Assalamualaikum.
Umum mengetahui bahawasanya seorang Faizah sangat-sangat menggemari pencuci mulut yang manis atau senang cerita, yang berkait rapat dengan koko. Dan umum jugak mengetahui bahawasanya seorang Faizah jugak sangat sukakan kekacang terutamanya gajus dan almond. Jadi ...
eh jap! Apa ayat skema nau ni?
Ok, mari mulakan dengan ayat sempoi.
Okay gais, korang haruslah tau kan yang aku, seorang Faizah suka apa kalau korang memang ikut blog aku dari zaman aku terpekik terlolong dalam bilik sampailah sekarang, zaman terpekik terlolong atas jalan raya. Hahahha. Tak ni tipu je. Aku tak sewel lagi ok.
Motif utama entri ni up dekat blog adalah kerana aku nak share satu ujikaji yang aku dah buat semalam. Haaa sebelum ujikaji sampailah aku tengah buat ujikaji, aku berfikir
patut tak eh teruskan ujikaji ni?
Macamana kalau aku pengsan? food poisoning? Camne camne??
Takleh fikir. Asyik teringat. Lalu, aku unwrapped dan telan dengan penuh kenikmatan. HAHAHAHHAA. Eh tak pejah lah kalau tak drama swasta. Ye dak?
Oh yes, Whittaker's Almond Gold baby! And aku bukan nak review pasal coklat ni since semua orang tahu kesedapan dia ditahap mana. Gila kau, tahap dia melebihi Cadbury semua ok. Tahap kenikmatan dia, jangan cakaplah. Macam ni 👍👍👍
So kenapa dengan Whittaker's ni?
Kenapa?
Kenapa?
Kenapa?
Marilah mengikuti 'perjalanan' Whittaker's ni dengan aku semalam dekat office.
First step, unwrapped. Nampak sedap tu. Ya, sangat sedap. Tertelan-telan air liur aku masa unwrapped and tengok gambar ni. Dasyat penangan dia. ha kau pejah, semua makanan kau tertelan-telan air liur! cis! 😔
Masih enak dimakan begitu saja. Yaaa sangat enak, sedap gilaaa weh! 😋 Eh ada nampak apa-apa tak dekat sini? Nampak tak nampak ke idokkkk?
Hampir ke gigitan maut yang terakhir. Nampak nauuu sedap gilaa ni. Eh ada ke orang cakap coklat tak sedap? Ada ke ada ke? Aku buat masa ni, belum pernah lagilah jumpa orang cakap coklat tak sedap. Cuma aku tak suka coklat yang rasa macam minyak-minyak sikit tu. Normally coklat macam tu tak famous. Tapi kenapa berminyak eh?
Alhamdulillah habis dah seketul (?) coklat Whittaker's ni. Akhirnya setelah setahun (mungkin) terperap dalam laci. Jap apa? SETAHUN? Kau biar betul ni pejah? eh betullah!! Tak percaya?
Percayalah wahai pembaca ku...
And guess what?
Nampak tak dekat gambar tu, tarikh luput dia? Hahahaha yes yes yes! Korang tak salah tengok. Dah expired pun; more than 4 months ago!! Ya Allah. Kenapalah aku boleh buat kerja gila ni? HAHAHAHHAHAA.
Well actually, aku memang suka simpan coklat dalam laci dekat office. Bila aku makan? Aku akan makan kalau aku betul-betul lapar. As energy food lah. So sampai satu tahap aku sayang nak makan Whittaker's ni, sebab yang ni arwah Pakteh yang belikan satu paket untuk aku. Aku pesan mintak belikan, eh masa nak bayar balik, dia kata dia belanja. So ni macam kenangan. Tu pasal aku tak makan. Tapi end up kenalah makan, benda mahal, susah nak cari, benda sedap kan.
Aku tau makanan dah expired tapi insyaallah semua akan okay. Coklat tu memang nampak elok. Takda kulat ke apa ke. Kalau ada benda pelik semalam, memang aku dah buang dah,. Tong sampah bawah meja pun memang dah get ready je nak sambut tapi alhamdulillah dah selamat pun mendarat dalam perut aku. Hehehehe.
Jadi, pesanan dari tuan belog, SILA MAKAN SEBELUM EXPIRED DATE.
Sekian.
lol...rasanya kalau coklat tade masalah kot..?
ReplyDeletekann! tapi kawan fe cakap tak elok lah, nanti mati lah, food poisoning lah. orang sebelah fe siap terkejut fe tunjuk expired date tu. elok je fe harini. HAHAHAHA
Delete