August 30, 2016

Hujan renyai tapi lebat

Goooooooooooooooood Morning gais. Selamat pagi.

Assalamualaikum. Hi!

Aku tengah buat barcodes ni. Semalam lepas makan, lepas kena urut kepala dengan Achik, aku tumbang! Yehooooo. Mengantuk macam satu malam tak tidur padahal aku tidur adalah dua jam je sebab siapkan artworks Ahad tu. Siap tertido masa Achik urut kepala, berat sangat kepala aku malam tadi. Dia tak sakit sangat tapi aku rasa semua benda bergerak. Laptop semua aku dah on, end up tutup je macam tu dan simpan dalam bag balik sebab yaaaa, aku nak tidur weh. Tidur. Mengantuk tahap kritikal dah lepas makan, lepas urut.

Thanks Chik !
Tapi kalau kau bawak balik roti, lagi aku tahan mata ni. Hahaha


Barcodes baru siap dua codes. Sekarang tengah buat barcode ketiga. Semoga aku tak muntah tengok barcodes ni. Dah lah baru berhenti hujan. Aku pun masuk office lewat setengah jam harini. Tak sanggup aku nak redah hujan lebat pagi-pagi. Tapi masalahnya, tak redah hujan lebat pun, baju aku lembab ni -_______- Renyai tapi lebat. Qila kata time berdoa paling mujarab. Haa tak sempat nak berdoa tadi T_T

Oh ya, my another fav blogger replied me dekat Twitter. Excited lah jugak. Sama macam masa HZ replied my tweets. Kekek.

Esok cuti. Merdeka! Yehoooo lagi sekali. Tapi yang tak yehooo adalah tetap kena bawak balik kerja. Tapi lagi sekali, masalahnya aku buat ke kerja-kerja ni semasa dirumah? Haaa itu yang menjadi persoalannya. Kadang-kadang aku bawak je lebih, buatnya tak pun. Sentuh apa tah lagi. Dan kalau buat pun, aku buat malam. After dinner. Jarang aku buat kerja siang-siang sebab siang aku macam busy. Hahaha poyooooo sangat. Eh biasalah pejah dan poyo memang tak dapat nak dipisahnya ibarat kacang dan kulit. Gahhhh merepek apa kau siaa -.-

Baba buat cekodok pisang pagi ni. Mungkin sebab hujan. MUNGKIN.

Dah nak sambung barcodes. Semoga aku tabah. HAHAHAH!


2 comments: