Friday, October 20, 2017

Happy Kawin Abg Ayoi & Kak Bedah!

Assalamualaikum.

Let's mulakan sebelum aku lupa. Dah banyak majlis kawin aku skip sebab aku lupa. So aku mengharapkan aku dah tak lupa dah lepas ni. Hheehhe. Ayuh mulakan!

Sabtu lepas yakni 14/10 , Abg Ayoi dah selamat jadi laki orang. Soo yeah. Memang tak ramai pun rombongan. Tak payah pelik. Kenapa tak ramai? Sebab tak ramai lah cerita dia. HAHAHAHAHHAA. Kakna, Ika, Nazirah belum sampai lagi masa ni. Jadi aku hanya diam membisu dan kepanasan jugak. Lalalallala..


Gambar wajib yakni sesudah nikah dan batal air sembahyang. Family group. See tak ramai kan? Nampak aku tak? Ya ya pengantin perempuan pun tak jelas kelihatan dalam frame ini. 

Ayuh ke gambar seterusnya.
 


Family Group 2.0
Sanding. Masa ni dah perut aku dah selamat diisi dengan makanan yang sedap lagi enak. Sebab tu macam seronok je bergambar. Muka semua pun bahagia je kan. Walaupun panas tak hengat masa tu.


Antara pembawa dulang. Masa ni dah nak balik. Gambar boria tudung next entry ya :)

Ayuh, kita ke hari Ahad, yakni Majlis Sambut Menantu pulak dekat rumah Opah. Weh meriah dia dasyat sangat walaupun cuaca boleh buat orang mengamuk non stop! Panas gilaaaa tapi semua senyum sebab? Lauk habis! Yahoooooo!


Antara gambar family. Masa ni dah petang dah. Ada yang takda. Oh dimanakan mereka? Bersepah! Ada dalam rumah, ada yang tengah melayan sahabat handai, dalam toilet. Entah. Tu tak penting. Yang penting, yang belakang, yang tinggi, yang pakai tudung maroon tu ada. Tu je penting! HEHEHEHHEHEE :D
 
 

Antara goodies bag yang kami sediakan.

Dan sepanjang hari Ahad tu, perut aku meragam. Masuk angin mungkin. Toilet tu macam taknak berpisah dengan aku. Setiap masa aku check in toilet. Sampai aku muak! HAHHAA Dan aku pun tak makan sangat. Aku banyak minum air je.
 

Dan bila perut macam dah ok, aku lapar ye adik-adik sekalian. Aku dah makan nasi masa orang kemas-kemas kat depan nun. Tapi aku tak makan laksa lagi. Jadi aku ajak Ika teman aku makan laksa jugak. Wow sedap!
 

Tengoklah. SANGAT MENYELERAKAN, BUKAN?
 

Dan yang datang kenduri Ahad lepas, korang sempat makan ais krim Malaysia ni tak? Aku prefer Bandung dari tiga-tiga flavors atas ni. Hehhee.

Anw, Selamat Pengantin Baru Abg Ayoi & Kak Bedah

1 comment:

  1. Salam singgah! Awk dijemput join GA saya! :D

    http://www.akuseorangtraveler.com/2017/10/tak-nak-sunyi-sepi-lagi-giveaway-by.html

    ReplyDelete