Assalamualaikum.
Mengantuk dengan pejah tu adalah satu hubungan yang susah nak dipisahkan. Walau tidur awal atau lama sekali pun. Mengantuk tu macam bestfriend. Macam magnet pun ada jugaklah sebab asyik nak berkepit je dengan pejah 24jam. Eh rimaslah. Nyahh kau dari pejah.
Aku rasa aku dah tidur habis awal dah semalam. Pagi ni terjaga kemain awal. Reply kakaotalk and segala mesej, check youtube, updated apps.. tak boleh tidur dah. Lepas tu Yong reply dan reply dan suruh dia short nap lagi sebab dia kerja start pukul 9 (kita kat sini pukul 8am lah) and yes, we both did it! Hahaha. Cuma aku tidurlah 15min je sebelum aku bangun betul-betul. Dah bangun, gosok baju adik sampai Jumaat, baju aku jugak. So esok dengan Jumaat, aku akan cari tudung yang tak payah gosok. Hahah gila malas ni.
Sarapan nasi dengan taucu ikan dan tengok Sembang Teh Tarik lepas tu siap-siap pergi kerja. Aku dah jumpa style shawl yang aku rasa agak serasi dengan aku. Simple, kemas (kadang-kadang) dan cepat! Haaa style Hanis Zalikha je. Hahaha. Kasi lilit dekat leher then yang terjurai-jurai tu aku ikat je. Setel. Fuhh kenapalah dari dulu aku tak pakai macam ni? Kalau tak, aku rasa macam tercekik je. Even pakai longgar pun aku sakit kepala kadang-kadang. Masalah betul.
Eh dah lama tak cerita macam ni. Cerita apa aku buat. Haa dulu masa kolej hari-hari update apa aku buat. Harini update pasal semalam. Esok update pasal harini. Masa tu, balik je kelas sesambil buat kerja, bukak word jugak nak update blog. Sebab rumah sewa takda internet. Masuk lab, baru post semua. Wahh sejenis gigih sangat. Hari-hari tau. Bukan macam sekarang. Kadang-kadang sebulan dua kali je update. Hahaha. Biasalah akak pejah pura-pura busy je kadang-kadang.
Sejak ada barcode je baru betul-betul busy. Sabtu pun kena masuk office. Kena mengadap sampai lebam. Banyak lagi tu. Ni separuh pun tak habis lagi. Baru siap 18muka surat (27 produk). Hmm banyak lagi ni weh. Ada 160 produk lagi untuk aku buat barcode. Kalau tak silaplah. Target siap sebelum hujung tahun. Semoga aku gigihlah nak buat benda ni. Dia tak susah tapi leceh. Hahah apa benda pejah buat tak leceh tah.
Dahlah, nak kira stickers pulak. Busy kan. HAHAHA. Bye.
Semoga dipermudahkan semua urusan...
ReplyDeleteThank you kak Nieyl
Delete