December 31, 2018

End of 2018


Assalamualaikum.

2018 hampir ke garisan penamat. Adakah impian korang terlaksana?
Untuk aku, banyak! Benda yang aku sendiri tak expect pun ada. Betul-betul takda dalam wishlists 2018 tapi aku terima dengan hati yang penuh gembira. Alhamdulillah. Let's recap apa yang terjadi dekat aku sepanjang tahun 2018 ni.  Semoga aku ingatlah setiap detik yang berlaku sebab ada je detik yang aku dah lupa. Biasalah semakin hampir dengan 3 series gittewww ..

Januari
#PurWhi bertukar tuan! Ego kesayangan aku. Harta pertama yang aku ada sejak aku bekerja. Sebab dia jugaklah aku merasa show atas highway. HAHAHAHAH disebabkan nyawa dia pun dah macam semput, boleh pulak dia termati sendiri dekat highway, nasib baiklah dekat dengan rumah aku. Gigih aku tolak sampai bengkel. Memori sangat.

Februari
10 tahun aku sebagai penulis blog aku yang superAWESOME ni. Wahahah siapa lagi nak puji blog aku kalau bukan aku sendiri, ye dak? Tapi sekarang aku ada FANS yang puji blog aku. Hehhee

Mac
My very 1st take off, dan ke Vietnam. Wehooo akhirnya impian aku untuk terbang tu tercapai. Alhamdulillah. Aku memang tak pernah terfikirlah sebenarnya sebab hmm takda sebab pun lah. Aku memang had fun dekat sana cuma takdalah semua makanan Viet aku dapat rasa. Tomyam dia manis, tu je. HEHEHEHE

April
Aku semakin serious dalam mencari kawan-kawan baru sebab aku dah start bosan bila malam je aku tak boleh tidur. I need someone to talk with. Tak kisah perempuan ke lelaki, semua aku kawan. So far D (korean girl) masih menjadi kawan aku and aku jumpa FANS.

Mei
Bulan dimana aku kembali keep in touch dengan FANS selepas dia MIA secara tiba-tiba. Heh betul -.-

Jun
Happy 27th Birthday dearself 🌹

Julai
Met FANS for the first time!

Ogos
Dearest Bestfriends, Teyka & Zera selamat mendirikan rumah tangga. Dasyat sangat ni, majlis selang seminggu je memasing. Alhamdulillah

September
Plan something yang berat untuk masa depan diri sendiri. 

Oktober


Zalora's Thread Writer Photoshoot!
Nervous dia, jangan cakaplah. Even kawan kau ada kat situ secara tidak sengaja pun, kalau dah kayu tu, memang sampai bebila lah kayu. HAHAHAHAH tapi seronok! My second year with Thread by Zalora

November
Aku belajar untuk jadi FAME dropship tapi nampaknya usaha tu gagal, yang mana takda siapa pun nak beli dengan aku. HAHAHAH gila sedih weh. Oh Bet je beli. Thank you Bet, andalah penyelamat. Dan lagi sekali, aku jatuh motor. HAHAHAHAH

Disember
Bulan yang penuh onak dan cabaran. Alhamdulillah, one step closer orang cakap.
I'm Officially FAN'S Clingy Fiancee 💜

Semoga tahun baru 2019 membawa aku ke tahun yang penuh gembira dan gelak tawa. Aku dah penat nak sedih, sentap semua sebab 2018 terlalu banyak aku bazirkan air mata. Not worth it at all. Jadi, semoga aku semakin kuat menghadapi hari-hari mendatang. 

Selamat tinggal 2018, tahun yang penuh misteri, memori dan kenangan 🌺

No comments:

Post a Comment