Thursday, December 31, 2015

Wedding - #FirdausTasneem

Assalamualaikum.

Memandangkan banyak jugak entri pasal majlis kahwin ni aku skip (sorry su!), maka dengan itu, sempena hari terakhir 2015, aku updatelah satu entri khas untuk tontonan uolls. Aku pun tak sure the cousins ada baca ke tak blog aku ni tapi kalau baca, hey gais! Hahaha. Tapi make sure korang get ready dengan entri yang super panjang ni okay. 3 majlis tau. hahah

So let's #FirdausTasneem

Akhirnya pada 11.12.15, #FirdausTasneem selamat diijabkabul. Alhamdulillah. Majlis berlangsung selepas solat Asar. 


Keesokkan harinya yakni 12.12.15, berlangsung majlis belah perempuan (Tasneem). Kiteorang ni belah lelaki. So memandangkan rumah aku dengan rumah Tasneem tersangatlah dekat, jadi kiteorang gerak lambat. Sempatlah singgah Putrajaya amik CikArah. Maknanya, kiteorang patah balik. Kajang - Putrajaya - Kajang.




Alhamdulillah thank you Tasneem sekeluarga. Makanan best! Aku duduk je dekat meja family tu tapi tak makan pun lauk situ. Haha. Ada nasi ayam, keropok lekor, aiskrim Malaysia, mee/bihun sup jugak. So aku makan nasi ayam sebab aku macam teringin kan. Share dengan Kak PP. Hahah share lah sangat -.-

Okay, let's moved to Firdaus's side. 



Antara orang yang paling awal sampai. Hahah! Siap sesat okay. Yelah LHDN kan ada dua pintu masuk. Takdalah sesat mana pun. Salah pintu je. Ingat kiteorang je sesat. Eh semua orang pun! Nasiblah. Baba pun belum sampai lagi masa ni. Baba kerja kerja pagi ni sekejap.


Lepas kiteorang bergambar ni, baba pun sampai. So Achik dengan Zikri pergi amik baju melayu baba dalam kereta. Bertukarlah baba ~~ Tapi ni gambar baba masa dah habis majlis. Sampin pun dah tanggal. Muehehhee :D
 

Sebelum majlis mula. 


Aku suka gilaaaa baju ni. Walaupun ia hampir ke arah 'ketat' sebab aku membesar dengan begitu jayanya tapi aku suka baju ni. Tak panas. Thankyou ma, belikan :)


Aku dah booked Achik a month before majlis. Walaupun dia adik aku tapi nak tengok dia ada dekat majlis-majlis keluarga sangat susah ye. Dia jenis pemalas nak amik cuti emergency. Baju dia ni, haaa Sabtu baru beli. Kalau aku tak ingatkan, memang lari tema lah dia. 


Okaylah, sambung lagi selfie sambil tunggu pengantin datang. Ye ye, gambar semua dari phone busu. Lawa weh. Oppppppoo. Hahaha. Thankyou busu.




Selfie sampai lebam...

  

Ye pangantin dah get ready. Sempatlah wefie dengan kakak pengantin seround.


#FirdausTasneem


Yeahh itu dia. Pengantin #FirdausTasneem berarak masuk kedalam dewan. Masa ni dah ramai orang kat dalam tu. Semua tunggu pengantin. 

Trivia: Pasangan pengantin #FirdausTasneem berkenalan dari sekolah lagi. Tak silap aku, dua-dua ni classmates. Amboii kemain eh Fidaus ..

Sedang semua orang tengah menjamu selera sambil bergelak ketawa dengan para jemputan, adik buat hal sendiri. Mula-mula dia dengan Iman dekat stage tu. Eh aleh-aleh dia sorang. Dia nak take over stage tu okay. Bukan nak menyanyi tapi dia buat macam pelamin tu dia yang punya! Hahaha. 




Hahhaha kau mampu pose macam ni masa orang tengah ramai dekat bawah? Hahaha ye ye, adik je mampu! Hahaha. Adik win ah!!

Nak bagi adik senyap senang je. Bagi je dia phone. Dia mainlah game tu sampai habis bateri. Hahaha. Kalau dia dah bosan, ye dia akan pergi kat buffet tu and makan, makan dan makan. Takpun, buat hal sendiri. Good job adik.


Hahahha wefie lagi ..


It's our time. Finally!
Masa ni kebanyakkan tetamu ramai yang dah balik. Tapi tapi tahap parkinson aku tetaplah ada masa nak wefie ramai-ramai ni. Haha. Aku sampai sekarang rasa pelik, macamana aku boleh menyanyi dulu walaupun parkinson ni ada? =.=



Umi dengan ayahanda pengantin sibuk layan tetamu. Memang takda langsung gambar dengan maklang and paklang. Sudahnya, weolls lagi berwefie. Muahahahhaa!


Tengok jam, dah 3.30pm .  Okay pergi setelkan pape yang patut sebelum habis waktu. Woii jauh gilaa menapak. Pastu panas dia, fuhhh tak terkata. Boleh berasap. Hahha okay tipu je tapi memang panas!

Dalam 5.30pm macam tu, semua dah siap. Dewan dah kemas. Tinggal nak sapu je. Sebelum kita balik, wefie lagi seround! Hhahaha






Video tak boleh letak sini. Tak tau pasal apa. Check SINI kalau nak tengok. Haha kelakar. Aku mampu gelak je kat belakang itttewww :p

Balik dari kenduri, setelkan pape yang patut. Nasib sempat. Terus siap-siap, pergi Tesco Kajang. Sebab apa? Adik nak jumpa OME's cast weh! Aku memang ingat ramailah casts nya. Okay, sorang je. And part paling best nya ialah masa kiteorang sampai tu, dorang tengah kemas-kemas nak kemas tapi ramai gilaaa orang duk serbu dj ni. So adik kan kecik lagi. Dia bijak. Dia masuk celah-celah orang ramai tu dan Achik whatsapp kat group family gambar bawah ni ...


Hahahahah sempat kan! Semangat adik untuk jumpa dengan DJ tercapai. Mission accomplished !! Bravoooo adik bravooo 

Monday, December 28, 2015

Entri terakhir?

Assalamualaikum.

Gosh! It's almost end of the month (and year too!) And this is my first post for this month (December) Hahaha. Sorry! I've been busy for a month (and still). I'm trying to looking some precious time for posting anything here, but I can't.

Okay. 

Masih lagi sibuk dengan websites. Sepatutnya Jumaat dah boleh launch tapi kerana beberapa perkara, website still under construction. Eh bukan website untuk iolls. Ni untuk office. Banyak nauu errors. So kena betulkan, betulkan dan keep on betulkan. Dah juling mata tengok template semua. Pening uolls!

Aku ada hutang korang satu entri (actually banyak!). Kalau ada masa, aku update. Kalau tak, biarlah entri tu berkubur macam entri maksu Nor kahwin haritu. Hahah! Gambar pengantin sikit je sebenarnya. Yang banyak gambar selfie je. Hahaha! Still, gambar jugak kan? kehs!

Apa lagi nak borak sementara mood nak buat website datang?

Aku mengantuk ni. Dah berapa hari tido tak ikut masa sepatutnya. Bila nak habis buat website ni? Haaa ni lagi leceh dari semua kerja aku pernah buat. Hahah.

Ye, pejah, teruskanlah dengan alasan ... kau malas sebenarnya - kata hati

Mungkinlah, mungkin ini entri terakhir untuk bulan ini? Entri terakhir untuk tahun ni? Kita tungggggguuuuuuuuuuu ~~