Friday, October 31, 2014

BreadTalk

Assalamualaikum.

Alkisahnya berlaku malam tadi, takkala niat dihati ingin menguruskan badan setelah Vivi menegur  bentuk badan mengembang dengan jayanya. On the way balik rumah dari office, dah niat taknak makan walaupun ma masak. Nak minum air sejuk je sampai perut kembung.

Sesampai rumah, okay, ada dua bungkus nasi ambang, satu bungkus roti john. Kau rasa, aku patut tengok je ke bila makanan depan mata walaupun dah niat nak minum air sejuk je? NO WAY!

Akhirnya aku kalah dengan godaan nasi ambang dan roti john itteww -.-' Aku makan separuh je sebab nasi banyak sangat kan. Oh tolonglah percaya, memang separuh lah. Hishh. Dan 3 potong roti john. Okay kenyang. Terus niat kembali, taknak kudap apa-apa dah. Ma baba keluar.

Ma baba balik bawak CHICKEN CHOP!!!!!!!! 

Dan aku berjaya untuk menolak tapi ada cuit sikit. Sikit je. Sebab mata sudah kearah bilik yakni katil telah memanggil-manggil. Sabar wahai katil ku. Kita akan bersua sebentar lagi ~ gitu. Kihkihkih. Dan aku berlalu ke bilikku, sambil marathon Roommates ep Taiwan/Jepun. Sedang aku menonton, terdengar semua keluar dari bilik. Suasana meriah di ruang tamu. Haa Achik balik dengan membawa seplastik besar roti dan satu tiramisu cake dan satu chocolate cake. Asingkan dan terus terliur tengok roti fav. 

Niat dihati nak makan tiramisu tapi tangan telah mencapai roti fav dan terus makan. Terus lupa akan niat selepas makan nasi tadi. Sigh. Oh sedang aku menjamu selera, aku berkata kepada Achik
Aku nak makan tiramisu tapi kenapa roti kat tangan aku? T__T
Aku jadi terkejut tapi habislah jugak roti tu. Kihkihkih. Dah kenyang, masuk bilik sambil menonton semula Roommates dan whatsapp Farah, beritahu kepadanya yang aku lapar nak makan kek tapi aku nak diet dan telah dibidas oleh Farah. Hahha! Akhirnya ....

  

HAHAHAHAHA!

Ku tertewas jugak dengan kau, wahai Tiramisu. Kau hebat sebab berjaya buat aku teringat dekat kau sampai aku tak boleh tidur. Dan aku makan kau dengan rakusnya sebab masyaallah sedap gila kau! 


Korang pergilah try semua roti dengan kek dekat BreadTalk ni. Nescaya korang tak boleh tidur malam selepas menikmati kek / roti dekat situ. Sekian sahaja cerita vavavoom poyo nak diet tapi tak tau bila nak start. Hahaa.

Bye.

Wednesday, October 29, 2014

Orange Float

Assalamualaikum.

Kejadian ni rasanya dua minggu lepas kot? Hahah entah. Aku pun lupa. Tapi yang ingat, masa ni aku berdua je dengan adik. So kalau adik dekat rumah dengan aku, aku layankan jelah perangai dia. Sebab aku tau dia bosan. Dia tak keluar rumah kalau takda sape ajak dia. Nak aku ajak dia? Haaaa memang taklaaa~ Jarang sekali ye aku nak penuhi permintaan dia pergi taman. Malas aku.

So bila aku suruh tutup tv, dia akan cari benda lain pulak untuk main. Takpun, dia akan baca atau buatlah soalan-soalan kat buku yang kiteorang beli. Dia buat okay. Ikut mood dia jugak kadang-kadang. Biasalah budak-budakkan.

Ni kira dah takda kerja ke apa ni dek oii?!




Lepas tu, ada satu hari tu, dia ajak aku pergi kedai. Gigih nak beli mainan yang kena masuk duit 50sen tu. So ke kedai lah kitaaa~ Aku pulak macam nak makan aiskrim dengan roti, so aku beli yang bekas besar punya. Balik rumah, apa lagi, roti aiskrim lah kan. Aku rasa aku makan dalam tiga keping kot. Memang kenyang gilaaa weh!! Nasib tak meletop je. Pheww selamat..

Pastu mulalah adik request nak aiskrim jugak tapi nak letak air. Buat float lah kengkonon. Okay, aku buatkan. Dia minum? Hmmm nan adooo~ Aku jugak yang perabihkan. Dia kata tak sedap. Stress aku. End up dia makan aiskrim macam tu je.
 


Tempting tak? Hehhe

Kbai.

Monday, October 27, 2014

Sushi bukan pilihanku.

Assalamualaikum.

Baru lepas makan roti hotdog kat pantri. Haaa lapar lagi. Mungkin sebab sejuk kot? (padahal memang duapuluhempatjam lapar). Lagi menjadi-jadi tahap kelaparan ni bila tengok blog kak Sally. Kak, awak memang saja ke macamana ni? T___T 

Takpe, ai pun bawak roti harini dekat office. So takdalah scene telan ayaq liur banyak sangat. Wakakkaa!

Okay, bukan nak cerita pasal roti ke apa. Tapi nak cerita pasal sushi. Haaaaaa aku memang tak makan sushi. Entah. Tekak memang tak boleh terima. First time makan masa Kak Atin suruh aku rasa. Masa tu rasa jugaklah setengah. Hmm bolehlah. Then kali kedua aku makan ni sebab aku macam teringin. Macamana aku boleh teringin aku lupa. Haaa mungkin sebab aku tengok buku sushi masa aku pergi Popular sebelum tu kot? Hmm..

Disebabkan aku tau aku bukan penggemar sushi, jadi aku tak tau mana yang sedap. Jadi aku tanya pada yang pakar yakni adik aku yang pernah berkhidmat dekat Sushi King sebelum ni. 


Dan gambar diatas ini adalah cadangan dari dia. Dan tekak aku langsung tak boleh terima yang mayonis tu. Sushi belah kanan tu lagilah, aku tak sentuh dan aku telah bersedekah ke tong sampah. Haru! Disebabkan dua lagi tu telah memberikan tanggapan yang buruk, kesian yang kanan tu. Maafkan diriku T___T

Sekarang aku teringin nak makan Gyudon (Beef Bowl). Sebab? Hahah sebab Yonghwa suka makan ni. Hehehe. So macam teringinlah nak makan. Bila nak makan tu, memang aku tak tau lah ㅋㅋㅋㅋㅋ

Friday, October 24, 2014

Rahsia Bulan Kelahiran

Assalamualaikum.

So kalau semalam aku share fakta anak sulung, harini aku share pulak rahsia bulan kelahiran. Memandangkan aku June's Baby, maka dengan itu, wahai orang-orang kampung, aku akan sharekan bulan kelahiran aku jelah. Hahha! Masih berada didalam perasaan yang sama iaitu tak pasti dengan fakta ni. Maybe ada yang betul dan ada yang tengah-tengah. Hiks.

Dan rahsia bulan kelahiran ini juga adalah hasil kajian daripada Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah tau.


JUN.
# berfikiran jauh & berwawasan
# mudah ditawan krn sikap baik
# berperangai yg lemah lembut
# mudah berubah sikap,perangai,idea @mood
# idea yg terlalu banyak dikepala
# bersikap sensitif
# otaknya aktif (sentiasa berfikir)
# sukar melakukan sesuatu dgn segera
# bersikap suka menangguh-nangguh
# bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik
# cepat marah & cepat sejuk
# suka bercakap & berdebat
# suka buat lawak & bergurau
# otaknya cerdas berangan-angan
# mudah berkawan & pandai berkawan
# org yg sangat tertib
# pandai mempamerkan sikap
# mudah kecil hati
# mudah kena selsema
# suka berkemas
# cepat rasa bosan
# sikap terlalu memilih & cerewet
# kurang mempamerkan perasaan
# lambat nak sembuh apabila terluka hati
# suka kepada barang yang berjenama
# mudah menjadi eksekutif
# kedegilan yg tidak terkawal
# sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.
 
 So June's Babies, korang setuju tak dengan fakta ni?

Thursday, October 23, 2014

Fakta Anak Sulung

Assalamualaikum.

Baru lepas baca blog RM, so tergerak nak share jugaklah fakta anak sulung ni since aku pun anak sulung kan. Ada yang aku rasa betul dan ada yang aku rasa macam 
hmm ye ke?
Hahah! Well masa aku baca tu, aku terangguk-angguk tanda setuju. Haa betullah tu kan?

Dah malas nak bebel banyak sangat. Btw ini adalah berdasarkan kajian daripada Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah tau.

1. senang memaafkan orang. ()
2. garang macam harimau. ()
3. kalau gelak tak ingat dunia. ()
4. sensitif,hati lembut. (hmmm ye kot? haha)
5. ramai peminat. (I don't think so -.-')
6. mudah menyayangi orang lain. ()
7. sukar melupakan orang yang dia syg. ()
8. selalu menjadi tumpuan orang ramai. (hahah NEVER!)
9. senyuman tetap dibibir walaupun sedih. (maybe?)
10. sentiasa mengingati kawan lamanya. (√√)
11. manja. (hahaha NO!)
12. suka haiwan. (not really)
13. peramah. (iolls pemalu okay :p)
14. mudah nangis. (krik krik krik)
15. lemah dalam percintaan.. (hmm no comments)
So korang rasa? Haa korang anak sulung ke? no 2 ke? bongsu ke?

Thursday, October 16, 2014

Oh makanan ...

Assalamualaikum.

 

Hahaha dah kenapa mula-mula je letak gambar keropok ikan? Okay ni fav iolls okay. Compare yang original, aku suka yang salut sira mas ni lagi. Tak manis sangat dan sedaplah. Tak melekit jugak ye pun.

So benda ni memang selalu jugak ada kat rumah. Iolls lah yang perabihkan. Hiks. Kadang-kadang bawak makan dalam kereta. Tak cukup sebungkus, bawak sampai dua tiga bungkus. So yang ni Busu bagi sebungkus je, haaa harini barulah bukak sebab biskut chipsmore, kacang dan sebagainya dah yilek. 

Oh sebelum tu, Elena bagi mini donut Big Apple which is again, my fav! Hahaha. Tira Cinno yawwss! Terbaik! Aku memang suka flavour ni. Aku kurang sikit flavour buah-buah ni. The Alien buat aku cepat muak, maybe sebab dia fully choc kan. Oreo pun not bad. Aku kalau jumpa, memang beli yang mini. Senang. Semua dapat rasa. Haha.

Okay malam ni nak beli lah since tadi dapat makan sebiji je. Hiks.

Monday, October 13, 2014

Fresh Fruit Juice

Assalamualaikum.

Dah habis #throwback cerita masa Hari Malaysia. Jadi marilah kita kembali ke bulan Oktober. Hiks. Alhamdulillah, sekali lagi aku berjaya mencuci perut lembu dengan begitu jayanya. Dekat Tekali, aku belajar banyak benda. Aku belajar proses buat lemang, basuh perut dan organ dalaman lembu semua ni. Tu semua ilmu weh. Aku pernah post pasal lemang dalam blog. Haaa malas kan nak recap? Aku bagi link lemang ni, aku rajin harini.  

So aku bukan nak cerita pasal macamana nak cuci perut lembu okay. Aku adalah tidak kuasa untuk amik gambar masa ni, aku cuma fikir nak setel cepat je dan makan. Hahah.

Kejadian berlaku sehari selepas kita, umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Adha. Ke rumah nenek lah kita. Ke Sepang lerr, mana lagi. Lunch dekat rumah nenek. Fuhh lauk, walaupun simple (adalah dalam tiga empat jenis lauk) tapi meriahh uolls. Sedap. Eh ke aku lapar? Hiks :p

 

Around 3pm kot, pulanglah kiteorang ke Kajang. Selalunya kiteorang akan singgah beli apam balik dekat Sg Pelek tu. Sedap. Lembut. Haaaa kecur ayaq liuq bila cerita pasal apam balik ni. Haishh sedapnya kalau dapat makan panas-panas, kacang banyak. Fuhh sedap gilaaa weh! Tak silap aku haritu aku pergi dah ada dua lori jual apam balik ni tapi aku rasa bukan owner yang sama. So kalau korang try, korang cari yang ada perempuan jaga. Sebab haritu aku nampak lori lagi satu dua-dua lelaki. So make your own choice okay? Maybe dua-dua lori buat sedap? Hehe.

Tembikai dan Mangga Fresh dari ladang. Terbaik!


Dan bila kita dah makan, mestilah nak cari air pulakkan? Okay, kalau korang dekat area Sepang, try to get this, fresh fruit juice! Sedap gila weh. RM2 untuk sebungkus macam ni. Air dia banyak gilaaaaaa~ Ni memang kesukaan / kegilaan aku dan family. Aku suka nenas, tembikai susu, mangga jus jugak since aku tak boleh minum banyak sangat tembikai kan. Sedap. Memang tiptop. Agak-agak korang nak beli buah, jangan risau, ada je jual. Yang potong ada, yang belum potong pun ada. Sediakan duit saja :)

Lepas dah basahkan tekak segala, sebelum kita sampai ke Kajang, kita ke Hospital Putrajaya dulu. Melawat sepupu baba. Sekejap je melawatnya sebab dah petang plus adik-adik aku semua kat playground sana. Kesian dorang, dah lah panas kan. Balik tu singgah Tesco dan pulang lerr kiteorang ke rumah. Esoknya kerja...

~ The end ~

Friday, October 10, 2014

Malaysian Day - Ke Johor Ke Kita

Assalamualaikum.

Masih mood Hari Malaysia walaupun ni cerita hari Sabtu yakni 20 Sept yang lepas. Tapi apakan daya, masa tu aku betul-betul sibuk tahap menggila punya. Sampai takda masa nak update blog ke apa. Makan je aku tak lupa. Hahah!

Sabtu, aku ke Johor atau lebih tepat lagi ke Mersing.

Aku rasa aku tak pernah sampai situ lagi jadi perasaan teruja tu membuak-buak lah dari sehari ke sehari. Aku siap countdown sebab aku dengar Mersing tu dekat. Ye SANGAT DEKAT! Tapi rupanya jangkaanku meleset. Gilaaaaaa jauh woi Mersing ni!!! Kiteorang bertolak around 7am since hujan lebat dekat Cheras. Sampai Mersing 3pm. Petak weh, PETAK !!!!

Sepanjang perjalanan KL - Mersing - Melaka - KL , aku memang tak tidur. Sebab apa tak tidur, sebab aku nak pecah rekod aku sendiri and aku berjaya !! *tepuk tangan bangga dengan diri sendiri* 




** tukar gifs, dari Seohyun ke YongShin **

Dan entri ni memang takda gambar langsung. Adalah amik sekeping tapi aku taknak tengok pun. Hahha. Oh kiteorang tak tidur. Balik hari. Kiteorang sampai Cheras lebih kurang 2am. Exhausted!

Tammat.

Thursday, October 9, 2014

Malaysian Day - Ke Utara Ke Kita

Assalamualaikum.

Okay, aku tau cerita ni dah lama dan mungkin MUNGKIN aku lupa tapi aku nak cerita jugak walaupun entri ni pendek dan mungkin takda gambar since masa ni phone aku dalam wad dan aku malas nak bergambar sangat guna phone Achik. Ada memang ada tapi aku malas nak mintak tapi tengoklah, kalau aku rajin, aku update later dengan gambar okay?

Okay, Hari Malaysia haritu, aku dan family ke Utara sekali lagi untuk short trip. Kali ni, teh whole family ikut. Kalau tak, Achik atau Zikri atau aku mesti tak ikut sebab kekangan masa tapi we managed it. Wehooo~

So kiteorang bertolak ke Ipoh dulu pada hari Ahad. Kiteorang stay dekat Hotel Seri Malaysia dekat Ipoh tu. Bilik was okay. Makanan tak tau sebab aku tak makan pun. Achik kata sedap dan banyak pilihan. For me, hotel ni not bad lah. 

Hari pertama sampai tu macam packed jugaklah. Kiteorang singgah rumah sepupu ma dekat mana tu dah lupa tapi dekat dengan hotel jugak. Jumpa kek batik like finally dekat situ. Dan makcik buat sangat sedap!!! 1 pinggan tu, aku dengan Achik yang makan. Coklat dia, perghh melimpah uolls *thumbs up*

Lepas pergi rumah sepupu ma, kiteorang balik hotel. Malam ke Zoo Taiping pulek. Well, lagi sekali, masuk zoo sponsored by anak buah ma, Kak Hanim. Oh muka Kak Hanim ni macam Farah. Serious sama! Takda gambar dia. Hiks.

Masuk night safari, korang jangan expect tinggi sangat okay. Nama pun night / malam, apa pun tak clear. Tapi bestlah, new experience for me. Lepas habis tawaf satu zoo tu, sambung pi makan pulak. Dekat mana, yes, aku tak ingat nama tapi lalulah muzium, tesco semua tu.

Nak part 2 tak? Macam malas nak sambung. Hikss. Take 5 kejap.

Okay tak jadi part 2 segala. Sambung je terus. Ada banyak benda nak cerita. Lepas makan, balik tido. Esoknya, ke Kedah lah kita. Pergi rumah CikYam pulak. Dalam tengahari sampai rumah CikYam, makan, borak, kaitkan buah mangga yang tersegam indah ditepi rumah pastu apa lagi bergambar ditepi sawah lerr. Paling comel bila baba dengan ma acah-acah Titanic kat situ. Alolooo sweet lettew :p

Petang kita balik Ipoh. Oh kiteorang tak tidur Kedah okay. Sebab nama pun short trip. Kira main base dekat Ipoh lah. Malam tu, ke Tesco Ipoh. Besar jugak. Dah macam Ikea sebab sambung dari bangunan sebelah. Beli hadiah anak murid ma je. Balik dari Tesco, buat party maggie dalam bilik. Perghh kekenyangan beb!

Esoknya, awal pagi kita dah check out. Sebab nak pergi kenduri anak murid ma dekat Cheras, kenduri doa selamat kawan baba dekat Langat, balik rumah nenek dekat Sepang, beli halwa dekat Banting. Perghh bz gilaaa hari Selasa ni.

Sebelum tu sarapan dekat dua tempat berbeza. Memula dekat pasar baru area Selama, Perak and lepas tu makan roti canai tersedap dekat Selama lah jugak kot, kedai abang Paksu. Roti canai dia perghh sedap gilaaaa! Actually aku tak sure tu dah area Selama ke belum tapi tak kisahlah. Hehhe.

Semua agenda untuk hari Selasa ni, kiteorang managed untuk pergi. Perut kenyang gilaaa! Balik pun dah nak midnight kot, mandi terus tidur dan esok kerja. Bagus. Pergi kerja dalam mood penat.

Sekian sahaja cerita Hari Malaysia. Haha.

p/s: eh TERpanjang pulak post ni. Nanti kalau rajin, iolls update gambar okay?

Wednesday, October 8, 2014

CNBLUE - SWEET NOTE NO.2 DIFFUSER

Assalamualaikum.

Masa tengah mengupdatekan diri dekat Twitter sana, tetiba nampak satu gambar CNBLUE ni. Dorang pegang their own diffuser. Rasanya dah sebulan atau lebih benda ni released. Tapi aku je buat-buat tak nampak benda ni. Haha.


Setiap ahli ada dorang punya wangian sendiri. So kalau korang nak bau Yonghwa, boleh request Yonghwa scents gitu. Hehe. Yonghwa punya scents nama dia Diamond Girl. Alaaa macam tau je aku suka lagu tu. EH?


 

 So, ada sesiapa nak belikan aku ni tak? 

p/s: sorrylah sebab sekarang macam banyak post pasal sienbelu ni. sorry. tapi 정말 좋아 :) ㅋㅋㅋㅋ

Friday, October 3, 2014

Overnight di Hospital Ampang.

Assalamualaikum.


Currently, this is me (the man version) Hahhaa. Yeah, too sleepy and too mamai utnuk buat kerja sampai petang. Since tak tidur dengan selesa malam tadi, tidur-tidur ayam je. Sampai rumah, dapatlah tidur setengah jam but still tidur-tidur ayam jugak sebab takut terbabas. Nasib baik ingat untuk kunci jam, kalau tak, pergi kerja lambat lerrr ..

Nak apply cuti tapi rasa macam cuti dah habis tapi takpe, demi nak dapat tidur yang sempurna, try applylah kejap lagi. Kalau dapat, bolehlah hoorey kejap. Doakan ye ..

Okay, dengar cerita phone dah siap. Petang nanti nak pergi tengok dan kita tunggu berapa lama dia bertahan. Yelah, siap repair sampai Balikpapan kan, maka haruslah keadaannya lebih tip top dari sebelumnya. Betul tak?

Lepas tu, apa lagi nak cerita. Oh Opah masuk hospital. So malam tadi my turn jaga dekat hospital. Macam takutlah memula tapi lama-lama okay lah walaupun bosan yang amat sebab takda orang nak bebual. Pagi tadi, gigihlah cari sarapan untuk opah. McD pun McD lah. Terpaksa. Aku tengok mamak semua tutup, stress aku!

Okaylah, selamat hari raya haji/korban untuk korang.
Aku nak sambung buat kerja ni, sebelum apply cuti.

p/s: doakan opah cepat sembuh ye :)

Bye.