Saturday, March 31, 2018

MOE with WB

Assalamualaikum.


Faizah, nanti you pakai cantik-cantik. Muka kasi make up sikit eh..


Arahan yang aku terima minggu lepas diwaktu aku sedang sibuk dengan kerja. Wahh sibuk sangat kettew? HAHAHAH tak lah pun tapi buat-buat sibuk je. Karang tak buat-buat sibuk, ada orang kecam. Ops!

Aku rasa hari-hari aku make up pergi kerja. Tapi kenapa orang still rasa aku tak make up? Tapi mungkinlah sebab aku pakai bedak dengan lip cream atau lip tint je pun. Kejap je hilang. Nak touch up, ya ampun malas gila. Mungkin sebab tu lah kot siap dapat arahan macam tu. HAHAHAHA.

Ok, kenapa kena make up ni? Ada show mana-mana ke? Wahaha memang taklah. Iolls dah retired dah persembahan pentas ni. Darah gemuruh tak dapat dibendung lagi sekarang ni. Dulu boleh cover lagi lah kan. Nyanyi lagu Aishah pun steady walaupun kaki ketaq dah  😜

So semalam aku dan beberapa rakan sekerja ada presentation dekat MOE. Jadi ini adalah pengalaman pertama aku bersama dengan orang-orang di MOE.

Kiteorang by 7.40am dah terpacak depan MOE tu. Then by 9am, presentation pun bermula. Diakhiri sebelum jap 12 tengahari. Cepat gila. 





Sesi Q&A


Overall, aku happy sebab dapat experience macam ni. Harap-harap lepas ni nama aku naik lagi. Wahahaha walaupun kat sana aku cuma letak bags WB dekat kerusi-kerusi tu je. Lepas tu senyum, lepas tu mengganggu presentation dengan batuk yang non stop tu 😷. Sigh memalukan betul. Tapi takpe, I really had fun!

Again, thank you WB, E, D & Mr T for the opportunity. And Hi Kris! HAHAHAHAHHAHA 😊

No comments:

Post a Comment