October 19, 2016

Geram!

Assalamualaikum. 

Selamat Pagi semuanya. Good morning!

Hmm dah dua hari aku datang awal gila kat office. Padahal aku tak plan pun nak datang awal sebenarnya. Eh kecuali semalam. Memang aku nak datang awal sebab Isnin aku MC, so aku memang dapat agak kerja mesti banyak. Weh memang betul jangkaan aku. Tapi takdalah banyak macam Shir MC. Dia MC, fuhh penuh satu meja dengan pelbagai kertas. Aku belum sampai tahap tu lagi. Fuhh selamat.

Harini terawal sampai office sebab tadi singgah rumah CikYah hantar coklat untuk hantaran kakPP. Lepas dah hantar, tengok jam, eh baru 7:45am, boleh dikira awal lagi ni. Dah try bawak sehabis slow tapi tak slow jugak. MUAHHAHA! 

Jadi tepat pukul 8am, dah sampai office. Jalan takdalah lengang mana tapi okaylah.

Haa baru aku teringat. Hari apa eh, aku ada tertengok satu video bebudak pergi kem tu. Yang dalam kolam ada ular tu. Eh biadapnyaaa jurulatih tu. Seriouslah! Kau ingat dengan letak ular dalam tu, dorang akan jadi berani and so on? Ohh pleaselah, dorang akan trauma ok. Aku angin betul tengok video tak. Macam tak bertamadun je jurulatih tu. Kalaulah ahli keluarga aku kena macam tu, haa terutamanya adik-adik aku yang masih sekolah tu, memang jurulatih-jurulatih ni memang mencari pasal. Dorang cari pasal dengan of course ah ma baba, aku and achik jugak. Eee geramnya!

Nasib baik tak terjadi kat adik-adik aku. Siap simbah air, gelak-gelak. Eeee perangai bodoh sangat ni! Haaa geram ok geram. Kesian bebudak tu.



Dah semakin lama aku taip, semakin sakit hati aku. Semoga jurulatih-jurulatih tu semua dapat tindakan yang sewajarnya. Biar fikir pakai otak, jangan pakai kaki. Kang ada yang kena makan kaki nanti!

2 comments:

  1. ini macam kes buli lah.sertai segmen ucing nak bloglist (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah. biadap tau. kesian bebudak tu.

      Delete