August 18, 2016

Kalau lencunlah pagi tadi ...

Ingat pagi ni nak gerak pukul 8 lah macam biasa. Pastu selak langsir, wow langit dah mendung berarak dah ni. Terus cepat-cepat siap. Pastu baba pun suruh cepat, kang hujan rintik-rintik air bergelora, siapa susah kalau bukan aku? Aku dah lah perempuan yang malas nak sarung baju hujan. Baju tu dah lah berat, tebal gilaaaa. Jadi makin malaslah aku nak sarung. Kalau hujan masa balik kerja, memang aku tak pakai lah baju hujan. Redha basah-basah balik. Aku kan gigih -_______-

Sebab aku tak pakai baju hujan, jadi aku speed lebih sikit pagi ni. Tapi takdalah lebih 100km lagi. Mau terbang semuanya. HAHAHA! Aku sempatlah memotong dua atau lebih kereta staff office aku. HAHHAHA! Rasa macam tengah racing, padahal speed sebab taknak basah lagi. Seluar aku lagi sikit nak lencun. Aku dah fikir tadi ni kalau lencun memang singgah rumah opah lah, halfday terus. Yelah aku tak gila lagi pergi kerja baju seluar basah. Aku dah pernah buat sekali. So sekali tu je aku gila. Sekarang aku dah waras alhamdulillah dah ^^

Kejaplah, aku nak buat kerja sikit. Kang aku sambung membebel.

----

Masih buat kerja ....

----

Masih buat kerja ....

----

Akhirnyaaaaaaa! Siap segala benda yang nak buat kat sistem. Tapi ada lagi yang terkandas ditengah jalan sebab Shir baru nak sort out dekat bahagian dia, jadi petang-petanglah baru buat yang tu. And after lunch baru fikir artworks yang tak siap lagi tu. Dari semalam baru letak nama je. Haaa semua sebab size board tu panjang gilaaaaaa aku cakap kau. Huh. So memang amik masa nak siapkan. Eh nampak macam alasan tak? Hahaha biasalah pejah kan?! =.=

Ada lagi enam minit sebelum aku melangkah ke pantry makan nasi bungkus. Kenapa tak balik rumah opah macam biasa? Sebab setiap Khamis, meja aku mesti menerima kerja yang super banyak dari hari-hari biasa. Memanglah aku jarang buat masa lunch hour tapi aku letih tengok. Oh letih lagi aku nak melangkah keluar office. HAHA satu lagi alasan yang tak boleh pakai dari pejah. Tapi seriously, Khamis je meja aku akan bertimbun dengan semua benda. Kalau kerja tak banyak, aku pasti pasti PASTI balik rumah opah untuk menikmati makanan tengahari yang super enak itu. Waaa poyo sangat -.-

Sebab Wawa bagitau yang dia lunch nasi kerabu harini, makanya esok aku buat misi mencari nasi kerabu as breakfast. So to Kak Timah we goooooooooo ~~ esoklah esok. Bukan sekarang lah. Sekarang mungkin Kak Timah sedang menyapu halaman rumah sambil tunggu Wanita Hari Ini. Mungkinlah mungkin aku cakap. Ishh.

Eh aku perasan entri makanan je mesti hit kat blog ni. Fuhh aku ada geng makan rupanya. Yey!! Haaa~ korang tau mana nak dapat croissant telur asin tak sekitar Kajang Cheras ni? Aku macam teringin, sebab Kings dah takda jual. Tak banyak permintaan kot. Haa sedihnya hati aku ni. Remuk habis bila dengar perkhabaran ituu. Kejam kejam sangat kejam korang terhadap tekak aku yang sentiasa inginkan makanan sedap-sedap ni!! 



Dah aku nak lunch. 

No comments:

Post a Comment