Sunday, March 17, 2019

Sunday, sunny day!

Assalamualaikum.

17/3/2019 - semakin jarang update blog. Kekangan masa yang sangat mencemburui kitaaaa. Fuhh gittewww ayat sekali sekala bermadah helah dalam blog. Korang patut kesian column aku lagi dekat Thread. Dah berbulan tak update. Bukan takda idea, ada. Tapi sekali lagi, waktu tu takda. Kerja, keluarga, diri sendiri, eh macam-macam. Tapi ni bukan alasan sebenar. Alasan sebenar aku adalah aku malas. AHAHHAHAHAHAHA 

eh kami dah tau lah pejah


so? nampak aku kisah? HAHAHAHA aku malas and betul-betul takda masa
kata pejah kepada suara-suara itteww

Tapi takpelah, aku cuba untuk update satu article untuk bulan ni walaupun shipments back to back sampai April weh 😅 Untuk shipments kali ni, aku berharap sangat aku buat paling the best. Takda salah sikit mahupun salah banyak. Takut? Cuak? HARUSLAH! Perasaan tu wajib ada untuk setiap kali shipments 💪

Ok, basically aku just nak share apa aku tengah buat sekarang. Ye, sekarang, dihari Ahad yang panas terik ini. Hehehe.

Aku baru lepas recap semua vlog Ain Edruce. Sekarang pulak tengah tengok Di Balik Idola - Erra Fazira. Beliau cerita first time pergi audition, ketaq tangan pegang skrip. HAHAHAH weh aku pernah lalui pengalaman tu. Memang menggigil tak ingat. HAHAHHHA

And pagi tadi, sepanjang jalan ke Kuala Selangor, aku dah tengok semua videos konsert Dato Siti. Suatu hari nanti, aku nak pergi konsert Dato Siti. Yes. Forever idola dari kecil lagi 💗

Apa lagi aku nak share? Hmm.. oh yeah, berat aku taknak turun gaiss. Sigh. Mungkin sebab aku tak exercise and jaga makan. Wahahahha siapalah suruh makanan tu sedap sangat.. I is stress. Dalam kepala aku, macam-macam nama, jenis makanan sekarang. Ya, sekarang. Tengoklah gambar-gambar dibawah ini.. 

  Brownies

 Ladoo - always and forever favourite

 Kek Pisang - always favourite

 Gyudon - Haa teringin

 Popia Sira by Busu. Ya ampun teringin jugakk ..

Coconut Shake - Bukan favourite tapi gigih cari masa pergi Melaka haritu.
Bubur Merah - forever favourite 
Nasi impit kuah kacang - haaa favourite jugak

Haaa semua lah nak favourite kau ni pejah. Tapi actually banyak lagi yang aku teringin. Salmon, cendol, sushi, bubur nasi.. eh semua lah makanan kat muka bumi ni. 

Pastu gemuk, berat naik, kau kecoh. Kau pahal pejah? 😒😒

Thursday, February 21, 2019

to YOU ✌

Assalamualaikum.

Aku sebenarnya tak berapa faham kenapa ada lagi manusia yang suka sangat sibuk hal orang lain walhal hal dia sendiri pun tak terjaga. Nak jugak jaga hal kain orang lain. Apa kain korang tak cukup lagi ke korang nak belek? Heh betul!

Yang suka sibuk hal kain orang tu, dah satu hal. Yang tak puas hati, yang iri hati, yang kirim-kirim "barang" tu, haaa lagi satu hal. 

Eh apa masalah korang weh?

Ya ampun, punyalah aku tak faham kenapa masih wujud manusia macam ni. Kau mesti extra gembira kan kalau iri hati dekat orang lain? Move on guys. Korang bukan dapat apa-apa pun kalau korang berperangai macam ni. Bertambah sakit hati adalah. 

Tak boleh ke kalau korang mendoakan yang baik-baik dekat orang lain? eh bolehkan?

So what's the point actually? Tell me people?!

Aku takdalah baik sangat tapi aku bersyukur sebab aku TAK dikelilingi dengan orang-orang yang macam ni. Uishhhh stress hidup aku kalau orang-orang keliling aku macam ni. 

and to you, aku tak kenal kau dan aku tak nak kenal kau pun. tapi tolonglah, tak payah doakan yang buruk-buruk pasal aku, pasal kiteorang or pasal sesiapa saja. tuhan tu kalau nak bayar, cash beb. takda pakai tol. so jaga mulut, jaga diri and jaga peribadi ✌

Happy Thursday korang!

Friday, February 8, 2019

Trip Melaka yang Pertama untuk 2019 !

Assalamualaikum.

Trip yang pertama ke Melaka untuk tahun 2019. Kenapa pertama? Korang pasti tau kalau korang adalah regular viewer aku. Kalau baru, eh silalah baca entri yang lepas-lepas ye. Hehehehhe.

So trip seterusnya bakal menyusul. Ura-ura tu aku dah dengar! HAHAHAHAHA

Anyway, untuk CNY kali ni, aku cuti seminggu weh. Lama bukan? Sekolah Zikri dengan Adik pun sama jugak. Seminggu cuti. Baba je start hari Selasa. Achik? Hey! jangan ditanya yang sorang tu. Dia tu bila nya cuti pun aku tak tau. Kerja je, kaya tak jugak 😑

Oklah, sampai je around 10 atau 11am, Selasa. Datang dua keluarga yakni family aku and busu tapi busu tak tidur lah. Family weolls je tido sampai Khamis. Lawatan pertama sejurus sampai ke Melaka, Negeri Bersejarah tu adalah Structure of A'Famosa. Selama aku datang Melaka, ini adalah first time aku naik bukit tu. Haaaa dengan cuaca panas, ku gagahi juaaa..



Sebelum daki ..


Akhirnya berjaya ...


 Lepas dah daki, terus check in hotel. Bebudak ni follow sebab nak swimming je. Lepas swimming semua laparrrr. Dorang mandi, aku busu ma dengan baba, kiteorang pergi Mydin. Beli segala jajan lah, nasi lah. Balik je hotel, semua kerumun laparrr. Heheheh. 
  

View dari bilik hotel. McDonalds betul-betul dekat dengan hotel. Jalan kaki pun boleh. Hari terakhir baru aku jejak McD sebab adik nak breakfast Happy Meal katanyaaa ..



Ni pulak view dari swimmiing pool. Jangan ditanya mana adik, dia ada je diantara dua pool tu. Nampak atau tak je HAHAHAHHA. Dia dah masuk pool, terus lupa diri. Dah lapar, baru reti keluar -.-


Breakfast hari kedua.


Hari kedua di Melaka. Mission adalah mencari baju batik. Hari ketiga baru tau yang kedai ma dengan baba aimed tu operation hour dia tak tentu. Agak-agak dia nak bukak jam 10am, yaa dia bukaklah. Kalau nak bukak jam 3pm, jam 3pm tu lah dia bukak. Haishh ma baba and orang-orang kat situ semua cakap baju dekat kedai tu cantik-cantik. Tapi tulah takda rezeki. Haa that's why trip seterusnya bakal menyusul 😜

Lepas dari tu, kiteorang pergi A'Famosa Outlet pulak. Habis membeli belah dekat situ, ya ampun ramainya ya rabbi, kiteorang balik hotel pulak. 



Petang tu terus ke Umbai untuk seafood yang vassvass ittewww 😊 


Nampak tak tu muka kekenyangan? Balik tu rasa macam nak berguling je ke kereta, Tak sanggup nak berjalan dah. Senak weh perut. Heheheheh makan tak ingat dunia. Siapa suruh? Lepas tu rasa menyesal, makan banyak sangat. eee perangai pejah sekarang =__=



dan lihat siapa ittewww?
YES! Farah and Afiyah in the hotel ! Dekat Melaka jugaklah jumpa kan? HAHAHA. Last jumpa Farah bila entah lupa. Masa tunang haritu dia tak datang sebab baru seminggu bersalin. Fiya pun dah besar .. 😘

Maka berakhirlah percutian tahunan ke Melaka pada kali ini. Jangan risau, seperti mana yang telah diuar-uarkan pada awal entri, trip ke Melaka akan menyusul lagi. MUAHAHHAHAHAHAHAHAHAHA yang itu aku tak pastilah aku ikut ke tak 😄

Tuesday, February 5, 2019

Live Update from Malacca !


Kusut.

Assalamualaikum.

03:35 am and I couldn't sleep. sigh. Macam-macam dalam kepala, I guess? 
Kejap ok, kejap terlelap, kejap menangis..

eh dah kenapa? time is not coming yet. whyyy? AKU PUN TAK TAU. Aku cuma rasa aku ada benda yang berlegar dalam kepala sekarang and how I wish I have someone yang aware dengan kekusutan ni. haishh inilah benda paling aku tak suka. Sebab once aku kusut, timing tidur aku memang lari teruk punya. Tengoklah, almost 04:00 am, aku masih segar lagi.

Aku stress kot tapi tak tau pasal apa. Jap, mungkin aku tau tapi entahlah, adakah sebab itu aku jadi macam ni atau pun sebab lain? haaa see, aku memang tak tau. 

Hmm, aku nak kena tidur jugak kalau tak esok dalam kereta aku mesti menguap non stop walaupun bukan aku yang drive. me don't like. 

By 05:00 or 06:00 am, aku dah kena bangun. Semoga aku boleh tidur dengan aman.

Good night?!

Sunday, January 27, 2019

Ahad!

Assalamualaikum.

Empat hari lagi sebelum masuk bulan baru. Bulan yang paling banyak cuti I guess? CNY je, company aku cuti 2-10 Feb. Korang cuba cakap apa aku nak buat cuti lama-lama tu? Oklah, walaupun dah ada plan, but I rather masuk office lagilah. HAHAHHAA. Aku kan acah-acah macam busy gilaaaa 😏

So Ahad aku sangat produktif ye. Pagi dah teman ma dengan baba pergi pasar Pudu. It's been a while. Selalunya ma baba pergi berdua and then lepak ngeteh kat mamak Jalan Tar. Produktif bukan? Hehehe. Pastu ma masak bubur pisang nangka dengan tepung tu, alaaa aku tak tau nama dia. Tapi kalau ma masak bubur ni, selalunya aku amik tepung tu jelah. Dia macam sedap gila. Eh bukan macam but indeed sedap gilaaaa woii 😋

Lepastu .... aku cuba tidur. AKU.CUBA.TAPI.TAK.BOLEH.

Sekarang aku tengah nak siapkan artwork and pricelist #mamatannoying1. Aku dapat bayangkan ada lagi yang akan kuterima lepas selesai ni. #mamatannoying1 memang suka bagi kerja secara berperingkat. Ku redhaaa jebat! Aku plan, by Jumaat sebelum jam 12 tengahari, semua kerja settle. Aku nak cuti secara aman dan damai. Aku nak menikmati coconut shake and waterpark lepas tu. Hhehehe.

Tak sabar nak pergi waterpark !!! 💃




Aku actually suka gambar ni tapi aku tak puas hati kenapa muka aku blur ?!!! Why?!


Dah lah, aku nak sambung buat pricelist. 

eh jap! aku macam dah lama tak post gambar makanan-makanan yang awesome kan? Ada ok. Bukan takda gambar tu. Tapi aku malas nak transfer gambar-gambar tu. 😑

Thursday, January 24, 2019

Setengah Hari ..

Assalamualaikum.

Pada suatu hari yang indah, dimana tiada adik-beradik lain yang ikut ma dan baba pergi pasar. Best jugak perasaan tu. HAHAHAHA. Yelah, selalunya satu team weh ikut. Rasa macam anak tunggal sangat 😎


Sementara tunggu cik Halim dengan cik Ina sampai, kiteorang lepak mamak dulu. Breakfast lagi. Jarang sebenarnya aku order roti bakar tapi entahlah tetiba tekak rasa nak makan roti bakar pastu bila dah habis, rasa tak kenyang tapi takut nak double tripple order lagi. Hahahhaa. Malu lahh. I kan acah-acah jaga badan padahal elok je melantak non stop 😀

Dan aku tak pasti hari apa. Eh ke petangnya tu (hari yang sama)? Ma buat cucur udang. Wow mantap ok. Aku bukan penggemar cucuk udang tapi yang ni aku tak boleh elak! Aku makan non stop. Sedap gilaaaa.



Lapar.

Wednesday, January 23, 2019

Family Day @ Jeram

Assalamualaikum.

Hari Ahad lepas, ma's side ada buat family day dekat Jeram. So kiteorang bertolak dari rumah jam 9 pagi dan sampai around hmm lupa! HAHAHAHHA tapi sampailah of course..

dan biasalah Pejah, makanan dan beliau memang susah nak dipisahkan WALAUPUN sebelum sampai dah makan dulu dekat rumah. HAHAHAHAA.


Dimulakan dengan mee rebus kesukaan si Pejah. Aku bukan penggemar mee rebus tapi mee rebus ni dikecualikan sebab ia sedap sangat! Aku tak sangka dapat makan lagi mee rebus makcik aku ni. Fuhh. Oh ya, abaikan taugeh yang selambak tu. Ehsan dari Busu yang tak gemar taugeh 😑


Brownies kesukaan si Pejah lagi. HAHAHAHAHHAHAA


Iman Najwa ft Pejah si kuat makan dan Kakna


Ok, adalah tidak adil kalau aku membiarkan perutku hanya diisi dengan mee rebus. Tak adil bukan? Ya aku tau. Maka dengan itu, marilah kita bangun dan ambil pinggan dan seterusnya meletakkan nasi serta kuah asam pedas dan tomato dan ayam goreng dan sayur goreng ke atas pinggan. Lepas tu semua macam bukan kau dah makan ke? 😒


KakNa yang susah nak bergambar 💃


Oh yeah, Achik dengan Adik tak follow sebab kerja and ada latihan bola. Oh Hi Iman!


Semakin galak pejah wefie sekarang 😊


📸 si Pejah


Sekian dari kasut baru. HAHAHAHAH 💋

Tuesday, January 8, 2019

Gedik's 10th Birthday !

**Birthday Shoutout**



Happy 10th Birthday to Faiz Aziz !

Hadiah tak sampai lagi eh tak beli lagi tapi dah selamat belanja makan kan kan kann.. Alaaaa wish pun tak payah panjang berjela lah kot sebab rasanya Adik tak tau pun kewujudan blog awesome kakak dia ni. Yang dia tau sekarang adalah INSTAGRAM.



nah, korang boleh click je gambar atas ni untuk follow beliau 😊

Dia bagitau semua orang yang dia ada account Instagram tu. Hahahahah. Followers bertambah, kecoh dia macam dapat duit dari langit. Excited dia lain macam.

Ingatkan excited main bola, barang-barang bola je. Kini tidak lagi !



Breakfast sebelum hantar dia latihan bola masa cuti sekolah haritu. Kemain selera budak gedik ni sekarang. Tapi takpe, makan takda hal. Jangan dia mintak mainan dekat aku, haaaaa flying kick aku bagi bukan sekick, haa berkick-kick aku bagi nanti. Hahahha

Semalam dia dah call FANS untuk request hadiah. HAHAHAH sesukahati dia je. Memang tak segan betullah budak ni 😏 yang FANS suruh request dekat aku. Haaa memang taklah awak nak dapat apa-apa wahai adikku. HAAHAHAHHAHAH. Kalau dapat tu, andalah insan bertuah. HAHAHAHAHAHHAHAHAHA lagi.

Dah lah, banyak sangat ni merepek. Kata tadi nak buat entry pendek je. heh betullah kau ni jah. But anyways, kakak harap awak semakin power main bola supaya awak boleh wakil team fav awak tu. Entahlah hang ni dek, bola fav kalah pun boleh menangis. So drama!

Happy Birthday My Gedik Brother 💖

updated.


Birthday adik, ada bakar-bakar dekat rumah Opah!

Monday, January 7, 2019

Launch of THREAD Malaysia Magazine 2019 Contributors

Assalamualaikum.

Happy 2019 guyss! Sementara masih dibulan baru, nafas pun kena baru, udara pun baru, baju je tak berapa nak baru sangat. Hahahah. Eh kasut baru ada tapi segan pulak nak pakai. Muncung dia tu, kalau kenalah kat sesape, boleh meninggalkan kesan yang mendalam weh. Tajam gila! pelik, kenapa masa beli, aku tak perasan ketajaman muncung tu? hmm..

So, as far yang korang tau, Thread Malaysia baru je officially announced the contributors. Jadi, ini adalah tahun kedua aku collabrate dengan Thread Malaysia yakni dulu nama dia adalah Zcoop by Zalora. 


Nah, korang boleh baca in details. Just click sini --> Launch of THREAD Malaysia


And hey, it's me! Ya ampun, remember aku ada bagitau yang aku tak sempat nak selfie dengan 1st outfit masa photoshoot haritu? Yes, inilah outfit tu! Lawa and semuanya size S uollsss 😎 Aku pun ada sedikit hairan macamana aku boleh fit in dengan size tu. Tapi baju lain semua tak muat. HAHAHAHAHAHHAHAHA so sad lah you pejah -.-

and korang boleh baca macamana aku boleh terjebak dalam dunia penulisan
dekat sini (wow dunia penulisan okehhh!!) --> Faizah Azmi

Untuk Januari, aku takda any article lagi untuk publish sebab aku kekangan masa yang sangat dasyat. Terlampau sibuk dengan diri sendiri. Tajuk tu dah ada, point pun dah ada. Cuma belum submit, belum finalised dan belum semuanya. So aku taknak hantar lagi. Hmmm..

Tapi aku akan cuba, cuba dan terus mencuba untuk mengupdatekan diri dengan article baru. Hehehe. Biasalah, kadang-kadang aku memang sibuk. Kadang-kadang tu sajaaaaaaaaaaa buat-buat sibuk 😏



Love.