Thursday, February 21, 2019

to YOU ✌

Assalamualaikum.

Aku sebenarnya tak berapa faham kenapa ada lagi manusia yang suka sangat sibuk hal orang lain walhal hal dia sendiri pun tak terjaga. Nak jugak jaga hal kain orang lain. Apa kain korang tak cukup lagi ke korang nak belek? Heh betul!

Yang suka sibuk hal kain orang tu, dah satu hal. Yang tak puas hati, yang iri hati, yang kirim-kirim "barang" tu, haaa lagi satu hal. 

Eh apa masalah korang weh?

Ya ampun, punyalah aku tak faham kenapa masih wujud manusia macam ni. Kau mesti extra gembira kan kalau iri hati dekat orang lain? Move on guys. Korang bukan dapat apa-apa pun kalau korang berperangai macam ni. Bertambah sakit hati adalah. 

Tak boleh ke kalau korang mendoakan yang baik-baik dekat orang lain? eh bolehkan?

So what's the point actually? Tell me people?!

Aku takdalah baik sangat tapi aku bersyukur sebab aku TAK dikelilingi dengan orang-orang yang macam ni. Uishhhh stress hidup aku kalau orang-orang keliling aku macam ni. 

and to you, aku tak kenal kau dan aku tak nak kenal kau pun. tapi tolonglah, tak payah doakan yang buruk-buruk pasal aku, pasal kiteorang or pasal sesiapa saja. tuhan tu kalau nak bayar, cash beb. takda pakai tol. so jaga mulut, jaga diri and jaga peribadi ✌

Happy Thursday korang!

Friday, February 8, 2019

Trip Melaka yang Pertama untuk 2019 !

Assalamualaikum.

Trip yang pertama ke Melaka untuk tahun 2019. Kenapa pertama? Korang pasti tau kalau korang adalah regular viewer aku. Kalau baru, eh silalah baca entri yang lepas-lepas ye. Hehehehhe.

So trip seterusnya bakal menyusul. Ura-ura tu aku dah dengar! HAHAHAHAHA

Anyway, untuk CNY kali ni, aku cuti seminggu weh. Lama bukan? Sekolah Zikri dengan Adik pun sama jugak. Seminggu cuti. Baba je start hari Selasa. Achik? Hey! jangan ditanya yang sorang tu. Dia tu bila nya cuti pun aku tak tau. Kerja je, kaya tak jugak 😑

Oklah, sampai je around 10 atau 11am, Selasa. Datang dua keluarga yakni family aku and busu tapi busu tak tidur lah. Family weolls je tido sampai Khamis. Lawatan pertama sejurus sampai ke Melaka, Negeri Bersejarah tu adalah Structure of A'Famosa. Selama aku datang Melaka, ini adalah first time aku naik bukit tu. Haaaa dengan cuaca panas, ku gagahi juaaa..



Sebelum daki ..


Akhirnya berjaya ...


 Lepas dah daki, terus check in hotel. Bebudak ni follow sebab nak swimming je. Lepas swimming semua laparrrr. Dorang mandi, aku busu ma dengan baba, kiteorang pergi Mydin. Beli segala jajan lah, nasi lah. Balik je hotel, semua kerumun laparrr. Heheheh. 
  

View dari bilik hotel. McDonalds betul-betul dekat dengan hotel. Jalan kaki pun boleh. Hari terakhir baru aku jejak McD sebab adik nak breakfast Happy Meal katanyaaa ..



Ni pulak view dari swimmiing pool. Jangan ditanya mana adik, dia ada je diantara dua pool tu. Nampak atau tak je HAHAHAHHA. Dia dah masuk pool, terus lupa diri. Dah lapar, baru reti keluar -.-


Breakfast hari kedua.


Hari kedua di Melaka. Mission adalah mencari baju batik. Hari ketiga baru tau yang kedai ma dengan baba aimed tu operation hour dia tak tentu. Agak-agak dia nak bukak jam 10am, yaa dia bukaklah. Kalau nak bukak jam 3pm, jam 3pm tu lah dia bukak. Haishh ma baba and orang-orang kat situ semua cakap baju dekat kedai tu cantik-cantik. Tapi tulah takda rezeki. Haa that's why trip seterusnya bakal menyusul 😜

Lepas dari tu, kiteorang pergi A'Famosa Outlet pulak. Habis membeli belah dekat situ, ya ampun ramainya ya rabbi, kiteorang balik hotel pulak. 



Petang tu terus ke Umbai untuk seafood yang vassvass ittewww 😊 


Nampak tak tu muka kekenyangan? Balik tu rasa macam nak berguling je ke kereta, Tak sanggup nak berjalan dah. Senak weh perut. Heheheheh makan tak ingat dunia. Siapa suruh? Lepas tu rasa menyesal, makan banyak sangat. eee perangai pejah sekarang =__=



dan lihat siapa ittewww?
YES! Farah and Afiyah in the hotel ! Dekat Melaka jugaklah jumpa kan? HAHAHA. Last jumpa Farah bila entah lupa. Masa tunang haritu dia tak datang sebab baru seminggu bersalin. Fiya pun dah besar .. 😘

Maka berakhirlah percutian tahunan ke Melaka pada kali ini. Jangan risau, seperti mana yang telah diuar-uarkan pada awal entri, trip ke Melaka akan menyusul lagi. MUAHAHHAHAHAHAHAHAHAHA yang itu aku tak pastilah aku ikut ke tak 😄

Tuesday, February 5, 2019

Live Update from Malacca !


Kusut.

Assalamualaikum.

03:35 am and I couldn't sleep. sigh. Macam-macam dalam kepala, I guess? 
Kejap ok, kejap terlelap, kejap menangis..

eh dah kenapa? time is not coming yet. whyyy? AKU PUN TAK TAU. Aku cuma rasa aku ada benda yang berlegar dalam kepala sekarang and how I wish I have someone yang aware dengan kekusutan ni. haishh inilah benda paling aku tak suka. Sebab once aku kusut, timing tidur aku memang lari teruk punya. Tengoklah, almost 04:00 am, aku masih segar lagi.

Aku stress kot tapi tak tau pasal apa. Jap, mungkin aku tau tapi entahlah, adakah sebab itu aku jadi macam ni atau pun sebab lain? haaa see, aku memang tak tau. 

Hmm, aku nak kena tidur jugak kalau tak esok dalam kereta aku mesti menguap non stop walaupun bukan aku yang drive. me don't like. 

By 05:00 or 06:00 am, aku dah kena bangun. Semoga aku boleh tidur dengan aman.

Good night?!