Assalamualaikum.
Harini aku telah mengerah badan aku untuk siapkan artworks sebanyak mungkin tanpa berhenti gara-gara stress sebab terlebih shopping pagi tadi dekat 7eleven. Serious. Aku takda niat pun nak membeli belah dekat 7eleven. 7eleven kot. Barang terhad. Apa je ada selain roti, air, gula-gula, asam biskut dan sebagainya? Bukan ada sandwish ke apa 7eleven kat Langat ni.
Jadi dengan niat nak beli sebotol / sekotak kecil air soya bertukar menjadi sebukit barang dalam plastik yang akhirnya membawa ke lembah kesedihan terlampau. HAHAHA.
Sebelum aku masuk 7eleven, niat aku memang nak beli sebotol / sekotak air soya je sebab semalam aku beli air kotak soya kat kedai Cik Din macam tak puas minum. Jadi masuk 7eleven memang dengan niat tu jelah.
Menuju ke peti air-air susu ..
Peti gelap. Rosak barangkali. Jadi aku bijak sikitlah masa tu, terus terfikir kang kalau beli, air rosak, aku rugi! Ok pegi cari air lain. Dan aku pun berlalu, ke peti ais sebelah. Ya, berlampu. Aku gembira. Aku mencari air kegemaran. Air vitamin tu lah. Ahh fav flavor pulak takda. Aku terfikir-fikir nak rasa flavor lain tak eh? Jadi aku ambil orange flavor which is bagi aku tak sedap langsung! huhuhu.
Okaylah, bukan satu je air aku amik untuk menggantikan air soya tu. Tapi dua. Satu air vitamin, dan satu lagi air kesukaan no 2, Marigold Apple. Dah ambil Marigold Apple, aku pusing lagi rak-rak tu. Aku ambil pen merah (watdehek amik pen merah lol), patches, yokoyoko, gaviscon dan ada lagi satu barang, aku dah lupa.
Cepat teka berapa total?
Haaa takyah lah teka. Penat nak menunggu. Kalau sebelum aku masuk 7eleven, bajet aku mungkin RM2 sahaja, telah bertukar kepada RM41+ !!
Ya, total semua barang tu adalah RM41+. Mahu nya tak terkejut? HAHAHAHA.
Eh nasib baik aku bawak duit extra. Bayangkan lah aku memang ada RM2 je yang konon-kononnya nak beli air soya tu kan?! HAHAH.
So sampai sekarang aku tak puas hati. Eh kalau aku belanjakan duit RM41 tu dekat Mydin ke, CS ke, takpelah, berbaloi sikit. Ni 7eleven kot. 7ELEVEN !! Aku rasa macam bodoh jap pagi tadi.
Dah tau harga RM41+, aku tanyalah sticker dapat berapa? Boleh dapat 12 pcs terus tak? Eh dia kata dapat 8pcs je. Hmm yelah yelah, nak suruh aku belanja lagi lah tu kat 7eleven en? Memang taklah. Aku nak boikot! HAHAH.
Tapi, aku dah suruh Achik beli pape yang patut untuk cukupkan 12 pcs, so nanti boleh redeem second magnet. HAHAHA magnet je punnnnnnnnnnnnnnnnnnnn......
Ni our first magnet.