May 28, 2019

Gembira & Sedih sepanjang minggu 😅

Assalamualaikum!


Kalau takda aral melintang, next week kita rayaaaaa. Aku macam biasa, mood raya tu tak pernah sampai awal. Sipi-sipi selalu lah ada. Haissss.. Baju raya aku 3 pasang ye tahun ni. Tinggal baju untuk 1st raya je masih dalam proses menjahit agaknya. Ke dah siap? Entahlah. Aku tak kisah sangat. Janji aku ada baju. Hehehe. Mudah bukan? 

So last week, lepas ma baba membeli belah di pasar dengan pelbagai jenis haiwan untuk bekalan rumah sempena bulan puasa, raya dan juga selepas raya, kiteorang telah join ma baba untuk buka Aeon pulak. Serious weh, gate belum bukak tapi kiteorang dah terpacak kat luar tu. Demi keriangan berganda-gandaaaa.. Shopping baju raya untuk adik and the cousins. Aku nak beli jugak tapi macam biasa, dengan kaki yang serupa gajah ni, yaa macamana mau dapat design yang berkenan dihati.. Nasib baik aku dengan FANS sama size. Phewwww ~




Ni actually kasut lelaki weh, kat Bata. Hahahah saja try. Longgar lah pun sebab bukan size tapi selesa tapi nipissss. Eh aku tak beli pun. Kan dah bagitau saja nak try. Ishhh.

Ok, malam tu pulak, aku finally selepas 10 tahun, aku berbuka dengan bestfriends. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk jumpa dorang yang mana last aku jumpa Dec tahun lepas masa aku tunang. Pastu "jumpa" dekat instagram, twitter je. Heh betul. Padahal rumah dekat je pun. Kekangan masa pastu semua ada life sendiri sekarang. 


Hmm sebab ni last minute makanya Zera tak dapat join. Dia buat facial dengan adik dia. Muka dia semakin lawa. And kiteorang akan jadi aunty soonnnnnnn. Teyka bakal bertukar pangkat menjadi mommy to be tahun ni. Alhamdulillah. Tak sabarrrrr..

pic credit : Erin

And I met my future sisters tooooo, Erin & Syaz. Sepanjang ramadhan, Syaz ada show dekat Philea. So yeahh. And macam biasa, tanpa bantuan Betty, aku memang takkan amik gambar sendiri ye. Aku boleh bayangkan if Bet ada, dia mesti "weh cepatlah amik gambar!" "kau jangan mengada boleh tak?" dan pelbagai lagi. Yaa aku dah faham dah dia tu. HAHAHAHA

Dan semalam, aku memang kepenatan tahap terpancar dimukaku .. Few orang tegur tapi aku rasa muka aku ok je. Kat rumah, Zikri tegur jugak siap suruh aku pergi tidur. Tapi aku sebagai kakak yang rajin SANGAT, aku tolong dia kopek kerang -.-

Oh sebelum tu, sebuah (?) pinggan telah terjatuh atas jari kaki aku lalu membengkak dan berdenyut tanpa berhenti ya. Memang jalan terhencot-hencotlah aku harini sampai dia ok. Haisss nak raya ni weh. Teringat dua tahun lepas, aku accident seminggu lagi nak raya. Sedih.

And gais, aku dapat hadiah birthday awal sangat dari ma and baba lah opkosssss. 


cuci yang lama, terus dapat baru. Heheheh thank you ma, baba 💕


 And masuk office, dapat kuih raya. With my favourite cashew nuts on top, Thank you, HR !

No comments:

Post a Comment