Friday, November 28, 2014

Carbonara Macaroni

Assalamualaikum.

Pagi yang indah dan mengenyangkan. Hehehe. Bangun pagi terus lapar sebab malam tadi sebelum tidur makan pizza dua keping. Tu lah, sape suruh bau pizza tu masuk dalam bilik? Kan dah lapar. Lepas tu, sambung tengok drama, pastu mengantuk. Bangun, lapar!!

Pagi-pagi memang aku direct terus pergi rumah opah. Jaranglah aku direct terus pergi office unless kalau aku dah lambat menggila. Tapi tadi sampai 7.30am, so singgah beli nasi lemak lerr. 

Sampai rumah opah, okay, opah dan semua orang dah beli breakfast. Takpe, aku makan jugaklah. Opah suruh makan dua bungkus. Okay, sebungkus je aku makan sebab Busu suruh makan dia punya breakfast pagi ni. Baiklah.

Busu masak Makaroni Carbonara weh!! Secara jujurnya, ni first time aku makan carbonara. Okay sedap jugak. Rasa macam sup cendawan kat pizza hut tu. Ni kalau ada garlic bread, mesti lagi sedap vavavoooom kan? Tapi takde. Heheh.


Dan pagi aku sangatlah kenyang dengan makanan. Busu kata boleh kenyang sampai petang. We will see adakah AKU akan kenyang sampai petang? Hahaha.


p/s: aku harap lauk ikan kat rumah ada lagi masa aku balik nanti. tak puas makan semalam T__T


Dah, aku nak buat kerja. Esok Can't Stop concert kat Nanjing. Break a legs, Our CNBLUE. Kbai.

Friday, November 21, 2014

REVIEW: 4U2 Dreamgirl Sweet EyeLiner Pencil

Assalamualaikum.

Another review untuk korang yang memang cintakan eyeliner! Aku tak cakap ini adalah fav brand tapi yang pasti aku ada few jugak barang dari brand ni. Just love it ♥ So seperti yang aku uar-uarkan tadi, ye aku akan review eyeliner pulak kali ni. 

Dalam banyak-banyak make up stuff, eyeliner is must! Sebab mata aku tak berapa nak galak sangat kan. Pastu nak acah-acah sepet lah jugak macam adik. Haha. Rilek jangan kutuk-kutuk. Nama pun bergurau kennns :p

So inilah dia 4U2 Dreamgirl Sweet Eyeliner Pencil !!

 

Nama pun dah sweet, apa tah lagi orang yang memakainya. Tak gitu kawan-kawan? Hahah. Aku dapat ni bulan Ogos dan baru sekarang aku review. Kenapa? Sebab masa tu, aku nak tengok sama ada okay tak produk ni dengan mata aku since mata aku ni macam sensitif sikit.
 

So far dah hampir tiga bulan pakai, alhamdulillah eyeliner ni masih ada dalam simpanan aku. Which means, aku tak buang and produk ni serasi dengan mata aku. *tarik lafas lega* Fyi, eyeliner ni tak waterproof dan tak kekal lama tau. So korang kenalah selalu touch up bagi mengelakkan mata korang nampak tak bermaya. Jadi kenalah sentiasa touch up bagi mata tu nampak bersinar-sinar macam ada diamond gitu. Heheh. 

 

Jadi, kepada penggemar makeup, korang boleh dapatkan barang ni dekat HiShop. Jangan risau, produk yang aku review mesti harga mampu milik punya. Korang pun akan terkejut tengok harga eyeliner ni. Hehe. Dan aku rasa brand ni takda jual dekat kedai atau ada eh? Hmm aku tak pernah nampak dekat mana-mana lagi selain HiShop. Jadi nak tak nak, korang kena log in dekat HiShop jugak, okay?


Anything, korang boleh check it out dekat HiShop , okay?

Selamat membeli belah korang!

p/s: free samples tengah in stock. Apa lagi yang korang tunggu tu? ^^

Thursday, November 20, 2014

Banjir. Jaga nyawa anda!

Assalamualaikum.

Macam biasa, aku tengah free ni. Jadi molek ler aku update apa-apa untuk aku menghilangkan rasa bosan dihati. Hahah! Okay, baru pukul 9.40 pagi tau tapi matahari dah tegak atas kepala. Mak aii, panas gilaa! Mata aku pun pedih-pedih lagi ni. Bila nak baik tah. Hmm..

Cuaca lately tak menentu. Kejap panas, kejap hujan. Terengganu dah teruk dah. Kesian orang-orang kat sana. Sabar ye korang. 

Memandangkan Zera dengan Teyka belajar kat UMT, jadi hari-harilah si Zera ni update kat Twitter perkembangan kat kawasan UMT tu. Aku macam wow! Teruk gilaa!! Dan harini baru dorang dapat cuti. Suka letteww dapat balik tanah air? Huhuh :p

Embedded image permalink 
 18 November 2014 (6.35pm)

Embedded image permalink
 18 November 2014 (9.27pm)

Dan gambar bawah ni paling latest. Pagi ni kot? Sebab Zera update pagi ni dekat Twitter. Teruk oii banjir. Harap orang-orang kat sana sabar lah ye menghadapi dugaan ni. Korang semua hati-hati tau. Ingat nyawa tu lagi penting. Nyawa tu takda jual kat mana-mana pun. So please take care of your life

Embedded image permalink
20 November 2014 (9.17am)

Tuesday, November 18, 2014

Font besar. Marah ke?

Assalamualaikum.

Okay, back to normal font. Pening aku tengok font besar kedabak. Kalau satu-satu okay lagi. Ni habis satu page, pening pening. Ingat nak tukar selera lah, kasi besar sikit. Sekali amik, terus pening -.-'

Aku tengah ada kerja ni tapi tak banyak sangat pun. Ni pun sesaja nak update lepas betulkan balik font tu. 

Gambar makanan? Ada. Tapi gambar asam jelah. Heheh. Elena bagi pagi tadi.

Embedded image permalink

Asam ni lah Elena bagi. #NoFilter okay :D

Okay, aku nak sambung kerja sikit. Nanti kalau aku dah start membosan, aku check in sini lagi. Tapi kalau aku rajin sangat, aku update lah lagi. Kalau tak, mintak ampun, maaf dipinta lah ye. Hiks. Babai.

Monday, November 17, 2014

Cuaca tak menentu. Ayam golek & Kastart Jagung menjadi mangsa?!

Assalamualaikum.

Hi korang. Aku tengah free menggila ni. Dari pagi takda kerja. Eh jap, ada kerja tapi dah siapkan pun sebelum aku online benda-benda ni semua. Jangan risau. Ni dah sampai kes aku dah bosan tahap nak cari katil, pap, terus tido. Ahh nyaman weh ~

So aku belek gallery kat phone, amagad! Ada gambar ayam golek , jadi moh ler aku share dengan korang. Actually ada banyak tapi photographer tak bertauliah tu macam taknak bagi kat aku je gambar nya? So nasiblah ada gambar ciput je kat phone. Hahah.

Kejadian pada hari Jumaat lepas, yakni lepas Isyak di sekolah ma. Ada majlis doa selamat sikit untuk bebudak darjah 6. Tahniah adik-adik ^^

Okay, kita mulakan dengan ayam golek yang omagosh sedap gila tahap kau nak duduk depan tray hadap sorang-sorang!! Hahaha tapi aku tak buat macam tu since aku tak dapat rasa pun masa kat sekolah tu. Habis! Sold Out! Elek!!
 

Antara dessert untuk malam tu ialah agar-agar pandan (rasanya), tembikai, apam pastu apa tah. Okay, semua tu aku takda amik gambar pun. Sebab? Mata aku dah tertumpu dengan fav sepanjang zaman! Kastard jagung !!! Sedap gilaaa aku cakap!! Manis. Tak tawar dan aku suka ni. Lepas ni, kalau ada majlis, mohon cikgu ma buat lagi ye. Hehe ^^


Tamatlah sudah sesi pembentangan makanan fav iolls. Hahaha! See, aku dah bagitau awal-awal yang fav je akan aku amik gambar. haha!
 


Sate pun ada malam tu. Tapi sebab banyak lebih, bawaklah balik. Dan itulah sarapan aku adik beradik. Memang tip top vavavooommmm! Lembut nak mam! 

Maka berakhirlah sesi gambar-gambar makanan yang aku saja layangkan kat korang tengahari yang tak berapa nak tengahari ni. Since cuaca tak berapa nak bagus, mata aku dah start pedih since last week. Harap takda pape lah sangat. Malas aku nak pergi klinik bagai ni.

''Berhati-hatilah di jalan raya.''


Pesanan khidmat ringkas ini dibawakan oleh ;


Ayam golek sedap.

Friday, November 14, 2014

REVIEW: 4U2 Dreamgirl Twist and Shout Full Colour Lipstick

Assalamualaikum.

It's time for some product review. Sorry sangat sebab dah lama tak review. Bukan apa, takda masa. Since ni tengah free, dan ada gambar, moleklah kita review barang yang kita dapat ni. 

Inilah dia 4U2 Dreamgirl Twist and Shout Full Colour Lipstick! Amagad! Korang mesti tak percaya yang aku akan review lipstick kan? Hahaha aku pun! Tak pernah imagine pun. Thanks to HiShop.
 
 

Since aku dah pakai lipstick ni dah .. hmm aku lupa bila aku start pakai. Lama dah rasanya? bagi aku lipstick ni tak meninggalkan kesan pun dekat mana-mana. Dan lipstick ni tidak kekal lama dibibir ye. So memang kena standby lipstick ni dalam poket/bag sentiasa. Senanglah nak touch up. Dan aku bukan manusia yang gigih nak touch up sentiasa. Kalau rajin, ye aku buat. Kalau datang perangai malas aku, nan ado aku nak buat semua tu. Haha.

Sampai ke harini, lipstik ni masih ada lagi. Sebab aku jarang guna. Aku pakai kalau rasa nak pakai, since bibir aku kering. Kalau korang nak try warna ni, korang boleh click link ni 4U2 Dreamgirl Twist and Shout Full Colour Lipstick No 05

So selamat mencuba dan membeli belah korang! Oh jangan lupa pilih freegift jugak okay? Aku nak feeling Dato' Siti so aku pilih Dermagic. Memang magic uolls! Kekeke. Untuk bulan ni, aku tengok freegift sample tinggal dua produk je lagi. Cepat!

Kbai!

Thursday, November 13, 2014

Malas.

Assalamualaikum.

** sedang fikir apa yang nak ditulis **

Bahahahha semalam satu hari aku fikir apa nak tulis. Serious aku tak tipu. Dua ayat atas ni aku tulis semalam kot. Pastu aku terus malas nak update apa-apa pastu macam bz lah. Pastu lepas lunch aku dah free menggila sampai balik. Tapi aku malas nak update. Kehkehkeh!

Hahah dan ayat atas ni jugak aku karang pagi tadi. Sekarang dah nak 2:30 pm, aku baru sambung perenggan ni. Hahah gila sibuk aku. Seriously aku memang sibuk lately. Tapi aku dapat siapkan kerja awal lah selalunya. Kiranya sebelum balik 6:30 pm tu, aku dah bergoyang kaki baca news semua. 

Aku tak bz sekarang tapi aku memang takda benda nak cerita. Since mata / kepala aku tengah bayangkan bantal dengan tilam dengan katil dalam bilik je. Mengantuk weh.

Oklah, aku nak pergi print out kejap. Kalau aku rajin, esok adalah update. Kalau tak, macam biasa, berminggu lagi baru aku update, okay?

Bye.