October 21, 2016

Barcodes, Kerja, Kahwin ..

Assalamualaikum.

Akhirnya tiba juga hari yang dinanti-nantikan oleh semua orang. Harini hari apa murid-murid? Hari Jumaat, cikgu!! Kami gembira. Esok cuti. Yipeeeee~~!! 

Huh! Jangan nak happy sangat. Selagi barcode tak siap, tiada cuti pada hari Sabtu ye wahai pejah. Kau jangan berangan!! 

Ha gitu. Monolog diri sendiri tanpa rasa bersalah. Hmm..

So harini mencuba untuk siapkan seberapa banyak barcode lagi dekat office, since aku tak bawak balik pun kerja. Sebab? Malas. Nanti aku mesti lambat tidur. Nanti aku mesti tidur depan laptop macam haritu. Nanti aku mesti stress sebab tak tau bila waktu yang sesuai nak gosok baju; pagi esok ke? malam tu ke? aku jadi stress kang. Nanti aku mesti mengantuk dekat office (eh hari-hari pun mengantuk jugak macamana?)

Haa alasan!

Kononnya ada date lah; target untuk siapkan barcode. Eh sampai sekarang, suku pun tak cecah lagi ni. Aku baru siapkan 245 barcode. Ada baki 1123 lagi. Ya, 1123 barcodes lagi yang masih menunggu giliran. Hahaha mengigil nak buat ni. Macam aku pernah bagitau sebelum ni. Benda aku paling menyampah nak buat, BARCODES!

Dah, aku ada target harini kan? So moleklah kalau aku sign out cepat. Kang makin menjela-jela ayat-ayat yang tak berapa nak madah puitis sangat dalam ni.

Anw, Selamat Pengantin Baru in Advance Kak Pp and Juan! Wow dia nak kahwin dah kejap lagi. Nervous tak nervous tak? Hehehe. Oh dengan ucapan Jangan nak berdrama sebelum majlis, semoga tenang, semoga kekal hingga akhir hayat, semoga Juan jaga Kak Pp baik-baik dan happily ever after, cous! ♥♥
😜

2 comments: