Assalamualaikum.
Rasa nak borak tapi tak tau nak borak dengan siapa. End up, terus log in blogger. So korang kenalah baca apa yang nak dibebelkan ni. Agak-agak macam mulut dan akal dah berkata euuuwww , sila tekan pangkah. Sekian.
Mood tak berapa nak bagus dari semalam. Tak tau lah kenapa. Nak kata kerja banyak, yes memang banyak. Kalau follow twitter, dapatlah baca ngomelan tiap hari. Ada ngomelan bahagia, ada yang nasihat, ada yang bentuk cacian (tu nasiblah siapa terkena). hehehe *gelak kepit*
Banyak yang duk bersarang dalam kotak akal fikiran. Macam-macam difikirnya. Cuma tak tau macamana nak selesaikan. Nak kata tak berusaha, dah berusaha dari awal tahun tapi mungkin belum rezeki. So sabar dan redha jelah T___T
Ingatkan dapat kerja yang diidamkan tu tapi mungkin bukan rezeki. Walaupun dipanggil dua kali tak dua-dua tak pergi disebabkan kekangan waktu. Haish mungkin bukan jodoh dengan kerja idaman tu. Terpaksa sabar lagi.
Hampir kena langgar dan jatuh pagi tadi membuatkan mood untuk kerja dengan semangat hilang serta merta. Mungkin sebab tidur tak cukup juga malam tadi. MUNGKIN. Ahh stress macam ni. Lately memang selalu stress -.-'
Kesian.
No comments:
Post a Comment