Saturday, December 31, 2016

Christmas 2016. Happy New Year!

Assalamualaikum.

Disebabkan Malaysia ni berbilang kaum, jadi haruslah ada pelbagai jenis perayaan. Dah hujung tahun ni, memang tinggal Christmas lah kan? Seperti tahun-tahun lepas, bila kena kerja masa hari-hari nak perayaan je, semua takda mood dekat office. Kenapa? Cuti lah weh. Cuti okay! 

So office ada Christmas dinner pada 23 Dec lepas. Unfortunately aku tak join tahun ni sebab ada family dinner dekat rumah Opah! Gigih tau aku dengan KakNana tak makan lunch. Simpan perut untuk malam. Masuk office dah menggigil sebab lapar. Eh aku letteww 😜 


Sebelum balik, dapat Mr Gingerbread Man eh tak, Gingerbread Tree. First time dapat. Thanks SC! Sedap. Dah selamat yang biskut tu dalam perut aku. Dengarnya SC buat sendiri. Alahaii rajinnya buat. Dia excited nak Christmas. Dia pun tak join dinner malam tu.

Okay malam tu. Bertempat dirumah Opah. Okay makanan, sila masuk mengadap! 


Menu utama. Nasi lemak kangkung berseta ayam kfc yang sedap lagi lazat. Biasalah orang tengah lapar kan, lunch makan muffin yang memang standby dalam laci je kan. Balik, menggelupur lapar. Hahahha. Pejah dan drama berpisah tiada.


Side dish. Sate dan nasi impit oh lalalalalla. Kelas nama ada selit lagu KRU. HAHAHA apa ada hal. Makanan sedap haruslah diselitkan dengan benda-benda indah, puitis dan haa sudah, aku dah start merepek balik. Marilah teruskan dengan desserts ..


Desserts. Puding green apple, bagai bulan yang memberi cahaya bersinar kepada si pemakan. Eh cehhh nama makanan. Tak boleh panjang lagi agaknya. HAHAHA. Okay, ni pun aku makan bertambah dengan Zikri. Sedap. Siap tapau bawak balik. Apa ada hal ..

Dan makanan-makanan lain pun ada. Ma buat gulai ayam kalau tak silap. Tak sempat nak amik gambar. Ampunn! Kek gula hangus pun ada. Eh pokoknya memang kena perli lah malam tu.

Tengok tu orang nak pergi dinner tu makan *menunjuk ke arah i lah apa lagi* hahaha takpe, I redha sebab I dah kenyang masa ni. Hahahhaa.

oh btw, Thanks E for the Christmas Gift. Suka gilaaaaa! 

And Happy New Year guys!!

Friday, December 30, 2016

Expired.

Assalamualaikum.

Umum mengetahui bahawasanya seorang Faizah sangat-sangat menggemari pencuci mulut yang manis atau senang cerita, yang berkait rapat dengan koko. Dan umum jugak mengetahui bahawasanya seorang Faizah jugak sangat sukakan kekacang terutamanya gajus dan almond. Jadi ...

eh jap! Apa ayat skema nau ni?

Ok, mari mulakan dengan ayat sempoi.

Okay gais, korang haruslah tau kan yang aku, seorang Faizah suka apa kalau korang memang ikut blog aku dari zaman aku terpekik terlolong dalam bilik sampailah sekarang, zaman terpekik terlolong atas jalan raya. Hahahha. Tak ni tipu je. Aku tak sewel lagi ok. 

Motif utama entri ni up dekat blog adalah kerana aku nak share satu ujikaji yang aku dah buat semalam. Haaa sebelum ujikaji sampailah aku tengah buat ujikaji, aku berfikir


patut tak eh teruskan ujikaji ni?

Macamana kalau aku pengsan? food poisoning? Camne camne??


Takleh fikir. Asyik teringat. Lalu, aku unwrapped dan telan dengan penuh kenikmatan. HAHAHAHHAA. Eh tak pejah lah kalau tak drama swasta. Ye dak?





Oh yes, Whittaker's Almond Gold baby! And aku bukan nak review pasal coklat ni since semua orang tahu kesedapan dia ditahap mana. Gila kau, tahap dia melebihi Cadbury semua ok. Tahap kenikmatan dia, jangan cakaplah. Macam ni 👍👍👍



So kenapa dengan Whittaker's ni?

Kenapa? 
Kenapa?
Kenapa?

Marilah mengikuti 'perjalanan' Whittaker's ni dengan aku semalam dekat office.


First step, unwrapped. Nampak sedap tu. Ya, sangat sedap. Tertelan-telan air liur aku masa unwrapped and tengok gambar ni. Dasyat penangan dia. ha kau pejah, semua makanan kau tertelan-telan air liur! cis! 😔



Masih enak dimakan begitu saja. Yaaa sangat enak, sedap gilaaa weh! 😋 Eh ada nampak apa-apa tak dekat sini? Nampak tak nampak ke idokkkk?



Hampir ke gigitan maut yang terakhir. Nampak nauuu sedap gilaa ni. Eh ada ke orang cakap coklat tak sedap? Ada ke ada ke? Aku buat masa ni, belum pernah lagilah jumpa orang cakap coklat tak sedap. Cuma aku tak suka coklat yang rasa macam minyak-minyak sikit tu. Normally coklat macam tu tak famous. Tapi kenapa berminyak eh?



Alhamdulillah habis dah seketul (?) coklat Whittaker's ni. Akhirnya setelah setahun (mungkin) terperap dalam laci. Jap apa? SETAHUN? Kau biar betul ni pejah? eh betullah!! Tak percaya?

Percayalah wahai pembaca ku...

And guess what?




Nampak tak dekat gambar tu, tarikh luput dia? Hahahaha yes yes yes! Korang tak salah tengok. Dah expired pun; more than 4 months ago!! Ya Allah. Kenapalah aku boleh buat kerja gila ni? HAHAHAHHAHAA.

Well actually, aku memang suka simpan coklat dalam laci dekat office. Bila aku makan? Aku akan makan kalau aku betul-betul lapar. As energy food lah. So sampai satu tahap aku sayang nak makan Whittaker's ni, sebab yang ni arwah Pakteh yang belikan satu paket untuk aku. Aku pesan mintak belikan, eh masa nak bayar balik, dia kata dia belanja. So ni macam kenangan. Tu pasal aku tak makan. Tapi end up kenalah makan, benda mahal, susah nak cari, benda sedap kan. 

Aku tau makanan dah expired tapi insyaallah semua akan okay. Coklat tu memang nampak elok. Takda kulat ke apa ke. Kalau ada benda pelik semalam, memang aku dah buang dah,. Tong sampah bawah meja pun memang dah get ready je nak sambut tapi alhamdulillah dah selamat pun mendarat dalam perut aku. Hehehehe.

Jadi, pesanan dari tuan belog, SILA MAKAN SEBELUM EXPIRED DATE

Sekian.

Friday, December 23, 2016

Hari Cuti, Hari Makan!

Assalamualaikum.

Kali ni random post. Since Isnin cuti, marilah ke Mydin USJ untuk membeli barang sekolah, barang dapur dan kehendak perut sendiri. HAHAHA. Disebabkan fruit juice dekat AFO tak sedap dan tak mencapai piawaian tekak, maka berhasratlah dalam hati nak cari Boost. Fuhh ma macam tau-tau je. So dapatlah Boost! Sedap. Lega tekak. HEHEHEHE.


Berry Crush 


Dari mula-mula aku makan sushi, aku teringin nak makan yang pattern ni. Hmm so makanlah haritu. And okaylah sedaplah cuma pembalut tu aku tak boleh makan sebab tak suka! hahahha. Padahal yang lain okay. Seaweed ni je tak kena kek tokak den. 


And ma buat ni malam sebelum pergi kursus! Ya ampun sedap ok. Haaa fav pulak kan. Ada nangka + pisang + tepung + bubur chacha. Masyaallah marvelosssssssss!

Thursday, December 22, 2016

Weekend di Zoo Melaka

Assalamualaikum.

Kalau semalam kat Shah Alam, harini yakni 11 Disember kita pecut ke Melaka pulak. Macam biasa Melaka kan memang destinasi wajib keluarga aku setiap bulan. Heheh. Tapi kali ni kita balik hari je sebab sepupu Ma kahwinkan anak. Dan sebelum kita ke kenduri, kita jejak Zoo Melaka dulu.

Ayuh!


Dimulakan dengan bergambar di Kelab Nuri. Semua macam tak ready pahal?


Disebabkan masih awal dan malas berjalan, decided untuk naik tram. Oh lupa, baba dengan Achik tak ikut sebab kerja. Katanyaaaaaaaa -.-'


Gambar bersama Ma dan Mak Unggal. Ok. Jujur, muka aku takdalah flawless teruk macam ni. Ni semua trick camera dan pengcahayaan yang berlaku ketika gambar diambil. HAHAHA. Kang ada yang cakap aku edit lah apalah. Walhal aku tak pun.


Hello Wani! Dan gambar ni buat aku fikir banyak kali. Aku ni tinggi ke pendek ke tinggi gemuk ke macamana? Rasa gemuk pendek habis berdiri sebelah Wani ni tau T_T



Wefie ah.


Dalam banyak-banyak haiwan, yang ni je free. Ular, Burung Kakak Tua semua kena bayar. Jadi since kakak awak ni seorang cheapskate, marilah bergambar yang free je. HAHAHA. Free ke berbayar ke semua ramai masalahnya.


Family photo. 
(ok tanpa KakNa sebab dia tukang amik gambar)




See! Ni bukan edit. Ni trick camera. Dah pergi kenduri, dah kenyang, dah basah hujan and On the way to A Famosa Outlet.


Adik and his favourite.

Maka berakhirlah hari kami di Melaka. 
Jumpa lagi ehemm tahun depan, Melaka! hehhehe

Tuesday, December 20, 2016

Ma's Convocation!

Assalamualaikum.

Pada 10 Disember yang lepas, alhamdulillah Ma telah pun menamatkan sesi pengajiannya. Wehoooo and let's cerita apa yang terjadi pada hari bersejarah Ma.

Sampai di Intekma Resort awal pagi, around 9am jugaklah. Dah ramai orang tapi tak boleh daftar lagi. Diberitahu kepada student yang dua orang saja boleh masuk tapi since banyak kerusi kosong, haaaa kiteorang satu keluarga masuk! HAHAHHA. Dengan perut lapar bagai ni. 



Sementara tunggu majlis start. Tengoklah adik tu. Nak ajak bergambar pun payah sekarang. Lagi-lagi bila dah dapat gadget. Okay, our latest picture as empat bersaudara. Sebelum ni mesti salah seorang takda. Macam biasa, dah booking Achik awal. HAHHAA.


Ma dengan classmates.

 

Congratulations Ma!


Biasalah ni, bila phone adik-adik yang pegang. Semua nak ditangkapnya!


One happy family at Intekma Resort.


Adik dah hilang, merajuklah macam biasa -.-


Mood sudah baik!


Apa masalah tuan belog tah -_________-

Anw, kepada abang bawah ni, sebelum apa-apa nak minta maaf lah sebab SENGAJA AMIK GAMBAR NI. HAHHAHAA. Abang tidur lena sangat ni, siap ternganga. Tapi takpa, saya dah kaburkan muka abang. Hehehe. 

Monday, December 19, 2016

Event pertama selepas empat tahun!

Assalamualaikum.

Sebelum cerita ni basi, baiklah aku update seberapa yang boleh. Actually event ni pada bulan November ye. HAHAHAA dah sebulan pun. In fact, dah nak habis tahun baru aku sempat update. Busy kan ....

Masa dapat invitation ni, rasa nervous pun ada sebab event pertama yang aku pergi dengan colleagues aku. Alhamdulillah everything went well. Cuma bila menteri berucap lama sangat tu, haa biasalah perut mulalah berkeroncong ana. Nasib baiklah kan tak kuat. Kalau kuat? Haaa sendiri fikir lah ...

Dah lah sampai agak lambat sebenarnya. Eh sebenarnya aku ingat aku je lambat. Dengan traffic jam nye, dengan sesat nya, dengan tak jumpa parking, haa semua lah. Rupanya ada lagi yang lambat! HAHHAHA so takdalah takut ke apa. Menteri pun lambat 
-_____________-"

Lepas berucap semua, dapat makan. Wehoooo. I tak gigih amik gambar sebab malu. HEH! I amik gambar lepas makanan habis je. HAHAHA. So gambar-gambar bawah ni adalahh ehsan dari E. 


Crab soup.


Ni aku tak ingat apa nama dia. Tapi main dia adalah ayam.


Udang!

Ada few lagi makanan tapi macam aku mention lah aku tak rajin nak amik gambar walaupun sedap sebab aku nervous, malu semua. HAHAHA. Cuma desserts dia, hmm sedap tapi hmm bolehlah. HEHEHE. Banyak nauuu komen kau pejah!

Dah, tu je aku nak update. Jadilah dari takda kan. 

Anw, thank you so much for this opportunity, Writebest. I had so much fun!

Friday, December 16, 2016

Barcodes lah sampai lebam

Assalamualaikum.

Mood: L.O.V.E - CNBLUE

Ingat nak update esok je tapi disebabkan tengah update files dalam hard disc ni, so updatelah kejap. Okay, to be honest, aku sangatlah sibuk. Sejak bila? Nampak macam free je? HAHAHAHAH. Memanglah free sebelum ni. Tapi lepas #mamatannoying keep on called, tanya barcodes so aku rasalah marilah bekerja keras untuk siapkan sebelum tahun baru. Dan baru tadi aku update list barcodes, guess what? ada 18 pages yang bermaksud ada lagi 1200+ barcodes nak kena buat. 

OMG !!!!

Harini je, lepas siap data entry store punya hal, aku terus berdesup buat barcodes. Eh berdesup macam kena bergerak T_T padahal kat situ jugak. HAHAHA. Biasalah kena nampak macam drama sikit, baru lah excited nak baca. 

HEHEHEHE.

Oh actually ada banyak benda nak cerita. First event yang aku attended dengan company. Seriously the best experience so far. Thank you Writebest  Jasamu tetap ku kenang. Ehcehhh. Lepas ni ajaklah lagi. Hehehhee.

Hi E !

So, tunggu aku free sikit, aku update back to back ok? Wahh kemain berjanji ni. Hehehe. Sekarang tak free. And guys, doakan aku dapat siapkan semua barcodes by next week. 

Oh esok masuk office. Barcodes week bebeh!

Bye!

Wednesday, December 7, 2016

Santai.

Assalamualaikum.

Background music:  TT // Twice

Hi. Bersiaran kita dipetang hari sambil merengek bila air nak ada. Ohmy! Kenapalah dah takda air baru nak bagi notis? Aku rasa aku tak save air pun kat toilet. Semoga air bertahanlah sampai esok pagi walaupun ku tau itu tidak mungkin berlaku. Ya Allah aku tengah pasghah dan redha ni. Ha sempat menganjing. HAHAHAHHAHAA!

Harini panas dia lain macam, kan? Siap aku rasa ada drift kat badan bila aku turun pergi production tadi. HAHAHA drift ok -.-'

Bosan weh.

Aku lapar. Walaupun tadi makan nasi lemak lunch time tadi. Sedap jugak nasi lemak tu. Tapi aku rasa mahal. Sebab telur separuh, satu bungkus makcik tu jual RM1.50 . Dasyat kan? Ke aku sorang je rasa tu mahal? Telur rebus separuh, timun ikan bilis kacang yilek ok. TAKDA. So aku rasa mahal. Kalau complete okay lah lagi. Tapi biasalah pejah. Penuh dengan rungutan. HAHAHHA.

credit picture: Mix FM

well, I know that!
ㅋㅋㅋㅋ

Korea Spring Trip 2017 !

Assalamualaikum.

Kalaulah korang perasan, dalam dua tahun ni aku selalu update pasal Korea. Selalunya pasal idol atau drama lah kan? Atau lebih spesific CNBLUE, Yonghwa, Jungshin, dan Ilwoo, kan? Kenapa? Sebab aku MACAM dah terjatuh hati dengan dorang. Eh wahh kemain. Jangan kecam pejah please -.-

Jadi, kalau dah 24jam asyik cerita pasal drama, pasal lagu, mestilah terdetik nak pergi negara dorang ye dak? Kalau masa sekolah dulu, suka tengok rumah-rumah dekat Switzerland. Atap rumah penuh dengan salji. Alahaii cantiknyaa. So samalah macam Korea, bila dah asyik tengok drama dengan idol kacak, haruslah teringin nak jejak kaki ke tempat dorang jugak.

Tapi tulah. Masa dan wang ringgit tidak mencukupi bagi menampung diri ini T__________T

Tiba-tiba ...

Kak Sally whatsapp pakej dia ke Korea. Yes bebehh, KOREA!!




OMG! Dia buat hal lagi !!! Dia buat Spring trip pulak dah!! Dah lah seorang Pejah memang teringin nak tengok cherry blossoms yang orang cakap cantik sangat tu. Haa saja je kan!

Trip ni akan bawak kita (eh aku sekali ke?) ke tempat-tempat yang memang menjadi tarikan seperti Nami Island, Myeongdong, Insa-dong, Itaewon, Ewha Woman University, Ladies Street, Cheonggyecheon Stream, Cheonggye Plaza, Bukchon Hanok Village, Namdaemun, Hongdae, Edelweiss Swiss Theme Park, Hangang Park dan banyak lagi. Pokoknya korang hanya perlu sediakan memori kosong yang banyak untuk simpan semua kenangan ni nanti. Haaa bestnyaa ~~ 

Oh yes, since trip ni adalah masa musim bunga, berkemungkinan Kak Sally akan add on tempat-tempat yang menarik untuk tengok musim bunga yang terpaling cantik! Wehh apa ni? Jeles tau tak dekat siapa yang join trip ni !!!

Info lain;

Travelling Buddies Seoul Budget Spring Trip 
Types of package:
i) 5D4N - RM 1499
ii) 6D5N - RM 1650 (Entrance to Theme Park)
iii) Couple package (To those who came as couple @ with child)
*price depends on package chosen

Include:
a) Airport Pick Up & Drop
b) Transport (Subway/Bus/Taxi)
c) Meals (Breakfast, Lunch & Dinner)
d) Entrance Fee
e) Accommodation
f) Malay Cute Muslim tour guide (HAHA)

Exclude:
a) Flight Ticket
b) Personal Expenses

Proposed date: *TBA accordingly
(5D4N)
4-8 April 2017
8-12 April 2017
20-24 April 2017
26-30 April 2017

(6D5N)
29 March - 3 April 2017
3-8 April 2017
14-19 April 2017

Deposit:
RM400
(Deposit will not be given back if cancel and balance must be settle 1 month before travel date)

Hubungi WhatsApp/SMS kalau berminat ye:

Hidayah : 010-2098918 | Sally : 013-6727520


Jadi apa tunggu lagi, korang cepat-cepat whatsapp atau sms Kak Sally / Kak Hidayah untuk join Spring Trip ni ok. Tempat ada lagi. Jangan risau. 

p/s: sila bawak daku sekali .....

Tuesday, December 6, 2016

Weekend di MAHA

Assalamualaikum.

Eh dah Disember. Lagi 25 hari je nak melangkah ke tahun baru dan bulan pertama untuk 2017 iaitu Januari. Tak sabar tu yes tapi macam eh janganlah cepat sangat 2017 tu. I is tak puas nak hidup umur 25 tahun ni. Taknaklah 26. No No No ~~

Ah menyampah. Pagi-pagi nak merepek.

Ok kerja takda. Eh kejap. Oh ada. Barcodes lah pun. Lain takda dah. Tak busy sangat boleh tengok Runningman sesambil. Hahahhaa.

Sekarang musim MAHA kan? Family aku suka pergi sana. Setiap kali MAHA berlangsung, tak pernah miss lagilah RASANYA. So tahun ni, yes, kiteorang masih setia menjejakkan kaki ke sana walaupun ramai gilaaaaaaaa manusia weh. Paling dasyat orang parking sampai kat highway depan IOI ok. Gila betul. Gigih memasing berjalan. 

Tak banyak bergambar pun. Malas. Panas. Hhahaha. Tapi ada lah few.


Double selfie welfie!


Suka gilaa gambar ni. Tak tau apasal tah. Masa ni baru pukul 9 pagi kot. MAHA bukak 10 pagi. Dan masa ni pun takdalah ramai sangat. Ada few halls. Kiteorang keluar je dari Hall tu, perghh ramai dah orang kat luar. Berpusu-pusu. Haa dekat train jangan cakaplah. Panjang gila beratur. Ada sampai satu tahap, train tak boleh hidup. Sedih! Dah kena turun and tunggu lagi. 

Ma beli pokok buah-buahan. Semoga pokok-pokok tu subur dan mengeluarkan hasil yang sedap. Insyaallah. 

Tak sanggup dah, baliklah kita ke jalan yang benar. HAHAHHA. Around 12 kot. Terus pergi rumah opah, nak tanam pokok. Well basically tak habis tawaf pun macam tahun-tahun sebelum ni. Satu panas, pastu penat, pastu ramai sangat orang. So MUNGKIN ada next trip later? HAHAHHA. Nantikann kemunculan kami ....


Zikri belanja. Okaylah sedaplah. Tapi gas dia fuhhh tak
sanggup akak teguk sampai habis T_T