Mostly manusia dekat bumi tak suka menunggu.
Kankankan? Samalah macam siPENULIS yang agak bangang eh bengang kalau
menunggu orang. Kalau setakat lima minit boleh ampun tapi kalau dah setengah
jam ke satu jam, memang mintak kena maki je manusia tu!
Walaupun dah baca buku cara untuk muhasabah
diri, dalam hal macam ni dah takda nak muhasabah-muhasabah bagai oii. Memang
mintak maki double triple punya!
Biasalah manusia. Okay macam siPENULIS pantang
orang lambat. Penat lah nak tunggu bagai, makeup boleh cair, shawl boleh
senget, baju boleh kedut, bibir boleh kering gara-gara lipsgloss dah tak
shiningg :) ahh macam-macam lagi.
Tapi siPENULIS ni jugak kadang-kadang buat
orang menunggu. Hahaha! Biasalah manusia. Disebabkan itu juga, siKELUARGA
selalu suruh siPENULIS supaya bersiap lebih awal dari orang lain. Bak kata ma ‘siapa lambat, TINGGAL!’. Perkataan tinggal tu macam apa je, macam BigMC
dah buat lastday offer -_- Manusia kann. Biasalah ni.