Thursday, October 10, 2013

AF2013 - Aisyah Aziz (Week4)

* Iklan tidak berbayar nak lalu sekejap *

AFUNDI3/5/10/20AISYAH dan hantarkan ke 32777

Konsert yang berlangsung secara langsung di Perkarangan Astro Gempak memang satu idea yang bernas. Walaupun aku tak pergi sana dan hanya mampu tengok live dekat tv tapi aku dapat rasakan yang crowd di JB sangat happening. Yelah selalu buat dalam auditorium, so kapasiti tempat terhad. Jadi feel pun lain.


Minggu keempat, Hanya Aku dari Hyper Act menjadi taruhan Aisyah untuk bersaing dalam Konsert Akademi Fantasia. Alhamdulillah dia berjaya bawak lagu dengan cara dia yang te tersendiri walaupun aku tetap rasa Iris lagi bagus. Dan buat pertama kalinya, Roslan Aziz suka dengan persembahan Aisyah. Syukur alhamdulillah. Akhirnya kan.

Drama dengan AF memang tak dapat dipisahkan. Seperti mana AF yang lain, AF2013 juga tidak terkecuali terbabit dalam 'drama' AF. Kali ni dibintangi oleh Aisyah, Suhada dan Aliff Aziz. Hmm bagi aku, AF tak patut gunakan mereka sebagai alternatif untuk mencari publisiti. Maksud aku, tak payah suruh Aliff mengamuk sakan dalam AF tu untuk tunjukkan dia sayang adik dia. Hmm memanglah dia abang dan ingin protect adik dia tapi bukan tu caranya.

Aku sebenarnya setuju dengan tindakan Aliff tu. Rilek eh. Bukan tindakan serang secara melulu tu, ha itu memang aku tak setuju. Tapi nasihat Aliff untuk Aisyah, itu aku suka. The way dia ingatkan Aisyah apa aim Aisyah untuk masuk AF. Yelah, aku tengok asyik memain je dorang ni. Kita (eh ke aku je?) yang tengok macam risau, takut dorang hilang fokus. Harap-harap taklaa. Sebab sayang kalau dorang hilang fokus. Beribu orang datang auditions weh. Kalau bebudak AF ni main-main, haii rugilahh.


Juri-juri mengatakan ada lagu yang sesuai dan tidak sesuai dengan pelajar/bintang ini tapi ini kan Akademi Fantasia, kenalah sahut cabaran! Walaupun ini sticky post untuk Aisyah tapi nak tahniah kepada Indah sebab dia berjaya untuk buat lagu Putih-Putih Melati tu sebagai lagu dia sendiri walaupun rata-rata mengatakan lagu tu tak patut dipertandingkan. Hehe.

Lagu untuk minggu kelima :)

Ada Apa Dengan Cinta - Melly Goeslaw

Jom semua pakat-pakat AFUNDI Aisyah ^^
AFUNDI3/5/10/20 AISYAH dan hantarkan ke 32777

#TeamEsah #TeamAisyah #Aisyahaf2013


.

KONSERT MINGGUAN

Setiap Ahad - 9 Malam

AF BUZZ, DIARI AF DAN TGIAF

Setiap Isnin hingga Jumaat – 9 Malam

No comments:

Post a Comment