Monday, September 6, 2021

BabyZ finally here!

Assalamualaikum.

Welcoming on board, BabyZ on last Thursday. Alhamdulillah Syaz selamat melahirkan seorang baby girl yang comel dan persis mama dia. 

Makngah is sooooo excited, babygirl! 😍

Dah, tu je aku nak update. 

Khamis ni turn cousin aku pulak kahwin. Wuuu cousin baru 😎

Wednesday, September 1, 2021

Bulan yang penuh dengan pertambahan.

Assalamualaikum.

Bulan baru kembali lagi. Alhamdulillah masih sihat, masih diberi kesempatan untuk makan sedap-sedap. Alhamdulillah. 

Bulan ni akan ada pertambahan ahli baru dalam keluarga inlaw dan makcik aku. Alhamdulillah. Tak sabar nak tunggu #BabyZ. Tak sabar nak tunggu new cousin! Wee~~

Bulan ni juga dah start WFO. Rasa lemau nak siap tu dah start balik every morning since day 1. HAHAHAHA. Malasnyaaaa nak bersiap. Kalau WFH, aku pakai baju tido je duduk depan laptop. Makan pun bila rasa lapar. Pastu gemuk tanpa dirancang. Lah tiberr 😁 

Semalam ramai ya dah tegur aku makin gemuk. Bukan berisi dah. GEMUK terus. Dorang ingat dah ada isi ... memang ada isi lah pun kan ... isi makanan lah tapi 😛 jadi tu semua petanda tu.

Aku kena buat something sebelum majlis-majlis keramaian boleh diadakan. So far aku ada dua majlis yang on hold sekarang ni. Semoga seorang Faizah berjaya lah hendaknya. Walaupun kerja dia asyik makan je bila depan pc/laptop 😬

Tapi since dah boleh dine-in, aku teringin nak makan kat kedai. Muaahahahha. Eh tapi aku belum dine-in kat mana-mana lagi. Masih tapau dan makan dirumah ye gais. Tapi teringin jugak nak dine-in kat kedai. Lama tak makan steak. Wah kemain! 😅

dan .... finally I've my own diffuser yang tengah panas sekarang! Muahahaha padahal haritu taknaklah apa lah. Lahhh sekali terjebak jugekkk 😎 

lastly ... Selamat Hari Kemerdekaan ke 64