September 20, 2011

20hb

Storyboard dan skrip sudah siap! Dapat berehat kejap sementera menunggu hari untuk membuat 3D Autodesk. Memanglah susah tapi apakan daya? Kata nak berjaya. Orang kata kalau nak berjaya, memang beginilah. Bak kata pepatah sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Lebih kurang itu lah pepatah dia -.-"

Bila dah lama tak buat storyboard, semua jadi tunggang langgang. Bayangkan baru setengah tahun tak buat, posisi betul untuk storyboard pun dah lupa. Nasib ada kawan-kawan yang membantu. Terima kasih kawan-kawan :) Actually buat storyboard ni bukanlah susah sangat tapi bila semua gam dah kering dan taknak lekat, tu yang boleh buat gaduh! Hahaha nasib ada seorang kawan ni called dan berborak hampir-hampir 20 minit. Terus hilang marah sebab terlalu asyik ketawa dengan cerita yang boleh buat orang senak perut! Hhahaha :D . Gara-gara tangan dia kudung, dia macam dah trauma dengan jalan raya! Kesian kau weh :( harap-harap kau cepat sembuh ye wahai kawanku :)

Kelas harini 2 jam je. Memandangkan kelas Portfolio tiada disebabkan En Shabudin ada shooting di 8 buah negeri, katanya. Encik, kami nak ikut! :D Tapi semalam nampak En Fauzan ikut En Shabudin. Erm just wondering Khamis ni ada class 3D tak? Harap-harap class cancel. Dapat merehatkan minda yang totally serabut gara-gara storyboard! Eh, serabut dengan kerja En Fauzan yang minta 1 class cari berapa berat sesuatu besi dan sbgnya. Terlupa pulak nak cari weekends haritu. Sibuk beraya :D

Faizahazmi bahagia dengan hasil penulisan yang sekarang. Lebih padat dan panjang. Walaupun hanya menceritakan apa yang berlaku disekelilingnya tetapi ia SANGAT PADAT! Terima kasih kepada kawan-kawan yang menerima Faizahazmi seadanya. Alhamdulillah.

Esok kelas Sains dan Pembangunan Diri. Kelas, kelas jugak tapi diri ni tak bangun-bangun pun? -.-” siapa nak jawap ni? Adoii. Esok jumpa kawan lama!

Rindu teman-teman rapat :’) mudah-mudahan kalian sihat. Amin.

Best of luck untuk teman-teman saya yang sedang dan bakal menduduki exams.

Sedang mendengar : Pokok by MUH ft Hazama :)

Faizahazmi.

No comments:

Post a Comment