Assalamualaikum...
Ok, memandangkan raya tahun ni aku cuti gila lama, so aku memang dah plan untuk siapkan kerja awal. So berhempas pulaslah aku buat semua kerja. Bila aku perasan je yang one of the containers akan sampai lepas naik cuti, aku dah gelabah dah. Yelah, docs penting semua tak ready lagi. Kalau tak hantar kat customer tepat pada masanya, habislah. Macamana customer nak collect container dia, betul tak?
So aku masuk office, aku selesaikan semua. Alhamdulillah tadi abg Fedex dah selamat collect document untuk dihantar ke Oman, kalau tak silap aku lah. Phewwww lega weh. Both containers punya documents, dua-dua dah setel courier. Nanti cuti, tak payah fikir kerja dah. Boleh relax makan nasi impit / ketupat dengan kuah kacang, rendang daging omg aku dah kecur air liurrr! 😋
Berbalik pada cuti. Aku actually jarang cuti lama. Kadang-kadang aku tak apply pun cuti. Sebab kampung aku dekat je, in fact hari-hari aku balik kampung. So takyah lah kannn. Tapi tahun ni sebab keje hari Jumaat je, aku decided untuk sambung je cuti. So aku applied. Pastu harini dapat memo yang company bagi cuti dekat semua staff sempena raya. Jadi apakah function aku apply cuti raya tu, wahai kawan-kawan? Buat rugi form leave je 😌
Perkhabaran kedua untuk harini yang aku ingin sampaikan adalah tentang Aqilah, #GengPondok. Adakah anda masih ingat tentang #GengPondok? Jika anda adalah seorang pembaca blog ini dari seorang pejah berumur 16-17 tahun, makanya anda kenal siapa dan apa itu #GengPondok.
Ok, Qilalalalaaahh dah beranak gaisss. Babyboy. Alhamdulillah BabyY sangat semangat. Qilalalahh kata dia banyak minum susu #tips
Disebabkan masa aku terlebih-lebih dua tiga harini. Mungkin sampai next week, jadinya aku dah terjebak dengan youtube Tok Sidang, Shiela Rusly & Mika. Dorang kongsi pasal life, pasal masakan and review makanan paling penting. Dan sebab itu jugak, aku dah teringin nak pan Tefal tu ! HAHAHAHAH and katanya kalau beli pan Tefal akan dapat buku resepi Sentuhan Rasa Shiela Rusly tu. Ok, aku nak buku tu. Nanti aku nak try cari lah kat bookstore, kot-kot ada jual. Macam senangnya resepi dalam tu.
Masak ke kak oiii?
Hmm tu belakang punya cerita lahh eeeeee...
No comments:
Post a Comment