Saturday, March 31, 2018

MOE with WB

Assalamualaikum.


Faizah, nanti you pakai cantik-cantik. Muka kasi make up sikit eh..


Arahan yang aku terima minggu lepas diwaktu aku sedang sibuk dengan kerja. Wahh sibuk sangat kettew? HAHAHAH tak lah pun tapi buat-buat sibuk je. Karang tak buat-buat sibuk, ada orang kecam. Ops!

Aku rasa hari-hari aku make up pergi kerja. Tapi kenapa orang still rasa aku tak make up? Tapi mungkinlah sebab aku pakai bedak dengan lip cream atau lip tint je pun. Kejap je hilang. Nak touch up, ya ampun malas gila. Mungkin sebab tu lah kot siap dapat arahan macam tu. HAHAHAHA.

Ok, kenapa kena make up ni? Ada show mana-mana ke? Wahaha memang taklah. Iolls dah retired dah persembahan pentas ni. Darah gemuruh tak dapat dibendung lagi sekarang ni. Dulu boleh cover lagi lah kan. Nyanyi lagu Aishah pun steady walaupun kaki ketaq dah  😜

So semalam aku dan beberapa rakan sekerja ada presentation dekat MOE. Jadi ini adalah pengalaman pertama aku bersama dengan orang-orang di MOE.

Kiteorang by 7.40am dah terpacak depan MOE tu. Then by 9am, presentation pun bermula. Diakhiri sebelum jap 12 tengahari. Cepat gila. 





Sesi Q&A


Overall, aku happy sebab dapat experience macam ni. Harap-harap lepas ni nama aku naik lagi. Wahahaha walaupun kat sana aku cuma letak bags WB dekat kerusi-kerusi tu je. Lepas tu senyum, lepas tu mengganggu presentation dengan batuk yang non stop tu 😷. Sigh memalukan betul. Tapi takpe, I really had fun!

Again, thank you WB, E, D & Mr T for the opportunity. And Hi Kris! HAHAHAHAHHAHA 😊

Tuesday, March 27, 2018

Hari-Hari Ada Waktu Senggang. Anda Cemburu? HAHAHAHAHAHHAHA

Tunggu, bagi aku betulkan kerja-kerja aku ni sebelum aku taip panjang berjela dekat sini.

Aku taip ayat ni semalam dalam keadaan tergopoh-gapah sebab nak logged out tapi nak taip jugak dan berjanji nak sambung selepas itu dan akhirnya membawa ke SHUT DOWN terus ya! HAHAHHAA oh dan kerja aku selesai tepat jam 5:30pm. Pheww, terasa penat lain macam.

Oh sebelum tu, Assalamualaikum.

Tak sempat nak bagi salam, terus ambush macam tak menyempat je. Kau pahal kan pejah?!

Hmm baiklah. Baru dapat rehat lepas siapkan semua kerja. So far aku suka dua hari ni. Yaaa dari semalam lah maksudnya. Kenapa? Aku rasa macam busy gila. Hari aku penuh dengan kerja walaupun kadang-kadang ada jugak waktu terluang yang sangat dasyat sampai ada orang jealous. HAHAHAHA pebenda tah, jealous dengan waktu senggang orang lain -.-

Lepas tu, aku rasa aku macam lebih confident untuk menjawab emails. HAHAHAH dah enam tahun kau kerja pejah oii!

But still, aku rasa kekok lagi nak reply emails semua. Tak tau kenapa. Nasib baik E ada. Dia lah penyelamat aku dari dulu, kini dan selamanya.. Kalau E outstation pun, aku kacau dia, tanya patut tak aku buat ni, buat itu. Mengada bukan perangai aku? Ya aku tau. HAHAHAHA sorry E!

Dan yeah, Jumaat ni aku kerja luar. Yahoooooo! Seronok bukan kepalang lah cerita dia :) Dekat kawasan permainan aku masa sekolah dulu pulak tu. Hahaha gila gelabah kau ni jah.

Ok, disebabkan cuaca harini sejuk lain macam dari pagi, aku telah diserang selsema dan batuk non stop. Maka, haruslah aku beringat untuk makan ubat malam karang kalau taknak jejak klinik. Haishh awal bulan je tak sihat, muka aku dah muka regular dekat panel tu. Segan oii. Hmm aku hampir tak faham dengan keadaan badan aku sekarang. Pelik sungguh -__________-

Oh ya, aku sebenarnya ada dua cerita nak update. Yes dua. Tapi aku rasa bukan masa terdekat ni sebab aku malas. Hahahaha. Dan mungkin tak update langsung. MUNGKIN. MUNGKIN YA dan MUNGKIN TIDAK. Mana satu pilihan netizen-netizen semua? HAHAHHA.
Dah, aku nak sambung Pinterest gambar hairstyle. Aku perlukan perubahan sempena tahun 2018 ni. Hahaha padahal ma dah suruh potong rambut.

Ok bye.

Friday, March 9, 2018

My Very First Experience Take Off !

Assalamualaikum.

Hi everyone! Setelah umur hampir ke 27 tahun ni, buat pertama kali nya dalam hidup, aku dapat rasa my very first take off. Excited yet nervous :D Somehow, aku pun tak sure macamana semua ni boleh terjadi. Semua berlaku secara tiba-tiba. Berlaku semasa aku tak terfikir untuk berada didalam cabin dalam waktu yang terdekat tapi selalu tengok langit dan awan bergerak-gerak.

Aku ada impian dan tahun ni perlahan-lahan aku dapat merealisasikan impian aku tu. Alhamdulillah, rezeki tahun 2018 ni.

 

KUL - SGN
(March 2018)

Aku tak kisah pun orang nak cakap aku kuno sebab first time naik kapal terbang ke apa sebab ada aku kisah? Yang penting sekarang dah ada pengalaman naik kapal terbang tu macamana. How it feel semua. Seronok! Aku senyum bukan main lagi masa annoucement nak take off tu. Suka. Macam tak percaya, akhirnya aku dalam cabin plane tu.

Yang paling seronok bila Allah tu mendengar suara hati aku. Terima kasih :) Masa pergi, aku hampir ke impian aku, dan masa balik, aku dapat tengok sepuas hati aku ciptaanNya yakni awan yang banyak, bertaburan diatas sana. 

Fuh nak nangis weh. Perasaan yang tak boleh digambarkan pada masa tu. Tapi adakah aku akan ada perasaan yang sama untuk penerbangan aku yang akan datang? Semoga perasaan gembira tu tetap ada walau berapa kali pun aku naik kapal terbang :)

p/s: rasa nak naik kapal terbang lagi! Hehehe