Friday, February 24, 2017

Spicy Sardine Roll Makcik Block Sebelah!

Assalamulaikum.

Yey, harini aku nak share lagi (YA LAGI) makanan sedap. HAHAHAH. Stress lah Kak Sally kalau baca ni. Alaa nak buat macamana, memang sedap. Dengan pedasnya, dengan lembut nya. Tapi satu je dah berubah sejak dah beberapa kali beli ni. Dulu macam kurang bawang sekarang macam banyak pulak bawang tu. Ok malas tulis banyak-banyak, ayuh tengok gambar yang nescaya akan buat korang aku terliur ...

Mempersembahkan ...



Spicy Sardine Roll Makcik Block Sebelah!


Hoii nama nak glamer padahal nama sardine roll je tapi betullah makcik block sebelah yang jual ni. Haa terliur tak? Aku lagi suka salut dengan telur dari serbuk roti. Sebab kalau serbuk roti, kang bersepah. Kalau telur, eh sedaplah. RM1 je weh. Sebab sedap.


Gigitan yang pertama dah terasa isi sardine tu. Bukan sardine je ada, cili api wow meletop-letop weh dalam mulut bergaduh. Pakcik (suami makcik tu obviosly) tu once pernah cakap dengan aku baik-baik dik makan, ada cili api tu amboi pakcik, saya makan pedas, jangan risau. Sebab ada cili api tu, terus jatuh cinta. Tapi makcik tu hanyalah meniaga waktu tengahari je. So bila aku nak pergi atau pun balik kerja, yang aku dapat tengok adalah stall dia je. Bayang-bayang makcik tu memang yilek. Memang takda langsung. So bila aku cuti je dapatlah beli. 


Meriah tak meriah lah kan isi dia? Ini adalah gigitan kedua terakhir sebelum terakhir. Hahaha. Nampak tak bawang dia melimpah keluar? Tu lah, macam banyak je bawang dia sekarang. Tapi rasa sardine tu tetap ada dan tetap sedap sampai tutup mata bila terasa cili yang sedang bergaduh tu. Haaa sedapnya. 

Ok, aku nak balik lunch. Semoga ada sardine. Bye.

Wednesday, February 22, 2017

The End of Barcodes. FINALLY!!

Assalamualaikum.

Berita gembira yang seharusnya dipukul dicanang disini. HEHEHE. Setelah berbulan yakni hampir 6 bulan mengadap dengan penuh rasa jemu, akhirnya hari yang dinantikan telah tiba. YA, TELAH TIBA GENG!!




Alhamdulillah, dengan naiknya sekali lagi gambar ini, maka berakhirlah hari-hari aku dengan mengadap barcode ni. Fuhh! Gembira tak terkata weh. Sebab ia mengambil masa lebih kurang 6 bulan kalau tak silap aku lah. Kalau salah, takpe, tak berapa penting pun. HAHAHA.

Dari Krismas, ke CNY, hinggalah suatu hari si #mamatannoying1 datang sambil bertanyakan soalan yang paling gerun aku nak dengar ...
Nor, bila nak siap?
HAHAHAHA! Aku dah bosan dengar ayat tu. And aku bagi dia dateline which is end of this month, aku hantar. So aku agak struggle jugaklah. Buat dekat rumah (macam biasalah kan), lepas tu, dekat office bila ada waktu lapang je, aku buat. Kalau sebelum ni, ada masa lapang, kita penuhkan dengan cuci mata di Lazada, Hermo mahupun MySale. Haa belinya tak pun. Nama pun cuci mata kan ...

Dan semalam aku agak free gila ok. So decided untuk buat barcodes. And lepas aku check semua, by 6pm, semua barcodes dah siap. Aku terus print out sebab nak double check. Balik rumah aku buat sesi mengemaskini, nasib baik tak banyak salah compared yang 1st batch punya. 

So tarik nafas lega lah aku. Pagi ni print yang ada pembetulan tu, and submit terus. Tapi TAPI #mamatannoying1 takda kat office, dia out station. Takpe, kita relax je. 

Dah boleh tidur on time. Dah boleh tarik nafas panjang. So weekend masuk office bila ada artwork je. Yes!

Dah, aku nak lunch. Bye!

Monday, February 20, 2017

Sambal Garing Che' Nor !

Assalamualaikum.

Ok guys, ni bukan post paid review ke apa eh. Dah berapa kali aku bagitau yang benda sedap, benda best pasti PASTI aku akan share dengan korang kan? Ok guess what, aku ada barang baru! Baik punya! Second purchased Rabu lepas, lima bekas terus ma suruh beli. Yes! Marilah makan sampai lebam. Eh tadi kata nak bagitau kan? Okok aku bagitau..


Mempersembahkan ....




Sambal Garing Che' Nor !

Memang tiptop, sedap, marvelous lagi rangup nyumnyumnyum! Memang sekali masuk dalam mulut, eh terus letup-letup tarik-tarik baju sebab Ya Allah sedapnyaaaa!!! Hahaha ayat pejah sekarang memang terbaik! HAAHHAHA.



Tengoklah ni. Sedapnyaaaaaaa. Rangup gila weh ikan bilis tu. Kalau ratah macam tu, eh macam makan keropok je weh. Krap krup krap krup gittewww. Tapi serious sedap. 

Ada ke benda sedap, aku tak share dengan korang? Takda kan? So bila dah sedap, kena share, bila dah share, eh tak reti ke nak beli and rasa sendiri kenikmatannya tu?

Korang boleh click Sambal Goreng Che' Nor ataupun whatsapp 0166653367 untuk respon yang lebih pantas dan tangkas. Kat fb page tu korang boleh tengok stokis yang berhampiran dengan korang. Jadi lebih cepatlah korang dapat rasa. Ye dak? 

Selamat mencuba korang!

p/s: berapa kali aku taip perkataan sedap tah -.- haa sedap sangat.

Friday, February 17, 2017

Glitter & strawberry wow gegadis sangat ni !

Assalamualaikum.

Ok, sajalah nak heboh dekat korang! Aku ada makeup (?) stuff yang baru. Thanks to E sebab dia yang bagi. Hehehe. 


Bekas dia comel gilaaaaaa. I like And lipbalm aku semakin bertambah, liptint pun bertambah, lipstick bertambah, lipcream semuanya bertambah. Ada yang aku tak sempat pakai pun. Pakai sekali then letak tepi. Haaaa perangai sangat ni. 

Glitter , strawberry wow gegadis sangat ni. Haaa thanks E!! 

Wednesday, February 15, 2017

Karipap Pusing Idaman Kalbu

Assalamualaikum.

Weh! Aku dah lama gila teringin nak makan karipap pusing. Macam dah lama tak makan. Tapi tak semua orang jual karipap pusing ni. Macam limited gila. HAHAH. Yang limited lah aku suka. Sebab eh sedap kan? Rangup diluar lembut didalam gitu. Muahahhaa pejah dan makanan berpisah tiada ^^

So semalam masa baru turun dari tangga, tiba-tiba bumped into baba. HAHAHA ye aku terserempak dengan bapak sendiri. Terkejut akak uolls. Ingat baba dah pergi kerja. And baba bagi satu bungkus kuih. Eh bila intai, ohmaigad! Karipap pusing weh. KARIPAP PUSING!!! Terus macam ba, thank you ba!! Sedapnyaaa. So baba suruh amik 4 biji dari 5 biji yang baba beli tu. Eh takpe, nak banyak-banyak buat apa en? So bagi baba 2, aku 3 biji. 

Ok, ke tempat kerja lah aku. Nasib baik sempat masuk sebelum 830am. Fuhh tarik nafas lega. Pheww~~


Sebelum makan, amik gambar dulu. Bahan bukti. HAHAHA. Rapuh weh, rapuh. Sedap!


Inti yang padat. Wow! Ini baru dinamakan tak kedekut! Penuh, gemuk karipap tu. Weh kalaulah inti dia sardin siap dengan cili api, mesti lagi sedap, marvelous! Nyum nyumm.. HAHAHAHAHAHAHHAHAA ayat aku -.-'

Dah lah. Aku ada dateline untuk barcode. Aku nak sambung buat kerja.
Kenapalah makcik kat corner nak masuk rumah tu tak meniaga waktu pagi? Dia punya sardine roll sedap weh!! Pedas gilaaaa sebab ada cili api!! Haaa teringin..

Monday, February 13, 2017

Good luck pejah!

Assalamualaikum.

Baru selesai semua artworks dan beberapa kerja yang lain. Fuhh harini agak produktif. Tenangkan diri pun sekejap and on time not as usual. HAHHAA. Nampak sangat suka curi tulang. Eh bukanlah, cuma nak rehatkan badan dari duduk, duduk dan duduk tanpa bangun-bangun ni.

Buat masa ni, artworks semua dah selesai dibuat. Tinggal barcode je yang masih tergendala. Ya, masih dalam mood barcode ye kawan-kawan semua. Sampai aku sendiri tak tau bila nak siap. Aku dah taknak tengok barcode ni by puasa. Semoga dapatlah aku siapkan sebelum aku ditanya
You dah buat sampai mana?
Haaa soalan terpaling cepumas sejak aku buat barcode. Dah nak gerun weh bila soalan ni terkeluar dari mulut-mulut orang yang berkenaan. Gila betul. Tapi takpe, aku akan cuba merajinkan diri untuk menyiapkan tugasan ni.

Oh ya, aku baru je mendapat satu perkhabaran (tak pasti khabar baik atau menakutkan) iaitu aku akan kembali bersama-sama dengan team lama aku. Haa poyolah team lah sangat. HAHHA. Tapi yes, aku taip team cukuplah eh. Buat apa nak huraikan kat sini pun? Hehehe. So aku akan start 'duduk' dengan team ni bermula bulan ni. Fuhh sangat gerun ok bila duduk dalam team ni. Bagi aku team ni sangatlah mencabar. Serious!

Tapi takpe, kita cuba lagi. Mana tau kali ni much much better dari mula-mula aku join team ni? KAN?

Ok, aku nak balik dah. 

Bye!

Friday, February 10, 2017

Hokkaido Baked Cheese Tart vs King's Egg Tart

Assalamualaikum.

Hi! Ok malas nak cerita banyak, kita straight to the point je. Tak payah nak lalu simpang sana simpang sini. Araso?

Okay, as korang tau, aku adalah penggemar makanan sedap. HAHAHA. Tak sedap, buat apa nak kecoh, ye dak? Tapi selalunya sedap tak sedap aku tibai je. Tapi bila sedap, haruslah habis makanan tu. Haaa ok, ni dah simpang sikit ni. Kita kembali ke jalan asal.

Kan sekarang musim Hokkaido Baked Cheese Tart kan? Dah lama dah orang bercakap sana, bercakap sini pasal cheese tart and guess what, baru semalam aku dapat rasa. Ingat nak beli semua flavors yang ada which is original, chocolate and durian tapi first time kan? So tak payah mengada nak tamak bagai. Beli dua original, cukup!


Yes, dah selamat satu dalam perut. Okay, pada aku cheese tart ni sedap. Sedap sangat tapi TAPI TAPI tak kena dekat tekak aku. Cheese dia banyak gilaaaaaaaaaaa weh! Boleh membawa kepada muntah berjemaah dalam toilet. Hahahaha. Tapi aku suka tapi aku tak akan makan banyak. Eh nak habiskan sebiji pun macam bercinta. KAHKAHKAH! Tapi puas hati lah. Sedap kan?! See cerita pun pakai simpang sana simpang sini. HAHAHA. Senang cerita cheese tart ni SEDAP!


Haaa cheese dia melekat pulak dekat paperbag. Nampak tu, cheese melimpah ruah weh! Peminat cheese confirm suka gila ni. Hmm tapi bukan aku. Aku senang muak. HEHEHE. Go lah try!


Tetap menjadi pilihan aku selama-lamanya. Hi King's egg tart !! Lama tak jumpa awak. Sorrylah saya dah lama tak pergi King's tu. Tesco selalulah pergi. Nak pergi side King's tu yang bercinta sikit. Muehehehee. Nanti kita jumpa, saya beli and makan awak ok? 

Dah bye!

Wednesday, February 8, 2017

Weekend Getaway - Johor Bahru

Assalamualaikum.

Hi! Well actually takda benda nak cerita sangat pun. Oh yes, weekend lepas, aku pergi Johor! Tidur semalam dekat area rumah-rumah ongkaya. Gilaaa betul jiran sebelah rumah family in law kak Nurul. Bukan sebab dia gila ke apa, rumah dia yang gila sebenarnya. Cantiknyaa. Rumah kiri kanan depan belakang semua cantik masyaallah.

Gambar memang takda sebab sampai je dah petang. Lepas tu terus keluar pergi The Zone and guess what, kiteorang redah hujan lebat gilooooooooooo kau! Habis lencun menggigil semua. HAHAHA. Lepas tu dengan basah-basah ni pergi Econsave pulak. Masuk je Econsave, fuhhh air cond dia jangan cakaplah sejuk gilaaaa!


Eh tiba-tiba dah gambar hari terakhir. Hahahha Sorrylah. Gambar memang stock malas nak ambil sebab nak jimat battery. Sorry gang! Ni lah kawasan rumah yang iolls tinggal semalam tu. Serious cantik. Memang dekat gila dengan The Zone. Oh bukan dekat dengan The Zone je tapi dekat juga dengan Singapore. Depan kiteorang ni ada hmm laut ke sungai ke apa tak sure lah kan tapi yang pasti seberang sana adalah Singapore. Tapi takdalah sampai nampak Singa tu semua. Ehh over lah macam tu.


Ok nampak belakang adik tu? Yes, itulah Singapore. Mungkin ni bahagian-bahagian industri dorang kot? Well aku pun tak sure. Sebab yelah malas bertanya sesat jalan kan? Tapi alhamdulillah tak sesat pun masa dekat sana. Hehehe wow bab melalut, memang kau champion eh pejah -.-

Anw, thanks Kak Nurul dengan Abg Kamarul for the hospitality. Rumah anda, kawasan rumah anda, adalah impian kami. Eh gituu.. So our short weekend getaway went very well. Alhamdulillah.

Wednesday, February 1, 2017

Hello February!

Assalamualaikum.

I'm back people! Eh tapi ni pun tengah cuti ni. Tengah lelepak sesambil cari software berguna untuk kegunaan diri sendiri. Amboii susah gilaaa sekarang nak cari software kat internet sekarang. Menangis aku nanti masuk office sebab nak buat barcode yang hoii banyak lagi ok.

Tapi entri harini bukan pasal barcodes je. Lebih kepada campuran sepanjang aku cuti ni bermula Jumaat lepas. Hahaha. Tapi gambar takdalah banyak mana. Gambar selfie buruk belambak lah weh. Tapi taknak lah masukkan itu. Masukkan gambar lelawa dah lah. Eh lawa ke masalahnya? HAHAHHA!


Dipagi Jumaat, singgah lelepak dulu rumah Opah and aku kinda suka view ni setiap kali datang rumah Opah. Serious. Lawa. Ni amik gambar dalam kereta. And tetiba ada kereta lalu. Potong betullah! Ok masuk simpang kanan.


Hari yang dinanti-nantikan oleh Pakcik. Why?


Selamat Pengantin Baru Pakcik & Cik Izan. Semoga berbahagia. And part of the family. And orang sebelah aku tu dah jadi mak buyong dah woii. CikMan tidur ke tu?? HAHAHA.


Selamat Hari Raya gais!! EH! Hahahhaa aku suka gilaaaaaaaaaaa gambar ni. Seriously. Muka aku nampak cantik sangat. KAHKAHKAHH habislah puji diri sendiri. Okok, nikah setel, now makan time!


Ni bila? Oh Isnin. HAHAHHA baru ingat. Pergi Pantai Remis nak cari kerang, kerang takda. Hahaha. Well bukanlah takda tapi kecik-kecik semuanya. Ma suka yang besar-besar. Senang nak kopek, lepastu isi besar-besar. Lebih berbaloi ok. #tips 

And sesambil tu beli sata lah and lepak kat pondok dekat dengan medan selera tu. Bungkus punyalah besar, sekali bukak alahai kecik je isinya. And ma cakap kat Terengganu punya jugak sedap! And of course lagi puas lah en...


Sesambil tengok pantai yang air tak berapa nak pasang ni.


Ok ni dah cerita semalam, yakni hari Selasa. Ma dengan Busu pergi Jakel memborong kain untuk raya dan uniform sekolah. Aku? Tidur, berborak, scroll Twitter, berborak lagi, makan dan melawat kawasan dengan Kak Nana. Haa melawat kemana? Belakang rumah je. Tengok ayam-ayam kampung ni. 


Ma balik dari Jakel, ma buat bubur jagung. Hoii sedap ok. Hari Isnin bubur Pisang dengan tepung dan nangka. Fuhh nikmat semua ni. Alhamdulillah. Aku happy! HAHAHA


And ni memang panas lagi dari kuali dapur. Pagi ni punya cerita. Baba suruh buat lempeng pisang since pisang banyak ma beli. So first time lah buat lempeng pisang. Sedap. Eh sendiri puji? HAHAHA. Tapi tawar sikit. Bolehlah... #tips kena minyak banyak dan api kecik. HAHA kemain ada tips bagai. Podah lah pejah -.-'