Wednesday, October 25, 2017

Boria!

Assalamualaikum..

 

Our own Kumpulan Boria gaissss!


Kau tak tau, betapa gigihnya masing-masing pakai tudung balik sebab nak bergambar! Dah lah panas berdeting. Lepas selesai, semua tanggal. HAHAHHAHA. Yaaaa aku masih mengungguli carta tumbesaran paling cemerlang diabad ini. HEHEHEHE. Tahniah pejah :)


One with Ma

Susahnyaaaaa nak cari baju seorang Faizah. Bukan tak muat ye tapi demi nak style macam Vivy, gigihlah cari but ended up with baju tu ha. Last minit beli kat Aeon. Semoga aku pakai selalu lah baju tu. Eh ada orang kata aku nampak kurus. Alaaaaa terima kasih daun keladi sebab puji. Esoknya, Ahad, terus jadi gemuk sebab baju tak menampakkan pejah kurus -.-


Sepatutnya baju aku sama dengan Busu & Iqa! Tapi sebab takda size aku, jadi nyaaaaa aku beli lah baju kat atas tu. 

Sekian.

Macam tu je cerita. Nampak nauuu takda idea. bye.

Friday, October 20, 2017

Happy Kawin Abg Ayoi & Kak Bedah!

Assalamualaikum.

Let's mulakan sebelum aku lupa. Dah banyak majlis kawin aku skip sebab aku lupa. So aku mengharapkan aku dah tak lupa dah lepas ni. Hheehhe. Ayuh mulakan!

Sabtu lepas yakni 14/10 , Abg Ayoi dah selamat jadi laki orang. Soo yeah. Memang tak ramai pun rombongan. Tak payah pelik. Kenapa tak ramai? Sebab tak ramai lah cerita dia. HAHAHAHAHHAA. Kakna, Ika, Nazirah belum sampai lagi masa ni. Jadi aku hanya diam membisu dan kepanasan jugak. Lalalallala..


Gambar wajib yakni sesudah nikah dan batal air sembahyang. Family group. See tak ramai kan? Nampak aku tak? Ya ya pengantin perempuan pun tak jelas kelihatan dalam frame ini. 

Ayuh ke gambar seterusnya.
 


Family Group 2.0
Sanding. Masa ni dah perut aku dah selamat diisi dengan makanan yang sedap lagi enak. Sebab tu macam seronok je bergambar. Muka semua pun bahagia je kan. Walaupun panas tak hengat masa tu.


Antara pembawa dulang. Masa ni dah nak balik. Gambar boria tudung next entry ya :)

Ayuh, kita ke hari Ahad, yakni Majlis Sambut Menantu pulak dekat rumah Opah. Weh meriah dia dasyat sangat walaupun cuaca boleh buat orang mengamuk non stop! Panas gilaaaa tapi semua senyum sebab? Lauk habis! Yahoooooo!


Antara gambar family. Masa ni dah petang dah. Ada yang takda. Oh dimanakan mereka? Bersepah! Ada dalam rumah, ada yang tengah melayan sahabat handai, dalam toilet. Entah. Tu tak penting. Yang penting, yang belakang, yang tinggi, yang pakai tudung maroon tu ada. Tu je penting! HEHEHEHHEHEE :D
 
 

Antara goodies bag yang kami sediakan.

Dan sepanjang hari Ahad tu, perut aku meragam. Masuk angin mungkin. Toilet tu macam taknak berpisah dengan aku. Setiap masa aku check in toilet. Sampai aku muak! HAHHAA Dan aku pun tak makan sangat. Aku banyak minum air je.
 

Dan bila perut macam dah ok, aku lapar ye adik-adik sekalian. Aku dah makan nasi masa orang kemas-kemas kat depan nun. Tapi aku tak makan laksa lagi. Jadi aku ajak Ika teman aku makan laksa jugak. Wow sedap!
 

Tengoklah. SANGAT MENYELERAKAN, BUKAN?
 

Dan yang datang kenduri Ahad lepas, korang sempat makan ais krim Malaysia ni tak? Aku prefer Bandung dari tiga-tiga flavors atas ni. Hehhee.

Anw, Selamat Pengantin Baru Abg Ayoi & Kak Bedah

Wednesday, October 18, 2017

Happy Belated Birthday Kesyha Humaira!

Assalamualaikum.

This one, aku takda apa nak cerita sangat sebab dah lupa. HAHAHAHHAA but it's my baby cousin's belated birthday gaiss!


Make up dan Kesyha memang tak dapat dipisahkan. Tapi tapi nasib takda pakwe, kalau ada, akan ku canangkan bahawasanya dak Kesyha tak mandi tapi terus make up! HAHAHAHHAHAHAHAHA eh dia dah mandi pagi tu, tapi untuk tukar uniform, dia dah malas katanya. Nak terus make up je. Hehehhe.


Happy Belated Birthday Kesyha Humaira!
 


Paling sedap, Cheese Cake leleh apa tah nama dia. Sedap gilaaaaaaaaaa weh! Fuh tetiba teringin.

Pejah tengok makanan, pernah ke tak teringin? -.-

Monday, October 16, 2017

Kisah Pondok 4A

Assalamualaikum.

Last two weeks, Aziela datang Putrajaya and dia whatsapp gambar-gambar ni dalam group. Wow perangai dia -.- Dia tak tau ke kawan-kawan dia (dalam group) semua rindu 4A? Tempat lepak, tempat main, tempat belajar, tempat dating, tempat memekak, tempat amik gambar. Eh name it! Apa je tak buat kat taman 4A tu? Wahahahhaha. Rindu.



Nampak pondok tu? Most of our time dekat situ. Study group lah kononnya tapi macam lebih kepada bergossip, bergaduh dengan pakcik rumah bawah tu sebab sibuk 24jam tu je? HAHAHAHAHA tapi still lah. Kiteorang belajar ok kat situ. Balik sekolah je, semua lepak pondok. That's why nama group whatsapp Geng Pondok. Heheheh. 

Banyak sebenarnya kenangan kat pondok tu. Rindu, memang rindu. Bila kat taman ada event hari raya ke senamrobik ke apa, memang kiteorang akan lepak pondok. Kalau ada orang lain atau pakcik makcik lepak pun, kiteorang akan menyelit jugak. Hahahhaa.

And kalau nak tau pondok ada orang ke takda, haaa aku atau Zuraini lah yang akan ushar. Tapi rumah Zuraini lah paling jelas, sebab dia G floor kan. Aku tingkat 3. Samar-samarlah pun. Kalau takda, aku jugaklah yang menjerit 

Aqilaaaaaaaaaaaa ~~ !!
Azielaaaaaaaaaaa ~~ !!
Solehaaaaaaaaaaa ~~!!

Jom lepak pondok !!


Hahaahha aku rasa orang-orang 4A pun dah biasa dengan suara aku. Bertabahlah jiran-jiranku :) Kenapa aku tak jerit Teyka? Sebab rumah teyka satu floor dengan Zuraini. Aku hanya perlu turun menggunakan lif dan tekan G dan pergi ke belah kanan untuk rumah Teyka dan kiri ke rumah Zuraini.



Court 4A ! Asalnya court ni, nak buat swimming pool. Kalau tak silap aku lah. Tapi dorang buat court instead. Oklahkan. And court ni pun, macam-macam aktiviti kiteorang buat. Main galah panjang, main badminton, main kejar-kejar, weh apa je tak buat court ni? Aku first time karaoke pun dekat sini! HAHAHHAHA malu weh malu. Tapi apa nak buat. Seronok kot. 

Dewan serbaguna tu pun, aku belajar menari dekat situ jugak. Semua event kecil-kecilan pun dekat situ jugak. Memang kalau nampak dewan ada orang, itu bermaksud DEWAN ADA MAKANAN BANYAK ! Hahahahahhahaha. Seronok uolls. 

Dari rumah aku memang clear lah. Selain aku, Zikri (adik aku) pun ada kenangan dekat sini. Haa dia pernah kena kayu besbol dekat dahi dekat court ni. HAHAHAHHAHAHA ya ya memang kelakar. Balik rumah, hamikk kau, flower horn dah muka sebab dah benjol kan? HAHAHHAA. Aku buat apa? Menjerit ah dari rumah, marah siapa buat dia. Padahal boleh je turun bawah kan? Biasalah, dah suka menjerit. HAHAHHAA eh masa tu jelah.



Kenapa ada gambar ni? Aku pun tak tau motif Aziela bagi gambar ni. Yang aku dapat pastikan, dulu haiwan lain ye benda jongkit ni. Sekarang haiwan lain. HAHAHAH. Berapa kali tukar pun aku dah lost track dah sejak pindah dari 4A.

UPDATED: 
Aziela: Motif gambo mainan tu...sbb dlu gemok2 skg dah keding...hahahahaha...
So, secara am nya, semua Geng Pondok dah keluar dari Putrajaya. Zuraini masih lagi alamat Putrajaya kalau tak silap aku sebab rumah dia macam sempadan je. Teyka (Bangi/Kajang/Putrajaya), Aziela (Perak), Aqilah (Selayang), Soleha (Kuala Selangor). Tapi bila ada kawan-kawan sekolah kita orang yang kahwin, haruslah bercerita tentang 4A. Tak pernah missed lagi.

Dah lah. Rindu dah.

Friday, October 6, 2017

Dari container ke jogging ke cuti seminggu!

Assalamualaikum.

5.03pm, waktu sekarang. Apa aku tengah buat? Tengah bermonolog, 

bila container nak sampai? 

Jadi apa aku boleh buat sekarang adalah mengupdate segala dokumen jelah sambil menjeling ke arah kanan bawah pc.

Ada apa?

Jam lah weh! Tak sabar nak balik. Rasa mengantuk gilaaaaa dari pagi. Mungkin sebab malam tadi aku tidur dah lepas dari waktu sepatutnya. Yelah, aku kalau tidur lepas 11pm, memang mengundang menguap non stop lah keesokkan harinya. Dah dapat agak dah. Walaupun aku tidur lewat sejam je.

Plan esok? Macam nak masuk office, check container (kalau sampai harini) tapi tengok dulu. 

Lepas tu dah berminggu-minggu aku ajak adik-adik aku jogging. Tapi dorang dah memang tau aku punya semangat nak jogging tu, mula-mula je. Lepas tu bila hari dah tiba, aku akan buat-buat lupa ataupun mengeluarkan ayat 

alaaaaa.. malaslah. aku nak pergi kerja ni

manalah tak angin dorang tu -___________-

Tapi kalau nak jogging pun, esok Zikri takda. Ada kelas jugak. Haaaaa mana sempat.

Ok. Tamat cerita jogging.

Lesung takda seminggu next week! Yabedabeduuuuu? HAHAHAHAHHAH

Dan tiba-tiba guruh. Cuaca kat luar terang je ....