Monday, April 15, 2024

Day 1 - 5 Rayaaaaa

Assalamualaikum dan SELAMAT HARI RAYA!

Terasa kejap sangat, tau-tau dah hari yang ke-6 kita semua menyambut lebaran. Macamana cerita lebaran korang? Mine, HAHAHAH unplanned, stress and rabak 😂 Penat tu pasti tapi layankan jelah kan. Marilah kita mulakan bercerita. Tak sure details ke tak tapi based on gambar lah. Gambar pun tah apa-apa je ni. Hehehhe

  

Ok sebelum bergerak balik ke Kulai, pergi carwash dulu, kereta pun dah macam bukan kereta. Hahaha. tulah padah cuci bila perlu. heheh. Malas weh nak menunggu kat carwash. hehehhe. So around 1.52pm, kiteorang baru bertolak. Jalan clear jugak petang tu walaupun banyak kereta. Sampai rumah sebelum berbuka. oklah tu, FANS pun memang plan begitu sebab sepanjang ramadan ni, dia tak berkesempatan nak balik berbuka dengan mamayah,

      

SELAMAT HARI RAYAAAA!
dari kiri atas: menunggu, setup, 
dari kiri bawah: selesai, final gambar

tbh, aku suka gambar selesai dari final HAHAHAHHA


Lepas magrib, kaklong and AbgF ajak makan luar sebab memasing tak lalu rendang, lemang ketupat semua tu. Jadi ke Marrybrown lah kitaaaaaa ... pastu biasalah Faizah kan, dia manalah boleh sejuk sangat, batuk semput dan diakhiri dengan muntah. sekian 
-_-"


Raya kedua ke Bukit Gambir, beraya rumah sanak saudara FANS. Kiteorang dapatlah pergi dua buah rumah sebelum ayah decided untuk ke Melaka untuk tidur semalam 😬 Sampai Melaka around 7.30pm macam tu. Lepas check in terus pergi Aeon Bandaraya Melaka untuk membeli belah baju dan seluar sebab SEMUA datang sehelai sepinggang ye. Fuhh masa ni Faizah dengan stress memang BFF. hahahahahah


Pagi sebelum check out. Yang mana tak follow breakfast luar, kiteorang lepak meja makan sambil borak-borak jelah. Sambil gosok baju. Sambil itu dan sambil ini.

Raya ke 4 yakni Sabtu pagi terus balik Tekali.


Raya ke 5 di Teluk Panglima Garang / Banting. Selain beraya rumah kawan ma, kiteorang beraya rumah nenek saudara iaitu makcik baba jugak. Oh, jangan risau, baju dah basuh. Dobi lagi. wahahahha.


Ke KPJ Ampang untuk melawat CikYah. 

Sekian😎

No comments:

Post a Comment