Monday, April 15, 2024

Day 1 - 5 Rayaaaaa

Assalamualaikum dan SELAMAT HARI RAYA!

Terasa kejap sangat, tau-tau dah hari yang ke-6 kita semua menyambut lebaran. Macamana cerita lebaran korang? Mine, HAHAHAH unplanned, stress and rabak πŸ˜‚ Penat tu pasti tapi layankan jelah kan. Marilah kita mulakan bercerita. Tak sure details ke tak tapi based on gambar lah. Gambar pun tah apa-apa je ni. Hehehhe

  

Ok sebelum bergerak balik ke Kulai, pergi carwash dulu, kereta pun dah macam bukan kereta. Hahaha. tulah padah cuci bila perlu. heheh. Malas weh nak menunggu kat carwash. hehehhe. So around 1.52pm, kiteorang baru bertolak. Jalan clear jugak petang tu walaupun banyak kereta. Sampai rumah sebelum berbuka. oklah tu, FANS pun memang plan begitu sebab sepanjang ramadan ni, dia tak berkesempatan nak balik berbuka dengan mamayah,

      

SELAMAT HARI RAYAAAA!
dari kiri atas: menunggu, setup, 
dari kiri bawah: selesai, final gambar

tbh, aku suka gambar selesai dari final HAHAHAHHA


Lepas magrib, kaklong and AbgF ajak makan luar sebab memasing tak lalu rendang, lemang ketupat semua tu. Jadi ke Marrybrown lah kitaaaaaa ... pastu biasalah Faizah kan, dia manalah boleh sejuk sangat, batuk semput dan diakhiri dengan muntah. sekian 
-_-"


Raya kedua ke Bukit Gambir, beraya rumah sanak saudara FANS. Kiteorang dapatlah pergi dua buah rumah sebelum ayah decided untuk ke Melaka untuk tidur semalam 😬 Sampai Melaka around 7.30pm macam tu. Lepas check in terus pergi Aeon Bandaraya Melaka untuk membeli belah baju dan seluar sebab SEMUA datang sehelai sepinggang ye. Fuhh masa ni Faizah dengan stress memang BFF. hahahahahah


Pagi sebelum check out. Yang mana tak follow breakfast luar, kiteorang lepak meja makan sambil borak-borak jelah. Sambil gosok baju. Sambil itu dan sambil ini.

Raya ke 4 yakni Sabtu pagi terus balik Tekali.


Raya ke 5 di Teluk Panglima Garang / Banting. Selain beraya rumah kawan ma, kiteorang beraya rumah nenek saudara iaitu makcik baba jugak. Oh, jangan risau, baju dah basuh. Dobi lagi. wahahahha.


Ke KPJ Ampang untuk melawat CikYah. 

Sekian😎

Thursday, March 28, 2024

Ramadan 2024 - Nasi Lemak Kangkung πŸ˜‹

Assalamualaikum.

Insyaallah minggu depan minggu terakhir Ramadan untuk tahun ini. Ramadan tahun ni juga banyak aku belajar menu baru untuk berbuka. Selagi tak masin, alhamdulillah aku rasa aku dah berjaya lah tu. Hahahah.

Juadah TERPALING dasyat aku masak sepanjang Ramadan adalah ...

Nasi Lemak Kangkung!

Tiba-tiba teringin, terus masak untuk berbuka. Nervous tang sambal and nasi but it turns out sooo well and good. Alhamdulillah. Pastu FANS beli paru belado and ayam berempah buat makan dengan nasi lemak. Ohmangaii, sodap! muahahah matilah puji masakan sendiri 😁


Sebelum puasa, aku buat masak lodeh sebab yang sama juga, TERINGIN. hahaha. Nasib baik rumah ada kuah kacang, umphh lagi power lah bila makan tu.

So kalau ada buat makan-makan kat rumah lepas ni, bolehlah aku consider dua menu ni. Tapi tulah, KALAU rajinlah sebab aku ni JARANG rajin. Selalu malas je πŸ˜…

Raya pula bakal menjelma, Insyaallah 10/4 ni. Persiapan raya aku adalah 2/10. HAHAHAHAHAAHHAHAHAHA. Kuih raya pun aku tak beli sebab malas. Tahun-tahun sudah, kuih raya tu aku beli, aku makan. camnoo? so bila ada orang nak datang, baru aku beli lah kot.

MASALAHNYA, ORANG DATANG BERAYA PUN TAK. HAHAHAHAHAHHAHA

Oklah, aku nak fikir menu berbuka malam ni. Bye!

Thursday, February 22, 2024

Alumni of Influenza B πŸ˜’

Assalamualaikum.

Minggu lepas, semua orang celebrated CNY. Ada yang merayakannya, ada yang bercuti, ada yang lepak dekat rumah, kenduri kendara. Macam-macam! Meriah jangan cakaplah. Bunga api dekat rumah aku sampai lepas midnight ye. I kenot sleeeeeep.

Tapi bukan itu yang aku nak cerita dekat sini.

Kalau hujung tahun lepas aku dengan FANS kena covid, nahhh CNY kiteorang kena Influenza B gaisss. HAHAHAH tak kelakar. Memang body kiteorang sekarang PANTANG dengar CUTI PANJANG. Mulalah dia sakit eh? Raya ni please sihat eh. 

Yang sakit mula-mula adalah aku. Dimulakan dengan batuk sampai semput je Sabtu pagi tu. Ahad pagi dah rasa badan tak best tapi ok je, boleh masak lunch semua. Pastu baring jee sebab macam tak larat. FANS pun dah cakap badan tak sihat Isnin tu. Malam tu tiba-tiba badan panas kemain. Pakai coolfever, sampai nipis yeee! punyalah panas!

Then Selasa, FANS tak masuk kerja sebab masih demam. Jadi aku yang rasa badan macam dah sihat ni, drove ke klinik untuk check. Then ... 

HAHAHAHAHAH Influenzaaaa yaaa.

5 harilah quarantine. The whole week memang kita terbaring je. Rumah pun dah macam apa dah. HAHAHAA. 

Even harini pun, selepas 10 hari, post influenza tetap ada ye. Rasa nak muntah, mual, sakit kepala semua ada. Even FANS pun muntah dekat office. HAHAHA ingat aku je. Dada rasa macam kena himpap (suffocating). Sakit woooo. Tak selesa rasanya.

Macam-macam kan sekarang.

Semoga cepatlah sihat seperti dahulu kala. Penatlah sakit-sakit ni. Penat nak makan ubat. HHAHAHA.

Jaga diri korang!

Monday, January 22, 2024

Hub's 33 Birthday!

 Birthday Shoutout!


Dasyat dia ni. MIL buat suprise celebration dekat kenduri kawin πŸ˜…


p/s: dua-dua gambar baju sama tapi hari, tarikh dan waktu berlainan 😎

Thursday, January 18, 2024

CNBLUE balik raya?! πŸ˜€

Assalamualaikum.

Baru semalam update pasal CNBLUE, tetiba malam semalam Kak Sally update dengan satu news yang tidak dijangka. 


CNBLUE in Malaysia!
Wehooooo ~~

Wednesday, January 17, 2024

Down to Memory Lane 🌏

Assalamualaikum.

Lately kan sampai office kemain awal. Jaranglah sekarang sampai after 8am. Kalau sampai waktu macam tu, mesti keluar rumah lambat. Semoga 2024, Faizah awal lah. Tapi tulah, Isnin dah lambat setengah jam sebab terbawak semua kunci rumah. HAHAHAHAH. haihh

Anyway, disebabkan harini awal (lagi), terasa macam nak kemas laci besar dekat meja office ni. Jadi dalam salah satu files tu, banyak gila envelope tau. Ada dari Ampang, ada dari Japan, ada dari Singapore. Ni bukan customer sebab semuanya pos biasa, bukan Fedex. 

Sekali bukak, semuanya CNBLUE. Hahahahah. Ni masa CNBLUE menjadi kegilaan seorang Faizah lah ni. Sekarang masih menggila tapi biashe-biashe jeee. Mungkin faktor umur? Hmm kalau nak kata sebab kahwin, still menggila jugak kalau nampak Yonghwa. HAHAHHAHA


Kak Sally bagi poskad Taiwan. Harus ek terselit CNBLUE πŸ˜ƒ


Bagi kad and duit raya pun, TETAP terselit CNBLUE Kak Sally ni tau πŸ˜†


From my Japanese Boice, Thank you Tomomi Saito3 πŸ˜Š


Thank you CNBLUEMY 😊


Yang ini special sebab calender. Sebab sayang, tak pakai beb calender ni. hahaha.
tau-tau dah 2024. Thank you Kak Norlee and SgBoicelah πŸ˜Š


Ok, ini lagi special sebab dari my colleagues. Actually, ada banyak lagi keychains, bags, lip balms, minyak angin etc. Tapi ada yang dah guna, dah rosak, dah expired. Ada yang masih pakai jugak seperti huruf F yang E bagi dari New York. Thank you each of you 😘

Selain dari ini, aku jugak simpan reben and christmas tag dari E. Tak sure semua ke tak tapi memang ada. Ada yang dekat office, ada dekat rumah parents, ada dekat rumah aku sekarang. Bersepah-sepah nampaknya keberadaan dia. HAHAHAH. Kenapa aku simpan? sebab cantik and creative gilaa. I like it!


Ini christmas gift dari E untuk tahun 2022. Cantik kan? Tapi rasanya ni tak simpan sebab macamana nak simpan? hmm


The latest one, 2023! Phewww lawa gila!

Thank you every each one of you for the gifts. Appreciate sangat-sangat πŸ’š

Cumanya lepas PKP, kiteorang dekat office dah takda Secret Santa. Rindunyaaaa nak pick nama/number, rindu nak menggelabah cari hadiah. Haa rindulah nak Secret Santa. Tu je. heheh

Tiberrr sangat dari postcard ke Secret Santa. Hahaha. Oklah, bye!

Wednesday, January 10, 2024

Happy 3rd Anniversary 🌸

Assalamualaikum.

Baru berkesempatan nak update sebab dapat medical leaves 2 hari sebab sakit perut and sakit belakang yang amat sangat. Jalan pun bongkok tapi depan orang tak tunjuk lah. Macam nenek kebayan pulak rasa. HAHAHHA. scary eh.

Lepas pergi klinik, terus cari lunch sebab lapar gila. Semua dah keluar dari perut kan. Tetiba jumpa kedai berlauk. Fuhh sedap betul air asam tu. Sayangnya nasi dah habis, baru aku nampak ada ikan bakar. HAHAHA. 


Our Lunch @ 3rd Anniversary πŸ’–

Malam tu ma baba ajak makan luar sebab nak celebrated birthday Adik yang ke 15 tahun. Meriah! Lama tak makan ramai-ramai, last masa kat Temerloh. Memang kenyang gila walaupun fuhh tak sihat semuanya HAHAHHA.


Hari kedua MC. Memang duduk je rumah sampai petang sambil check emails, and buat kerja sikit supaya bila masuk office tak terkejut tengok emails meriah. Boleh stress seharian tu. Tetiba petang tu FANS ajak keluar untuk cari makan petang. Dalam kepala ni ingat goreng pisang. Sekali goreng pisang takda, roti bakar pun boleh lah ek. hehe fav!


Saja nak rasa sebab nampak kat gambar sedap. Memang sedap. 


Alhamdulillah kenyang sangat walaupun cuma makan 2 set roti. Kononlah diet. KONON tau. Konon sampai pagi boleh kenyang. Tapi memang tak makan pape dah malam tu. Masak kari daging pun pukul 10:45pm. tu pun sebab teringat nak kerja, nak bawak bekal. Kalau tak tu, memang pagi lah makan. 



FANS belikan ni that day. Thank youuu. I is terharu. Lately memang suka betul makan ice cream potong ni. Dari beli sebatang ke dua batang ke 3 batang. FANS stress kot? terus beli sekotak! Hamekk makan kau sana! hewhewheww πŸ˜‚

---
Dear LOVE,

Wishing us a blissful lifetime together πŸ’“
Happy 3rd Anniversary 🌸
Semoga ada yearly trip berdua tahun ni seperti dua tahun lepas πŸ˜‰

Wednesday, January 3, 2024

Temerloh with Family 🐟

Assalamualaikum. 

Ending my 2023 with a 2D1N Family Trip to Temerloh, Pahang dengan satu tujuan iaitu ke Pekan Sehari Temerloh.

Ini tips kepada anyone yang ada plan nak pergi sana. Get ready with cash and datang awalSEAWAL 6.30-6.45 AM! QR Code tak semua gerai ada. Parking memang random. Tepi-tepi jalan je gaiss. Lagi lambat, lagi jauh nak menapak ke pasar tu. 


Kalau datang awal, silalah sarapan dekat (B1) Kedai Yasir Arafat. Roti canai dia sedap yeeee korang. Kena try ok. Aku rasa menyesal makan sekeping je sebab konon diet. KONON lah.

Address: Gerai Yasir Arafat, B1 Gerai MPT, Jalan Istana, 2800 Temerloh

Pastu if korang pencinta patin, nahh ini syurga! HAHAHA. Banyak gilaaaa ikan bergelimpangan atas jalan, atas meja. Fresh, frozen, bernyawa semua ada. Aku tak beli sebab aku tak reti lah ek nak masak patin tu. Makan kedai jelah hahah.

Setel pasar, lepak kat parking hotel sambil makan pastu ready untuk check out. 

On the way balik KL, kita singgahlah Lemang To'ki, Bentong. Ma baba suka makan sini kalau ada area sekitar atau kadang-kadang tu memang pergi Bentong untuk makan lemang je. Tapi memang ramai lah sini. Tak pernahnya tak ramai.


Maka berakhir sudah percutian keluarga untuk 2023. Kita berjumpa kembali untuk percutian keluarga 2024. Dah plan. Semoga apa yang dirancang, terlaksana. Semoga semuanya sihat hendaknya.

Bye!