Assalamualaikum.
Marilah kita berborak sambil menunggu masa untuk pulang. Jam berapa pulang, itu tidak pasti sejak waktu pulang sudah berubah.
Buat masa ni, kawasan meja aku sangat sibuk dan agak bising. Belum mencapai tahap suasana pasar lagi tapi bolehlah dikatakan meriah dengan ada nya suara Shir. Hahahaha :D Nasib baik dia tak baca blog ni. Phewww~
Oh yeah, lupa. Ingat lagi entri lepas, entri hujan lebat itu? Alhamdulillah aku pulang dengan selamat walaupun terpaksa mengharungi jalan jem dan hujan lebat. Disebabkan aku masih tak berani untuk menempuh highway Ampang tu seorang diri, jadi Shir telah menumpangkan aku selama dua hari berturut-turut.
Eh malu, segan pun ada ok.
Tapi aku dah tanam azam dalam diri. Jika hujan lebat lagi, MUNGKIN aku akan tempuh jugak highway tu walaupun akan ada perasaan cuak membara dalam diri. Alaaa terpaksalah. Kalau tak, sampai bila? Tapi kalau lebat sangat, aku doakan ada orang yang sudi hantar aku pulang kerumah. Itu lebih selamat bukan?
Mengada perangai.
Semalam, yakni Selasa (14/11/17) hujan lebat gilaa weh. Dari rumah dah hujan, lepas tu gerimis je. Jadi aku amik keputusan untuk redah gerimis tu since semua kata Langat dah tak hujan sangat. Bila sampai depan Surfine, haaaa hujan lebat gilaaaaaaaa! Hujan yang boleh membawa kearah kuyup satu badan. Ya walaupun aku dah standby pakai baju hujan semalam dari rumah, tapi seluar dan bahagian depan baju aku habis kuyup dan lencun ye. Aku bernasib baik ada bawak extra seluar pagi tu. Dapatlah tukar dan kesejukkan selepas itu. I is redha.
Lunch, busu pickup dekat office. Dan balik office tanpa helmet.
Terasa seperti Thor. HAHAHA tetiba.
Dan harini dapat invitation #TSRepParty untuk Sabtu ini. Maaf Tay, I kenot pergi event you. I ada annual dinner yang memang dinanti-nantikan sepanjang tahun dan itu lagi penting. HAHAHHAA. Jika I diberi peluang untuk interview atau bergosip dengan you, baru I datang walaupun tak diundang. Hehehhe.
Jam 4 petang dan entri ni semakin panjang. Tahniah diri.
No comments:
Post a Comment