July 17, 2013

Juadah berbuka

Assalamualaikum.

Akhirnya ku berjaya juga untuk letak gambar juadah berbuka untuk tatapan kalian semua. Masa semua orang tengah kusyuuk tengok Demi Dia, so apa lagi, mulalah jalankan misi. Saja nak riak dekat korang. Hahaha.

Semalam berbuka dekat rumah opah. Sebab ma baba semua pergi Perak, mak paksu meninggal. Innalillah, takziah kepada keluarga paksu kat Perak. Okay taknak cerita sedih sebab ni memang entri nak tunjuk makanan je kat korang. Memang meriah sikit. Bagi aku, kalau makanan dah lebih dari tiga juadah, itu dah meriah dah. Yelah banyak pilihan. Ye dak?

So marilah kita senaraikan satu persatu. Heheheh!
 

Juadah pertama : 
Ikan bawal masak sos. Opah buat! Lap air liur cepat. Ye aku tau nampak sedap. Memang sedap pun! Balik je keje, dah ada lauk ni tepi dapur. Tapi masa berbuka, aku tak makan ikan ni, amik sos je. Hehhee

Ha masa sahur pun lauk ni jugak. Sebab ada lebihkan. Tak elok membazir. Masa sahur aku makanlah lauk ni, tapi setengah je. Entah mood nak makan tu takda sangat harini. Ayat aku poyo gilaaaaaa . hahaha


Juadah kedua :
Taugeh dengan pucuk rebus. Macam sup sayur tapi ada pucuk dengan taugeh semata. Ni kalau ada adik atau Iman, memang fav doranglah pun. Sebab memasing suka makan so'on tu.


Juadah ketiga :
Telur masak sambal. Ni pun balik kerja memang dah siap masak. Heheh. Lauk ni sampai sahur pun ada, alasan sama, sebab ada baki dan tak elok membazir dan masih ada baki ye wahai kawan-kawan semua :)
 

Juadah keempat :
Rendang kerang kegemaran ramai. Memandangkan aku dah selalu sangat makan rendang kerang ni, perasaan teruja tu memang dah hilang untuk lauk ni. Hhaha sebab dah biasa sangat. Tapi jangan risau aku tetap makan kalau perasaan teruja tu tetiba datang dengan sengaja. 
 

Juadah kelima :
Cucur Udang. Yang ni pakcik aku beli je kat bazaar. Oh yang ni dah habis semalam. Sempatlah jamah dua ketul. Bolehlahh. Aku lebih prefer popia dari ni. Heheh tapi bersyukur. Sedap!
 

Juadah keenam :
Murtabak Ayam / Daging. Okay yang ni aku pesan dekat abang sebelah meja aku. Dia kan officeboy, so semenjak ada bazaar ni, dia telah ditugaskan oleh officemates aku yang lain untuk beli kuih muih. Nasiblah pukul empat lebih dah bertenggek kat bazaar kan. Thanks abgJoe!
 

Juadah ketujuh :
Pulut bakar , Kuih koci dan hati ayam. Aku makan pulut bakar setengah je pagi tadi. Nak rasalah sebab Isnin lepas abgJoe ada cerita pasal pulut bakar ni. Aku memang dari dulu memang tak suka makan hati ayam. So memang aku tak usiklah hati ayam yang pakcik beli ni. Tengok je mampu. heheh. Dengar macam keras. Dan memang keras, pagi tadi jatuh dari kerusi ke lantai, bunyi dia macam batu jatuh okay. Betapa kerasnya hati ayam tu.

Pada penjual, tahulah ni bulan ramadhan. Janganlah kejar duit sangat sampai benda tak boleh makan pun awak nak jual jugak. Hishh. 
Bak kata opah 'Selagi boleh buat duit, semua nak jual. '


Juadah kelapan :
Nasi goreng Special. Dibuat oleh KakNana. Nasi goreng ni memang makanan yang pertama habis okay. Semua mata pandang nasi goreng tu. Hahhaa. Memang sedap. Pedas. Penuh dengan cili api which is aku memang suka gilaa benda pedas-pedas ni.
 

Juadah kesembilan :
Mee Goreng Pataya. Makanan tu dalam bekas putih tu. Tu memang fav opah. Abang Ayoi rasanya yang beli. Sampai tiga bungkus dia beli. Tapi semua tak habis. Siap suruh pakcik bawak balik satu bekas. Pagi tadi sambung makan separuh lagi. Sekarang ada lagi satu bekas dalam peti ais. 

Oh ayam golek tak ada dalam gambar sebab Abg Ayoi pergi beli masa aku amik gambar semua ni. Dan bila ayam golek tu ada makan, memang tunggu nak ngap jelah. Hheheh. Akhirnya ku terlupa. Takpelah. Atlease ada mention kat sini :)
 

Tambahan :
Kek Coklat birthday Pika Jumaat lepas. Hahah ada lagi. Aku makan sikit je. Sebab macam sedaplah pulok! Okay dalam kek tu ada chocolate chips. Memang tak pernah jumpa. Hmm bolehlah. Sebab aku memang makan je benda-benda manis ni :)

Jadi tamatlah kita dengan sesi memperkenalkan juadah berbuka untuk malam ketujuh ramadhan. Memang meriah makanannya. Walaupun yang berbuka berapa kerat je tapi okaylah dari berbuka sorang betul tak?

Memang kenyang.
 

OOTD. Orang nak, aku pun nak jugak. Hahaha. Saja nak tunjuk kat Teyka sebenarnya. Hahaha!

Thanks korang!

No comments:

Post a Comment