Assalamualaikum.
Trip yang pertama ke Melaka untuk tahun 2019. Kenapa pertama? Korang pasti tau kalau korang adalah regular viewer aku. Kalau baru, eh silalah baca entri yang lepas-lepas ye. Hehehehhe.
So trip seterusnya bakal menyusul. Ura-ura tu aku dah dengar! HAHAHAHAHA
Anyway, untuk CNY kali ni, aku cuti seminggu weh. Lama bukan? Sekolah Zikri dengan Adik pun sama jugak. Seminggu cuti. Baba je start hari Selasa. Achik? Hey! jangan ditanya yang sorang tu. Dia tu bila nya cuti pun aku tak tau. Kerja je, kaya tak jugak 😑
Oklah, sampai je around 10 atau 11am, Selasa. Datang dua keluarga yakni family aku and busu tapi busu tak tidur lah. Family weolls je tido sampai Khamis. Lawatan pertama sejurus sampai ke Melaka, Negeri Bersejarah tu adalah Structure of A'Famosa. Selama aku datang Melaka, ini adalah first time aku naik bukit tu. Haaaa dengan cuaca panas, ku gagahi juaaa..
Sebelum daki ..
Akhirnya berjaya ...
Lepas dah daki, terus check in hotel. Bebudak ni follow sebab nak swimming je. Lepas swimming semua laparrrr. Dorang mandi, aku busu ma dengan baba, kiteorang pergi Mydin. Beli segala jajan lah, nasi lah. Balik je hotel, semua kerumun laparrr. Heheheh.
View dari bilik hotel. McDonalds betul-betul dekat dengan hotel. Jalan kaki pun boleh. Hari terakhir baru aku jejak McD sebab adik nak breakfast Happy Meal katanyaaa ..
Ni pulak view dari swimmiing pool. Jangan ditanya mana adik, dia ada je diantara dua pool tu. Nampak atau tak je HAHAHAHHA. Dia dah masuk pool, terus lupa diri. Dah lapar, baru reti keluar -.-
Breakfast hari kedua.
Hari kedua di Melaka. Mission adalah mencari baju batik. Hari ketiga baru tau yang kedai ma dengan baba aimed tu operation hour dia tak tentu. Agak-agak dia nak bukak jam 10am, yaa dia bukaklah. Kalau nak bukak jam 3pm, jam 3pm tu lah dia bukak. Haishh ma baba and orang-orang kat situ semua cakap baju dekat kedai tu cantik-cantik. Tapi tulah takda rezeki. Haa that's why trip seterusnya bakal menyusul 😜
Lepas dari tu, kiteorang pergi A'Famosa Outlet pulak. Habis membeli belah dekat situ, ya ampun ramainya ya rabbi, kiteorang balik hotel pulak.
Petang tu terus ke Umbai untuk seafood yang vassvass ittewww 😊
Nampak tak tu muka kekenyangan? Balik tu rasa macam nak berguling je ke kereta, Tak sanggup nak berjalan dah. Senak weh perut. Heheheheh makan tak ingat dunia. Siapa suruh? Lepas tu rasa menyesal, makan banyak sangat. eee perangai pejah sekarang =__=
dan lihat siapa ittewww?
YES! Farah and Afiyah in the hotel ! Dekat Melaka jugaklah jumpa kan? HAHAHA. Last jumpa Farah bila entah lupa. Masa tunang haritu dia tak datang sebab baru seminggu bersalin. Fiya pun dah besar .. 😘
Maka berakhirlah percutian tahunan ke Melaka pada kali ini. Jangan risau, seperti mana yang telah diuar-uarkan pada awal entri, trip ke Melaka akan menyusul lagi. MUAHAHHAHAHAHAHAHAHAHA yang itu aku tak pastilah aku ikut ke tak 😄
No comments:
Post a Comment