Friday, August 4, 2023

Finally got my license

Assalamualaikum.

18 Julai yang lalu, akhirnyaaaa seorang Faizah dapat lesen kereta! Muahahahahah  tapi bagi aku macam fuhh akhirnya dapat jugak setelah beberapa kali aku on hold sebab takut punya pasal. yelah, aku ni pelupa boleh tahan gak. mana nak ingat RPK/RSM semua tu. 

Dia punya nervous, dari malam sebelum hari kejadian, aku sakit perut ye. Hari kejadian pulak, sakit dia macam biasa-biasa je tapi masa ujian jalan raya tu, fuhh sakit dia memang mencabar minda. Sakit gilooo. tapi nasib baik lulus, setel kat imkeda, aku terus balik rumah. legaaa beb. time tu jugaklah baru dapat air lah, makan lah. sebelum-sebelum tu, apa pun kenot telan.

Menunggu giliran RSM/RPK. Fuhh cuak beb. Dengan kau tak ingat kat bahagian enjin tu, pastu emoticon kat screen minyak apa semua tu. Memang dari kelas aku tak pernah ingat benda tu. HAHAHAHA. Siap tengok enjin axia kat Google lah sebab takut lupa benda tu macamana rupanya. Heheh parah bukan?

Nasib baik, masa test tu, boleh buat and JPJ pun ok je. Alhamdulillah. Tapi macam biasa, faizah dan pelupa memang tak boleh dipisahkan. Boleh pulak lupa nama "tangki air wiper" dan (dipstick aras minyak pelincir). Astagaaa. Nasib JPJ ok lagi masa tu. Aku dah cuak. peluh semua siap!

Setel RSM/RPK, tunggu lagi untuk ujian litar. Fuh ini terpaling nervous. Selain bukit, parking pun aku nervous. Sebab sepatutnya aku kena masuk kelas sebelum test JPJ ni tapi tak sempat. Aku kan acah-acah busy sepanjang masa. Hehehe. Jadi, aku memang lupa nak masuk parking stereng tu patah kanan ke kiri dulu. tapi seorang Faizah mengikut kata hati, alhamdulillah lepas. ngam-ngam soi side mirror pun elok cantik dalam kotak.

Setel ujian litar dan lulus. Siap jumpa and bagitau cikgu yang mengajar tu

"encik, saya buat apa encik ajar saya haritu!"

"oh, bagus bagus!"

memang senyum sampai ke telinga lah cerita dia. lepas tu, terus pergi block C. Langkah masuk je block C tu, terus berdebar-debar lagi sebab ni ujian jalan raya which aku yakin aku boleh buat yang ni tapi satu benda yang aku takut masa ni adalah untuk buat RSM. sebab aku tak ingat kan emoticon semua tu. 

Menunggu dengan penuh kesabaran dan ketakutan. Aku no 16, sesi 1. nak menunggu no 16 tu, ya ampun terasa lamaaaaaa bethooool!

Tibalah masa, aku masuk dan buat RSM tapi lucky me, aku tak tunjuk emoticon tu pun tapi JPJ macam ok lah kot? JPJ pun ok, ajak berborak dari mula masuk sampailah keluar kereta. Sebelum keluar, aku sempat tanya 

"encik, saya nak tanya. saya lulus tak?"

"Eh mestilah lulus" terus JPJ cop lulus tu. fuhh lega siot!

pastu cikgu yang mengajar aku ada kat situ, dia tanya 

"amacam lulus tak?"

dengan penuh bangga "of cos lah lulus!" HAHAHAHAHAHAHA

So sekarang menunggu masa untuk buat lesen P dekat JPJ pulak. next month jelah. Now kenot cos busy, busy, busy macam biasa lah hahahah ๐Ÿ˜ Jadi, aku akan assume, ni hadiah birthday TERpaling best dalam 32 tahun hidup ni walaupun dah July ๐Ÿ˜Š kisah pulak aku lambat ke cepat. hehehe