April 24, 2012

HORMAT

Saiz font tak macam besar kan? So nampak sangatlah aku tengah berada didalam mood yang kurang memuaskan. Ku disini hadir untuk meluahkan rasa ketidakpuashati aku terhadap seorang hamba Allah ni.

Disebabkan dia lebih senior, aku takdalah nak kurang ajar dengan dia. tak elok en? So ini jelah cara yang terbaik untuk aku melepaskan tekanan perasaan aku. Ok dua kali aku ulang benda sama. Damn!

Selepas tambah, tolak, bahagi, darab semua, dah setahun lebih aku kenal kakak ni. Dari zaman practical sampailah ke zaman aku kerja ni, maka dari zaman itulah aku tak suka dengan cara dia.

Bagi aku dia ni perasan bagus tapi gedik! Dah kahwin tapi gedik. Eeeeeeeee aku meluat ah dengan orang macam ni.

Kadang-kadang aku tak puas hati jugak dengan cara dia sebab apa yang aku buat, semua tak kena dekat mata empat dia tu. Ada je tak kena, aku tak masuk colour, dia bilang aku masuk. Page tu aku tengok kelabu je, takda pun colour pink ke hijau ke..

Paling aku angin harini bila dia tegur pasal tajuk PENDAHULUAN, dia cakap ‘kena rename sama dengan tajuk’, aku pun cakap ‘okay’. Ni tak bengang lagi.

Ok ni yang bengang, dia boleh jumpa designer lain cakap benda yang sama tapi dia tambah ‘akak tau korang tak pernah buat silap’. Eh memang B bukan nama sebenarlah akak ni. Padahal aku takda buat salah apa pun -.-

Wahai kakak senior, jangan ingat akak dah senior, akak boleh salahkan orang sesuka hati ! oh btw saya menyampah tengok perangai akak.

Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment