahmad kan? heheh.

Okay selamat menonton drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi setiap Isnin - Khamis, 7mlm di Slot Akasia TV3.



: Sehari selepas mereka sampai di Abu Dhabi, main tweet dengan Fahrin. Tak caye? hahaa ada post entri tulah. Malas nak cari? Nak amik http://faizahazmi.blogspot.com/2012/12/fahrin-ahmad.html

Kbai.

Thursday, February 7, 2013

Iman.

Happy 5th Birthday Nur Iman Najwa !

Okay KakFaizah tak bagi hadiah lagi, later yar. Tak sempat nak beli T.T Semoga Iman dipanjangkan umur, dimurah rezeki dan berjaya didunia dan diakhirat. Insyaallah :)


Celebrate malam semalam birthday Iman sebab harini yakni 7hb dia nak celebrate dengan kawan-kawan dia dekat PraSekolah. Dia sangat excited dengan all goodies and cake pagi tadi. Bangun awal minggu ni, tak menangis. Good girl :) 

Dapat hadiah set meja make up dari her mommy and daddy and all PINK, her fav. Excited sampai pakai semua rantai and cincin yang package dalam hadiah tu semalam lagi. Hahaha so comel.



Moist Chocolate Cake ni sedap. Cari bluetooth tak jumpa, so kesimpulan tangkap je gambar tu balik lepas full screen kat phone paksu. HAHHAA boleh lah dari takde kan? Gambar cantik semua dalam camera Ma =___________________='  Seriously kek ni memang sedap sampai sarapan tadi pun makan. Dia punya coklat sangat melting eh, sedap! Well ai memang tolak batu kayu je. hahaa



Gambar seterusnya dan yang pasti gambar terakhir untuk entri ni adalah pasal bibir. Dah kenapa kan? Aku sendiri tak tau kenapa. Yang pasti malam tadi sebelum tidur okay je, Lepas tu dalam 12 lebih terjaga sebab bibir gatal gila, tak garu cuma gigit-gigit lah dekat tampat gatal tu dan pukul 5 pagi terjaga, tengok cermin 

MAK KAU! TERKEJUT IOLLSS TENGOK BIBIR SENDIRI !! 

Memang terkejutlah cerita dia. Pagi tadi cakap dengan KakNana 'Bibir dah macam Black!' Masing-masing gelak tapi bersyukur dekat office takda sape pun perasan. Dan aku yakin takda sorang pun officemates aku tau pasal blog. Kalau tak, sure dorang tegur. Hhahhahaha!

Sekarang masih membengkak tapi sebelah kanan je. Belah kiri dah surut. Belah kanan tu masih gatal lagi. Farah cakap sebab makan sardin. Takkanlah kot? ermm..

Okbai.
 

Wednesday, February 6, 2013

Date with Aliff Aziz


Terkejut + terkedu semua perasaan ada sekarang. Kenapa? Semua sebab event atas ni. Bukan apa, selalunya benda ni akan up sebulan sebelum event. Tapi kali ni, baru tau harini yakni lagi 11 hari sebelum event. Nasib Kak Risya tweet. Kalau tak, nasib laa T.T

Sempena ulangtahun yang ke 22 tahun, AliffAngles atau AliffAziz Fan Club akan mengadakan Gathering With Aliff Aziz

Berminat?
Email details dekat aliffazizfanclub@gmail.com

Sekian.

Cuaca dan Manusia


Cuaca yang indah memang akan buat hati kita tenang. Masyaallah rasa tenang sangat bila pandang awan yang punya bermacam bentuk. Itulah kuasaNYA. Alhamdulillah diberi peluang untuk berada disampaing keluarga dan sahabat tercinta♥ 

Memandangkan cuaca kemarau sekarang ni (KakNana cakap), jadi asal pagi je sejuk. Tak rasa panas sangat. Alhamdulillah. Suka dengan cuaca macam ni tapi kadang-kadang rindu juga pada sang matahari. ehcehh Yelah kita dah terbiasa ada panas, bila takda panas, menggagau cari. 

Itulah manusia.



Booth Karikatur : Perkarangan Giant, Saujana Impian
Percaya tak ni booth ai?
hehehee (gelak tutup mulut)

Friday, February 1, 2013

Quote.

Never reach out your hand unless you're willing to extend an arm - Pope Paul VI