Assalamualaikum.
Last two weeks, Aziela datang Putrajaya and dia whatsapp gambar-gambar ni dalam group. Wow perangai dia -.- Dia tak tau ke kawan-kawan dia (dalam group) semua rindu 4A? Tempat lepak, tempat main, tempat belajar, tempat dating, tempat memekak, tempat amik gambar. Eh name it! Apa je tak buat kat taman 4A tu? Wahahahhaha. Rindu.
Nampak pondok tu? Most of our time dekat situ. Study group lah kononnya tapi macam lebih kepada bergossip, bergaduh dengan pakcik rumah bawah tu sebab sibuk 24jam tu je? HAHAHAHAHA tapi still lah. Kiteorang belajar ok kat situ. Balik sekolah je, semua lepak pondok. That's why nama group whatsapp Geng Pondok. Heheheh.
Banyak sebenarnya kenangan kat pondok tu. Rindu, memang rindu. Bila kat taman ada event hari raya ke senamrobik ke apa, memang kiteorang akan lepak pondok. Kalau ada orang lain atau pakcik makcik lepak pun, kiteorang akan menyelit jugak. Hahahhaa.
And kalau nak tau pondok ada orang ke takda, haaa aku atau Zuraini lah yang akan ushar. Tapi rumah Zuraini lah paling jelas, sebab dia G floor kan. Aku tingkat 3. Samar-samarlah pun. Kalau takda, aku jugaklah yang menjerit
Aqilaaaaaaaaaaaa ~~ !!
Azielaaaaaaaaaaa ~~ !!
Solehaaaaaaaaaaa ~~!!
Jom lepak pondok !!
Hahaahha aku rasa orang-orang 4A pun dah biasa dengan suara aku. Bertabahlah jiran-jiranku :) Kenapa aku tak jerit Teyka? Sebab rumah teyka satu floor dengan Zuraini. Aku hanya perlu turun menggunakan lif dan tekan G dan pergi ke belah kanan untuk rumah Teyka dan kiri ke rumah Zuraini.
Court 4A ! Asalnya court ni, nak buat swimming pool. Kalau tak silap aku lah. Tapi dorang buat court instead. Oklahkan. And court ni pun, macam-macam aktiviti kiteorang buat. Main galah panjang, main badminton, main kejar-kejar, weh apa je tak buat court ni? Aku first time karaoke pun dekat sini! HAHAHHAHA malu weh malu. Tapi apa nak buat. Seronok kot.
Dewan serbaguna tu pun, aku belajar menari dekat situ jugak. Semua event kecil-kecilan pun dekat situ jugak. Memang kalau nampak dewan ada orang, itu bermaksud DEWAN ADA MAKANAN BANYAK ! Hahahahahhahaha. Seronok uolls.
Dari rumah aku memang clear lah. Selain aku, Zikri (adik aku) pun ada kenangan dekat sini. Haa dia pernah kena kayu besbol dekat dahi dekat court ni. HAHAHAHHAHAHA ya ya memang kelakar. Balik rumah, hamikk kau, flower horn dah muka sebab dah benjol kan? HAHAHHAA. Aku buat apa? Menjerit ah dari rumah, marah siapa buat dia. Padahal boleh je turun bawah kan? Biasalah, dah suka menjerit. HAHAHHAA eh masa tu jelah.
Kenapa ada gambar ni? Aku pun tak tau motif Aziela bagi gambar ni. Yang aku dapat pastikan, dulu haiwan lain ye benda jongkit ni. Sekarang haiwan lain. HAHAHAH. Berapa kali tukar pun aku dah lost track dah sejak pindah dari 4A.
UPDATED:
UPDATED:
Aziela: Motif gambo mainan tu...sbb dlu gemok2 skg dah keding...hahahahaha...
So, secara am nya, semua Geng Pondok dah keluar dari Putrajaya. Zuraini masih lagi alamat Putrajaya kalau tak silap aku sebab rumah dia macam sempadan je. Teyka (Bangi/Kajang/Putrajaya), Aziela (Perak), Aqilah (Selayang), Soleha (Kuala Selangor). Tapi bila ada kawan-kawan sekolah kita orang yang kahwin, haruslah bercerita tentang 4A. Tak pernah missed lagi.
Dah lah. Rindu dah.
No comments:
Post a Comment