Sunday, July 30, 2017

Finally, I did it !

Assalamualaikum.

Guess what, aku baru balik dari Teluk Kemang and terus rasa nak update blog walaupun mata mengantuk gilaa! Tapi ku gagahkan jua. Yang takleh blah, aku gagah update harini yakni Ahad, sebab aku seorang gigihlah. Lalalaa~~ Dah, teruskan membaca walaupun gambar tak banyak macam dulu. MALAS.

4:30 am macam tu, aku dah bangun sebab ma kejut. Oklah. Lepas subuh, terus gerak ke Port Dickson. Around 8am macam tu kot, sampailah kita-kita semua ke Teluk Kemang. First time aku excited sebab tujuan aku satu je weh. Tak banyak. Hahhahaha.



Bekalan seorang Pejah. Aku memang sentiasa kena ada makanan. Hahahaha. Padahal memang sentiasa lapar. Biasalah. Pejah kan.... Oh Kopi O tu sedap. Pahit sikit but nice! 




Lepas dah set up meja, haruslah wefie sikit. Haa jangan tanya mana yang lain. Semua dah selamat berendam dalam laut tu. 


Yang dinanti-nantikan ... Seorang Pejah sedang bersiap sedia. Kau tak tau betapa gemuruhnya aku? Mengigil tahap nak terkeluar jantung woii. Baru pakai jacket kot HAHAHHA. Memalukan -__-"


Dah ready ni. First time dan aku nervous! Aku berdoa banyak-banyak supaya brother tu tak jatuhkan kiteorang kat tengah-tengah laut tu je. Siapa nak selamatkan aku kalau aku jatuh? Alif boleh pulak gegarkan boat tu. Hoii cuak akak kau ni tau. Aku ada video aku jatuh dari boat tu tapi tak tau lah boleh upload sini ke tak. Dari tadi aku cuba rotate tak dapat. Kalau dapat, aku try ok. Dah jatuh tu, fuhh nasib sempat grabbed tangan Alif. Kalau tak? Mungkin aku tak update entri ni. HAHAHAH drama!

Update: Video dibawah ini.




Dan sudah tiba masa untuk pulang ke pangkal jalan yakni Kajang! HAHAHH. Ada banyak gambar tapi ini paling senonoh muka aku. Hehehe. Muka aku lagi penting ok. Lalalalalaa~~



Wow semakin bulat muka kau eh Pejah? Walaupun aku dah mandi, berlengaihhh gilaaa muka aku masa ni. Dah lah tunggu lama gilaaa! But semakin petang, semakin ramai orang dekat Teluk Kemang. Redup, hujan, panas sikit je sepanjang harini.



Happy 53rd Birthday Baba! Kakak forever love you! Semoga Baba sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dilimpahi rezeki yang melimpah ruah dan dilindungi olehNya. Amin 💓



Dan bekalan untuk pulang adalah kacang kuda buatan Busu.

Monday, July 24, 2017

Subway way way ...

Assalamualaikum.

Last day syawal, dan aku belum jumpa kuah lodeh lagi. Dan aku jugak belum menjejakkan kaki ke Subway lagi ! Hehehe. Kemain masa puasa nak makan masa raya lah apa. Ni dah akhir raya, pun tak makan lagi. Tadi tenangkan diri minum Iced Lemon Tea je.

Hoi kenapa nak tenangkan diri?

Hoi aku stress hoii. Pagi-pagi kena bebel dengan #MamatAnnoying1 . Stress betul. Dia suka bagi aku masalah pagi-pagi. Nak jugak bagi satu office ni dengar suara dia yang annoying tu. Eeee geram! Tapi takpe, aku dah cool dah. 

Phewww nasib baik.


BILA NAK MAKAN SUBWAY NI?

Thursday, July 20, 2017

Wednesday, July 19, 2017

Birthday's Wish.

Assalamualaikum.

Birthday time!

Tahun ni sama je seperti tahun-tahun lepas. Kalau tahun sebelum ni, Zikri akan celebrated dekat sekolah then baru dengan family, tahun ni pun sama ye. HAHAHA nasib kau lah Qie. Siapa suruh terpilih pertukaran pelajar? HAHAHHAA redhalah dikau disana ...

So kepada kau,


Muhammad Faizikri Bin Azmi,

Selamat Ulangtahun yang ke 17 tahun. Walaupun kita beza 9 tahun tapi nampak aku lagi muda dari kau! HAHAHAH takda kena mengena. Ok aku tau. Anyways, semoga panjang umur, dimurahkan rezeki,  mendengar kata baba / ma / aku / achik, tolong jangan keras kepala macam Achik which is not good sampai aku rasa nak lempang korang dua ! Terima kasih sebab selalu teman adik dan jadi mangsa adik sebab aku kan kakak. HAHAHAH.


Oh rupanya kita ada gambar berdua. Naahh! Aku penuhi impian kau untuk letak gambar berdua sambil wish birthday. Kau kan poyo -.- Happy Birthday Zikri !
 

Oh bukan gambar berdua je ada, malah berempat ! Tahniah kepada kita berempat sebab ada jugak gambar berempat yang mana sangat susah untuk dicaptured gara-gara abang kau yang poyo ittewwww -____-"



p/s: Happy Birthday Cik Noura !

Monday, July 17, 2017

Faizah dan Makanan berpisah tiada. TAK MUNGKIN. NEVER!

Assalamulaikum.

Ya tuhan, lagi seminggu nak habis Julai / syawal, barulah terhegeh-hegeh nak update blog. Haaa ni kira ok lagi lah. Berupdate kan? Zcoop? HAHAHHAA dah sebulan. Cukup bulan ni, naiklah dua bulan tak berupdate. Aku bukan apa, bukan takda masa. Tapi idea tu takda. Nak kata aku sibuk sangat, tak pun. Biasa je. Sibuk tu hari-hari pun sibuk lah tapi..

As you (ya korang) tau, Yonghwa soon akan release album baru. Dan aku tak beli ! hahhha kenapa? sebab takda siapa nak beli blueming lah. Korang ni, tolonglah beli Blueming tu. Aku akan bagi poster sekali kalau korang beli. Hehehe :) Tawaran ni datang sampailah Blueming terjual. HAHAH.

Aku ada banyak gilaaaaaa benda nak share tapi macam biasa, aku tak tau nak start dari mana. Wayar pun dah belit-belit dah ni tapi still tak boleh fikir nak start dari mana. Cuma nya aku perlukan ketenangan. Eh cehh padahal hari-hari dah bertenang dah. 26 tahun kau bertenang pejah -.-

Aku bosan harini dekat office. Tak tau kenapa. Nak kata takda kerja, eh artworks semakin lama dekat office, semakin banyak artworks menimbun. Haaa gittewww. So takdalah free sangat kan? Tapi aku tetap bosan.

Rasa nak baring. Rasa nak makan. Rasa nak bebual. Rasa nak bercerita. Rasa nak memekak. Rasa nak sushi. Rasa nak benda manis. Rasa nak menangis. Grrr masalah betul. Aku rasa aku tau kenapa tapi tak mungkinlah. HAHAHAHA. Sebab aku memang ada masalah ni setiap hari. HAHAHA orang lain mungkin tiap bulan, aku SETIAP HARI ok. Itu yang asyik stress tu :p

Aku dah bosan dengar lagu Despacito ni. Bilalah lagu ni nak habis? (Currently listening)


Sedapnyaaa awak.

Tapi aku teringin ketiaw tomyam dengan sardine jugak. Haaa sedapnyaaa...