Assalamualaikum.
I'm back people! Eh tapi ni pun tengah cuti ni. Tengah lelepak sesambil cari software berguna untuk kegunaan diri sendiri. Amboii susah gilaaa sekarang nak cari software kat internet sekarang. Menangis aku nanti masuk office sebab nak buat barcode yang hoii banyak lagi ok.
Tapi entri harini bukan pasal barcodes je. Lebih kepada campuran sepanjang aku cuti ni bermula Jumaat lepas. Hahaha. Tapi gambar takdalah banyak mana. Gambar selfie buruk belambak lah weh. Tapi taknak lah masukkan itu. Masukkan gambar lelawa dah lah. Eh lawa ke masalahnya? HAHAHHA!
Dipagi Jumaat, singgah lelepak dulu rumah Opah and aku kinda suka view ni setiap kali datang rumah Opah. Serious. Lawa. Ni amik gambar dalam kereta. And tetiba ada kereta lalu. Potong betullah! Ok masuk simpang kanan.
Hari yang dinanti-nantikan oleh Pakcik. Why?
Selamat Pengantin Baru Pakcik & Cik Izan. Semoga berbahagia. And part of the family. And orang sebelah aku tu dah jadi mak buyong dah woii. CikMan tidur ke tu?? HAHAHA.
Selamat Hari Raya gais!! EH! Hahahhaa aku suka gilaaaaaaaaaaa gambar ni. Seriously. Muka aku nampak cantik sangat. KAHKAHKAHH habislah puji diri sendiri. Okok, nikah setel, now makan time!
Ni bila? Oh Isnin. HAHAHHA baru ingat. Pergi Pantai Remis nak cari kerang, kerang takda. Hahaha. Well bukanlah takda tapi kecik-kecik semuanya. Ma suka yang besar-besar. Senang nak kopek, lepastu isi besar-besar. Lebih berbaloi ok. #tips
And sesambil tu beli sata lah and lepak kat pondok dekat dengan medan selera tu. Bungkus punyalah besar, sekali bukak alahai kecik je isinya. And ma cakap kat Terengganu punya jugak sedap! And of course lagi puas lah en...
Sesambil tengok pantai yang air tak berapa nak pasang ni.
Ok ni dah cerita semalam, yakni hari Selasa. Ma dengan Busu pergi Jakel memborong kain untuk raya dan uniform sekolah. Aku? Tidur, berborak, scroll Twitter, berborak lagi, makan dan melawat kawasan dengan Kak Nana. Haa melawat kemana? Belakang rumah je. Tengok ayam-ayam kampung ni.
Ma balik dari Jakel, ma buat bubur jagung. Hoii sedap ok. Hari Isnin bubur Pisang dengan tepung dan nangka. Fuhh nikmat semua ni. Alhamdulillah. Aku happy! HAHAHA
And ni memang panas lagi dari kuali dapur. Pagi ni punya cerita. Baba suruh buat lempeng pisang since pisang banyak ma beli. So first time lah buat lempeng pisang. Sedap. Eh sendiri puji? HAHAHA. Tapi tawar sikit. Bolehlah... #tips kena minyak banyak dan api kecik. HAHA kemain ada tips bagai. Podah lah pejah -.-'
No comments:
Post a Comment