Tuesday, November 28, 2017

Teyka's Engagement.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Teyka dah selamat jadi tunangan kepada Reza. Yahooooo two more to go! HAHHAHAHAA.

Tak payah mengharapkan ada muka aku dalam entri ni sebab aku memang takda. Gambar pun semua ihsan orang-orang dalam gambar tapi mengada letak watermark sendiri -.- Poyo bukan? hiks!

 

Tapi kalau aku ada pun, aku bukan sejenis akan bergambar macam ni ye. Aku akan berdiri atau duduk kaku ditepi itu sambil bibir mengigil sebab tak tau nak senyum macamana lepas tu rasa malu gilaaaa. Biasalah pejah -.-


Bestfriends



Dua orang ni, bertunang tahun yang sama, and insyaAllah akan menamatkan zaman bujang mereka pun pada tahun yang sama jugak iaitu tahun hadapan. Fuhh gigihlah dua manusia ni bekerja keras lepas ni. 

And tahniah jugak kepada Yong (Teyka's sister) sebab selamat bertunang. Yes, mereka berdua (Yong & Nyah) bertunang pada hari yang sama tapi lain-lain waktu. And ye, itu Ajak Shiro. Special appearance ok. Gigih memasing tengok IG Live Ajak. Pina gigih download video nak bagi semua tengok. Hehehe.


So congratulations Teyka, Reza.

Dengan ucapan (kepada Reza), jangan block number kiteorang dari phone Teyka eh.
HAHAHHAHAHAHAHAHAHHAHA!

Sunday, November 26, 2017

Balik dari Melaka

Assalamualaikum.

Just came back from Malacca. Penat, jangan cakap. Sepanjang perjalanan tak tidur weh. Semua sebab caffeine yang berlebihan. Mendapatlah tak boleh tidur. 

Redha.

Dan jangan korang harapkan gambar ye sebab getaway kali ni zero gambar. Serious aku tak tipu. 

See! Nak taip pun malas. Apa je aku rajin?

HAHAHAHAHHAA.

Dah lah bye. Tengah on call.

Wednesday, November 15, 2017

Minggu yang penuh dengan banjir.

Assalamualaikum.

Marilah kita berborak sambil menunggu masa untuk pulang. Jam berapa pulang, itu tidak pasti sejak waktu pulang sudah berubah. 

Buat masa ni, kawasan meja aku sangat sibuk dan agak bising. Belum mencapai tahap suasana pasar lagi tapi bolehlah dikatakan meriah dengan ada nya suara Shir. Hahahaha :D Nasib baik dia tak baca blog ni. Phewww~

Oh yeah, lupa. Ingat lagi entri lepas, entri hujan lebat itu? Alhamdulillah aku pulang dengan selamat walaupun terpaksa mengharungi jalan jem dan hujan lebat. Disebabkan aku masih tak berani untuk menempuh highway Ampang tu seorang diri, jadi Shir telah menumpangkan aku selama dua hari berturut-turut. 

Eh malu, segan pun ada ok.

Tapi aku dah tanam azam dalam diri. Jika hujan lebat lagi, MUNGKIN aku akan tempuh jugak highway tu walaupun akan ada perasaan cuak membara dalam diri. Alaaa terpaksalah. Kalau tak, sampai bila? Tapi kalau lebat sangat, aku doakan ada orang yang sudi hantar aku pulang kerumah. Itu lebih selamat bukan? 

Mengada perangai.

Semalam, yakni Selasa (14/11/17) hujan lebat gilaa weh. Dari rumah dah hujan, lepas tu gerimis je. Jadi aku amik keputusan untuk redah gerimis tu since semua kata Langat dah tak hujan sangat. Bila sampai depan Surfine, haaaa hujan lebat gilaaaaaaaa! Hujan yang boleh membawa kearah kuyup satu badan. Ya walaupun aku dah standby pakai baju hujan semalam dari rumah, tapi seluar dan bahagian depan baju aku habis kuyup dan lencun ye. Aku bernasib baik ada bawak extra seluar pagi tu. Dapatlah tukar dan kesejukkan selepas itu. I is redha. 

Lunch, busu pickup dekat office. Dan balik office tanpa helmet.

Terasa seperti Thor. HAHAHA tetiba.

Dan harini dapat invitation #TSRepParty untuk Sabtu ini. Maaf Tay, I kenot pergi event you. I ada annual dinner yang memang dinanti-nantikan sepanjang tahun dan itu lagi penting. HAHAHHAA. Jika I diberi peluang untuk interview atau bergosip dengan you, baru I datang walaupun tak diundang. Hehehhe.

Jam 4 petang dan entri ni semakin panjang. Tahniah diri.

Thursday, November 9, 2017

Tengah hujan sekarang ni. Macamana aku nak balik? Doakan aku balik rumah dengan selamat!

Assalamualaikum.

Sedang menunggu untuk pulang dan nampaknya harini macam kena balik lambat. Bukan balik lambat sebab kerja ya, tapi cuaca.

Tepat 5:10 pm hujan lebat gila. Allahu. Macamana nak balik? Ni kalau hujan tetiba masa perjalanan balik, memang aku redah. Takda nak buat pit stop pakai baju hujan ke apa. 

Eh tak kuasa lah nak pakai. Tak rajin.

Tapi kalau situasi macam sekarang (lebat), mungkin aku akan pakai baju hujan dari office tapi tu lah. Malas sebenarnya. Tapi kena lah pakai. Baru ingat nak singgah Petron collect miles tapi dah hujan, eh tak kuasa lah aku nak singgah.

Semoga minyak banyak lagi. Amin.

Kat luar gelap, grey, lebat, guruh, kilat. 
Eh package. Takut jangan cakap.

Dulu masa takda lesen, selalu cakap ..
Nanti kalau hujan lebat ke apa, akak taknak balik rumahlah. Takut jalan licin.
Haaa cakap masa tu lah. Masa takda lesen. Sekarang, selagi aku tak tersadai, aku balik!

So yeah. 

5:25 pm, cuaca masih sama. Hujan lebat. Terpaksalah aku sarung baju hujan kejap lagi. Semoga aku selamat pergi dan selamat sampai rumah :)

Wednesday, November 8, 2017

Grato Plus Bangi

Assalamualaikum.

Setelah digembar gemburkan pada entri sebelum ini, yeahh akhirnya entri Grato Plus membuat kemunculan pertama disini. Ya Allah berfikir aku nak up ke tak sebab ..

Pertama, gambar tak cantik
Kedua, dah makan sikit, baru ingat nak amik gambar
Ketiga, sebab ada Remy Ishak. HAHAHHAA takda kena mengena. Aku tau

credit pic: Amalina @ Nana

Adalah satu haritu, aku nampak kawan sekolah aku update kat Twitter, dia dinner dekat sini. Terus aku berkata dalam hati ..
Nanti nak makan sini lah. Nak makan sebijik macam ni.
Ok, tiba harinya which is Sabtu lepas sebab semua ada dekat rumah, aku ajaklah makan sini. Oh fyi, bukan family aku je ada. Tapi bestfriends Ma semua join sekali.

Mari tengok menu.


 

 
  
The menu. Harga ok je. Sebab aku cakap aku nak makan sebijik gambar Nana, aku amik set Super Combo tu. HAHAHAHAHAA memang sebijik lah cerita dia. Memang super betul. Super Tak Sabar!


Teh O Ais kegemaran.


Tiba-tiba paksu whatsapp dekat group. Wow dinner dengan Remy Ishak uolls.


Super Combo , RM29.90 
Verdict? olio pasta tu sedap gilaaaaaaaaaaa! Pedas dia fuhh meleleh siot. HAHAHAHAH. Kambing dia, hmm aku tak suka. Sampai tekak terasa kambing tu. Ayam dia sedap. Isi banyak. Sauce dia pun sedap! Overall, licin! HAHAHAHHAA lapar kan?

Sebab lepak Grato sampai pukul 10 lebih, aku sempat IM FB Grato tapi sampai sekarang dia tak reply. Hmmm sampai hati.


No 6, Jalan 3/7, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor


Instagram : Grato Plus Bangi

Tuesday, November 7, 2017

This Is The Best !

Assalamualaikum.

Disaat dan ketika ini, aku sedang merancanakan sesuatu untuk diri aku sendiri. Apakah? Well, nama pun masih merancana, kan.. Jadi haruslah RAHSIA. Hahahah padahal aku pun tak tau apa benda. Cuma plan dalam kepala je kan sebab takda banyak kerja sangat hari ini. 

Ujah pun reply skype kemain lambat. So redha dengan mak Naupal tu.

Dari hari sebelum November lagi, aku dah berjinak-jinak masuk office lambat. Kenapa? Mengapa? Sebab keadaan cuaca yang tidak mengizinkan aku datang awal seperti tahun pertama aku kerja. Gila pukul 7 aku dah terpacak dekat pintu. Bukan gigih ya anak-anak, itu namanya redha sebab tumpang Baba. Takda lesen masa tu. 

So pagi tadi kiranya paling lewat sampai; around 10:20 am macam tu. Hampir 2 jam ok dekat rumah. Hujan rintik-rintik air bergelora, aku terus siap-siap, then pecut. Siap ada accident dekat corner highway rumah aku. Myvi pulak tu. Bawak laju lettewww. Pemandu pun nampak macam ok je, tersenyum je aku tengok =.=

Dan aku sempat tapau pau dua biji sebab biasalah Pejah, even pagi dia dah makan nasi berlaukkan kari telur dengan ikan goreng pun, dia tetaplah lapar sepanjang hari -_____-"

Redha jelah.

Masuk office terus siapkan apa-apa yang patut. Then check website KPT nak tengok dorang ada update ke tak and alhamdulillah gais, seorang Pejah kini tidak bergelar penghutang lagi. Phewwwww alhamdulillah ☺



Nikmat apa lagi yang nak didustakan ini ....

Memang gembira tak terperi lah aku kan walaupun tengah menahan mata mengantuk sebab sepanjang hari sejuk, pastu cuaca elok je untuk tidur walaupun bila keluar terasalah panas-panas ittewww :D

Terasa nak makan kek untuk celebrate lah ☺

Monday, November 6, 2017

Food Parade

Assalamualaikum.

Ok gais, entri kali ni akan jadi entri panjang untuk minggu ini. Sebab apa? HAHAH apa lagi, sebab ia adalah entri makanan lah. Entri pasal diri sendiri tak mungkin panjang berjela, ya dak? Sebab lagi kenapa aku letak kat sini sebab memori phone dah penuh. Tinggal berapa MB je. Apakah maksud itu wahai kawan-kawan semua? :D

Jadi marilah kita mulakan "show" pada harini. Kita mulakan dengan ....



Kuih Beko Kelapa


Omg, kuih ni menjadi favourite bila kali pertama aku makan dekat kedai Poknik Sg. Ramal. Memang kalau jejak kedai tu, benda pertama aku akan cari, adalah ini! Selalunya dia akan hidang panas-panas dan sikit ye. Jadi siapa cepat dia dapat kaedahnya. Apa aku buat? Aku akan amik makan dekat meja, and bila nak bayar, nampak ada lagi, aku akan tapau pulak. Ni bukan kes penamak tapi lebih kepada hiburan untuk perut dan tekak sendiri. Wahahahahhah. Siapa suruh sedap sangat?

Nak try, pergilah serbu Poknik tu. Nasi Poknik pun sedap jugak :)

Jalan Ramal 2, Taman Ramal Indah, 43000 Kajang, Selangor

Instagram : Kedai Makan Poknik


Next, Bread Pudding kegemaran diri sendiri oleh jiran terpaling caring dekat anak tekak tuan belog, Kak Baiti ! Ya Allah sedap sangat and Kak Baiti suka tau bagi kejutan dipetang mahupun dimalam hari untuk pejah lupa yang dia sedang cuba kurangkan makan demi baju-baju yang tak muat ittewwww :p Hehhee tapi makanan sedap, mana boleh kita say NO kan? Jadi haruslah makan.. :D


Next, kenduri kawin anak saudara Wak Lim. Dalam banyak kuih dalam pinggan ni, Kuih Cara Berlauk adalah terpaling favourite. Tapi Kuih Cara kawan Baba buat lagi double sedaplah.  




Dan yang terakhir, sampai sekarang aku tak tau nama kuih ni. Tapi menurut Cik Ina, tukang buat ni dari Indonesia jadi kemungkinan ini adalah kuih dari sana jugaklah kan? Tapi Cik Ina lupa nak tanya nama kuih ni. HAHHAHAHA. Anw thank you Cik Ina sebab bagi sekotak untuk tekak pejah :) Kuih ni tak manis pun. Just nice orang cakap. Nanti aku dah tau nama dia, I will let you know :D

Makanya berakhir sudah food parade dari Pejah. AHAHAHAHA amendah tah. Next, The Grato Plus!

Wednesday, November 1, 2017

Bebas.



Assalamualaikum.

Basically aku tengah melepak depan pc sambil update code-code baru untuk code file aku. Jadi nya takdalah lepak sangat. Eh apa aku ni? Biasalah dah petang, dah mengantuk, cakap pun dah mamai. Gila betul sekarang sambil bawak #PurWhi pun boleh menguap. Kau rasa?

November, tak ada yang special pun selalunya tapi TAPI untuk tahun ni, dia special sikit. Nak tau kenapa? Aku bakal bebas dari KPT! Yahoooooo penantian selama empat tahun. Yaaa lama. Aku memang suka peram lama-lama. Bila dah rasa lama sangat baru macam 

Eh apasal lama sangat?

Terus buat calculations, nak cepat-cepat habis bayar. Alhamdulillah bulan terakhir telah tiba. Insyaallah aku akan selesaikan dalam bulan ni :) Tak sabar. 

Lagi apa? Hmm rasanya tu jelah kot. Seronok. Hari-hari tengok balance dekat website KPT. Dan aku baru Google next step lepas habis bayar KPT. Hahahaha padahal aku boleh je call nanti tapi yes, preparation tu penting untuk seorang Faizah. Walaupun kadang-kadang dia tak ikut pun apa yang dah diplan tu tapi ada aku kisah? Janji aku dah tau awal-awal apa aku nak buat NEXT!

Kat luar tengah hujan. Hmm macamana aku nak balik? Ok redah. Ya. Redah T___T